Assalamualaikum. Cerita aku panjang, macam boleh buat novel. Tapi aku cuba sebaiknya untuk pendekkan. Aku berumur 25 tahun. Dan berkahwin dengan F (bukan capital sebenar) pada umur 20 tahun sebab terlanjur. Kisah aku dengan F bukanlah macam pasangan biasa. Dia suka marah marah aku, dan pernah berkasar dengan aku dari sebelum kahwin lagi. Aku taknak kahwin dengan dia dan hampir lari.
Tapi disebabkan aku diberi dua pilihan, kahwin atau masuk pusat akhlak, jadinya aku pilih untuk kahwin. Sebab aku nak belajar lagi. Aku sayang anak aku, anak buah pun aku sayang bagai nak rak, ini pula darah daging sendiri. Aku bukan gadis liar, bukan jenis yang keluar dengan macam macam lelaki, tapi aku stuck dengan satu lelaki yang tak habis habis memaksa aku untuk terima dia (aku malas nak cerita part ni sebab panjang).
Aku ni bukanlah menantu pilihan, sebab sebelum kahwin lagi dah ada kes dengan family dia. Masa dia frust aku tinggalkan dia, dia call kakak kakak dia dan cakap dia banyak berhabis untuk aku. Tapi dia tak cakap kenapa sebenarnya aku tinggalkan dia. Sejak tulah aku dapat pelbagai kecaman dari family dia yang aku hadap dengan penuh tertekan. Semuanya sebab sikap dia yang play victim dan tak pernah nak tunjuk kesalahan diri sendiri.
Kehidupan selepas berkahwin aku macam neraka. Dia buat macam macam untuk dapatkan aku tapi taknak jaga bila dah dapat. Masa lafaz akad, aku dah ikrar pada diri aku yang aku akan maafkan semua salah dia, aku redha dia jodoh aku, dan aku nak jadi isteri yang baik untuk dia. Tu cita cita aku. Tapi.. pelangi tu tak selalu ada. Aku tengah sarat pun sanggup dia letak aku kat toilet yang sejuk tu pukul 12 malam, marah punya pasal. Belum masuk lagi part dia tampar aku, hempas aku kat tilam. Aku menangis! Aku simpan sakit aku sebab taknak burukkan nama dia.
Walaupun sarat, aku masih masuk kelas macam biasa. Tebalkan muka, nak habiskan belajar punya pasal. Aku sayang masa depan aku. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting bila anak aku lahir, dia ada kehidupan yang baik. Sampai masa aku bersalin, aku hampir kena extand sebab lecturer taknak amik risiko. Aku fight untuk stay. Aku cakap aku kuat aku boleh.
Maka dua minggu pantang saja, aku masuk kelas balik dengan jahitan masih ada. Jaga diri sendiri kat rumah sewa. Masak lauk pantang sendiri bila habis kelas. Akhirnya aku bleeding 6 bulan dan sampai sekarang aku bentan (tak boleh sejuk dan badan sakit sakit). Aku berkorban banyak untuk F. Aku tak mintak dia bagi kemewahan pun, aku cuma nak dia hargai aku.
Dia panas baran, dari awal kahwin cakap je apa aku tak pernah rasa. Sepak, penampar, cekik, penumbuk, kena seret dari katil ke lantai lantai ke pintu, kena hempas kat pintu. Kalau marah maki aku bodohlah, lembablah, pergi matilah, langsung tak hormat aku sebagai isteri. Sampai aku sendiri pun tak mampu nak cakap apa punca pergaduhan. Maybe dia tak boleh ditegur.
Sampailah akhir tahun 2017, anak aku yang membesar tu pun ikut perangai dia. Bila marah je pukul pukul aku. Aku jadi depressed. Sampai aku takut kalau aku buat something kat anak aku. Bila F marah anak aku buat macam tu, satu je jawapan anak aku. “Daddy yang ajar pukul mommy”. F terdiam. Sejak tu dia dah tak pukul aku lagi. TAPI, dia buat aku ada tak ada. Sibuk dengan games (dari dulu but after tak pukul tu lagi menjadi jadi).
Setiap hari dia balik kerja, aku pandang je dia main fon. Tunggu untuk dia cakap dengan aku. Tapi dia panggil aku cuma bila dia nak makan, atau dia perlukan apa apa. Kerja rumah, anak, semua aku yang uruskan. Dia balik kerja main games, tidur, pergi kerja balik. Aku setiap malam menangis selama 4 tahun aku tak dilayan sebagai seorang isteri. Aku reti masak, ada pendidikan, tahu jaga anak, bekerja, urus rumah, hantaran rm3k je itu pun susah untuk hargai. Sudahlah aku kahwin dengan dia sebab terpaksa, bila kita dah abdikan hidup kita untuk dia, dia pula tak jaga kita. Aku depressed sampai refer psikiatri. Tapi dia masih menganjing “eh nanti mental pulak”. Aku sedih. Sedangkan aku lama terseksa.
Sampailah aku dah tak peduli, aku kenal dengan M, aku sendiri mintak dia untuk bagi aku rasa bahagia even palsu. Aku cuma nak recover balik untuk rasa happy. Then aku gettin better sebab aku terapi diri aku sendiri. Aku pun tarik diri dari M and say thanks. Aku jujur pada F yang aku dah curang. Aku nak dia lepaskan aku. Dia tak percaya, sebab aku yang dia kenal adalah seorang yang sangat setia, baik dan taat.
Aku cakap yang aku nak bercerai sebab aku dah taktahan dilayan macam sampah. Aku balik kerja, aku ingat dia nak pukul aku sebab aku curang sebelum ni. Rupanya dia nangis nangis mintak maaf dan sedar kesalahan dia. Tapi hati aku dah mati. Aku mintak masa, tapi dia memaksa untuk terima dia. Akhirnya aku file kan penceraian, aku tanya dia nak cara baik atau cara tak baik. Kalau cara tak baik, dia malu sebab aku ada semua bukti report doctor, report police dan gambar untuk fasakh. Akhirnya dia setuju cerai cara baik.
Tiba tiba dah sebulan bercerai, aku disahkan hamil. Aku taktahu nak nangis ke nak happy. Perasaan aku dah mati untuk F tapi anak yang aku kandungkan ni anugerah untuk aku. Kandungan aku sekarang dah nak masuk 3months. Aku masih belum rujuk dan perlukan masa sendiri. Waktu aku mengandungkan anak pertama aku, aku seakan tak ada suami.
Sekarang aku on third pregnancy, still dalam keadaan sendiri. Terus terang ada rasa ralat, jauh sudut hati aku dah jatuh sayang pada M. Tapi rahsia tuhan tu kita tak tahu kan. Aku perhati M dari jauh je. Sebab aku redha dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk aku. Aku taktahu nak terima F balik ke tak. Hati aku betul betul terluka.
Buat M, saya doakan awak bahagia. Kita kenal dengan cara yang salah, masa yang salah. Dari situ Allah dah tunjuk yang kita tak ada jodoh. Jadilah lelaki dan juga suami yang baik kepada bakal isteri awak nanti. Terima kasih sebab pernah bahagiakan saya.
Buat F, i tak tahu apa perancangan Allah yang sebenar untuk kita. I nampak perubahan you. Tapi apa yang you pernah buat pada i betul betul menyiksakan dan teramat sakit. I perlukan masa untuk buat keputusan rujuk. I taknak kecewa dan sakit untuk kali yang tah keberapa. Terima kasih sebab berusaha untuk berubah. I hargai. Dan i takkan benci you, for the sake of our babies.
Doakan aku dipermudahkan urusan, tak kiralah apa pun nanti keputusannya. Terima kasih korang sebab sudi baca. Cerita ni tak adalah diceritakan sepenuhnya. Takut korang penat nak baca.
Oh btw, family dia dah sayang aku sangat sebab tahun kedua perkahwinan diorang dah tahu sikap anak diorang tapi yelah mak bapak mana tak sayang anak. And aku sayang sangat dengan family mertua aku. Okay, sekian…
– SN
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit