Isteri Yang Tak Boleh Berdikari

Assalamualaikum semua. Saya Bunga berumur 30 tahun. Saya sudah berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan 2 orang cahaya mata penyejuk jiwa. Suami anak sulung dari 2 beradik.

Saya dan suami berkerja. Masing masing kerja (8am-5pm) dan jauh dari rumah. Pergi balik kerja mengambil masa 2 jam.

Setiap hari pulak saya la yang menguruskan (basuh berak, mandi, makan) anak anak dari bangun tidur sampai la tidurkan anak semua settle.

Suami tak perlu fikir apa apa langsung pasal anak dan rumah. Balik rumah tinggal makan, mandi dan tidur. Saya kesiankan suami sebab suami lagi lewat sampai rumah dari kerja sebab dia kerja perlu visit site sana sini.

Jadi bile hari cuti atau hari minggu bila perlu saya akan minta tolong suami untuk basuhkan berak anak atau menguruskan anak (biar ada bonding antara anak dan ayah).

Tapi saya jadi sedih dan pelik sebab mak dan ayah mertua akan perli saya “kenapa anak dia yang kene basuh berak pulak itu kan tugas seorang ibu”. Dia cakap saya teruk sebab suruh suami yang basuh berak.

Pernah juga suami tengah buat kerja, saya minta dia tolong sesuatu yang saya tak mampu nak buat sendiri, dan macam biasa saya kene perli lagi oleh ayah mertua “kalau suami buat kerja tu ada je yang nak kacau”.

Saya akhirnya jadi tawar hati ingin meminta pertolongan dari suami. Sebab takut kene perli.

Ibu mertua ada cakap yang saya penyebab suami saya sudah berubah.

Saya tak faham dekat mana saya buat sampai mereka boleh cakap macam tu pada saya. Tak terkira rasanya berapa banyak kali suami tolong mak ayah dia sampai pukul 2-3 pagi baru la balik rumah.

Saya dekat rumah dengan anak anak agak menakutkan sendirian tapi perlu gagah dan kuat demi anak anak.

Kenapa saya tak ikut suami, sebab saya nak juga rehat dan mengemas rumah bila hari ahad setelah seharian dirumah mereka pada hari sabtu.

Belum lagi kira berapa kali saya tegur suami saya, sebab dia selalu tinggalkan saya berdua sahaja dengan adik ipar lelaki dekat rumah mertua sebab suami ikut mertua keluar.

Setiap hari jumaat sahaja, lepas balik kerja saya akan sedikit kelam kabut sebab anak anak nak makan ada yang mengantuk dan pada masa yang sama saya perlu kemas baju untuk balik kampung malam itu.

Kalau balik lambat sedikit pula akan di perli perli sudah lupakan orang dikampung.

Kami akan berada disana sepanjang hari sabtu sehingga malam. Setiap minggu begitula jadual kami.

Penat? Ada juga. Tapi boleh kata apa. Ikut sahaja la.

Suami saya pula jenis yang dengar sahaja cakap mak ayah. Tak berani nak menolak permintaan mak ayah dia. Suami saya orangnya baik dan menurut perintah mak ayah dia.

Dia paling takut membuatkan hati mak ayah mereka terguris. Hati saya tak apa, terasa banyak kali tu sudah biasa. Kene perli tu pun biasa.

Cuma saya berharap suami saya bersuara sedikit. Bukannya sehingga meninggikan suara kepada mak ayah dia. Cuma beritahu mak ayah dia sekiranya ada perkara yang tidak dapat dipenuhi.

Kadang kadang ada benda yang mak ayah suami suruh buat tapi pada masa yang sama ada keutamaan lain yang perlu dipenuhi makanya perlu bijak dalam mengutamakan apa yang utama.

Saya rasa itu common sense yang perlu ada sebagai seorang suami.

Adakah saya terlalu manja dan tak boleh berdikari sendiri?

Semoga Allah menguatkan hati saya untuk bertahan dalam melayari bahtera ini.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Saya pernah mendengar seorang penceramah agama berkata, “seorang ank lelaki itu perlu mengutamakan ibu dan bapanya, tetapi dlm msa yg sama perlu seimbangkan dgn kluarga nya sendiri.. cth : dia perlu sediakn tempat tinggal, mkanan, pakaian dan kebajikan kluarganya, di samping utk ibubapanya juga.. infact, klaw dari segi nafkah, dia perlu slesaikn nafkah isteri dan ank2nya, barulah ibu dan bapanya, kerana mngkin ibubapa nya masih mempunyai ank2 yg lain juga..” dlm hal ini, suami perlu lah memainkan peranan nya juga.. cth: kekerapan utk balik ke rumah ibubapa nya, mngkin tidak setiap mnggu, atau selang selikan dua atau tiga mnggu skali.. suami-isteri dan ank2 juga perlu ada masa utk bercuti dsb.. ibu bapa kedua pihak juga harus fhm dan klau bole tidak campur tgn dgn hal ehwal r/tangga ank2 mrk.. jika keadaan campur tgn dan ‘perli memerli’ ini berterusan, dibimbangi suatu hari akn tercetus ‘konflik’ antara mrk.., dan suasana akn menjadi x harmoni lg..

  2. pertama, saya rasa kena tengok umur ayah & ibu mertua. minta maaf cakap, tetapi kebanyakkan warga emas mereka masih fikir yang kerja menguruskan anak 100% tugas isteri. Alhamdulillah saya perasan ramai suami sekarang tak malu / segan untuk membantu isteri menguruskan anak. suami saya turut sama membantu menguruskan anak semasa saya mengemas / mbersihkan rumah. kalau keluar ke mall pun mmg suami akan bantu tukar pampers anak di bilik tukar pampers. jadi bagi saya, saya pekak kan sahaja telinga sekiranya orang luar berkata-kata yg tak sedap. bagi saya, saya & suami sahaja yang tahu perihal rumah tangga kami.

    prinsip saya, benda baik yang mereka kata, kita ambil pengajaran. benda yg sakit kan hati, kita masukkan telinga kiri dan lalu keluarkan ke telinga kanan. jangan di simpan di dalam hati, nanti memakan diri. kita maaf kan mereka untuk ketenangan hati kita sendiri. anggap sahaja kita ini beruntung sebab dapat suami yang ringan tangan nak membantu, Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *