Isteri Yang Tak Dianggap

Seperti tajuk di atas, luahan saya ini menceritakan tentang alam perkahwinan saya yang tidak seperti diharapkan.

Saya wanita bekerja, mempunyai 2 orang anak yang sihat dan comel.

Awal tahun pertama perkahwinan saya terkejut dengan perangai suami yang sangat ego sehingga saya mintak maaf pun dia tak layan. Dia dingin dengan saya hampir seminggu.

Puncanya saya marah dia buang kulit buah dalam kereta sedangkan saya dah sediakan plastik untuk buang sampah. Dia berhenti tepi jalan, tinggalkan saya dalam kereta dan dia naik teksi balik rumah.

Saya luah kepada kawan baik saya, kawan saya mintak saya balik rumah dan mintak maaf kepada suami. Saya follow cakap kawan saya, tapi bila saya mintak maaf, dia langsung tak peduli.

Sampai lah hari raya, kami tak jadi balik kampung sebab dia masih marahkan saya, dia tidur dia ruang tamu, sampai tengah hari. Saya sorang je lah bersiap untuk hari raya dan solat raya dia masjid.

Next, lepas dapat anak pertama, dia mula berani pukul saya bila bergaduh. Bab duit pun berkira.

Bila saya tuntut, dia kata tak ada duit. Sebulan dia bagi saya dalam 100 atau 200 macam tu untuk beli susu dan pampers anak dan barang dapur.

Tuan2/Puan2 rasa cukup ke? Selebihnya dia suruh topup duit saya.

Ok saya follow. Sampai 1 tahap saya tak boleh terima, balik kampung pun saya kena support, semua bil2 air dan letrik saya kena cover juga,bayar rumah sy juga bayar.

Dia tak pernah tanya hal tu. Saya usulkan supaya dia boleh bantu sikit, Share bayar dengan saya ke.

Terus dia melenting. Alasan sebab gaji dia sikit.

Dia balik rumah, main hp dalam bilik rahsia dia. Kadang sampai saya dgn anak dah tertido baru dia masuk bilik.

Pernah juga terkantoi, dia hampir nak mel#£&p sambil tengok video p@#£. Bila saya tanya, dia bagi alasan, bila dia mintak saya tak bagi.

Sangat tak logik, sejujurnya saya tak pernah tolak bila dia mintak. Sampai saya tak habis pantang 100 hari lagi pun dia dah mintak, saya still layan.

Dia ada masalah di tempat keja, dan hutang lama dia sebelum kawin dengan saya muncul balik dan perlu diselesaikan. Balik rumah muka masam dan tak tegur saya dengan anak.

Lama2 saya fedup, saya mengadu dengan mak mertua. Alhamdulillah mak mertua menyebelahi saya.

Berlaku lah perjuangan saya menuntut hak saya dan anak, mintak dia jalankan tanggungjawab yang sepatutnya. Sampai 1 tahap, bila berbuka puasa, dia beli makanan sendiri, saya beli makanan sendiri.

Buka puasa masing2 walaupun duduk serumah. Hampir 2 tahun jugaklah saya berjuang, baru dia redha dengan tanggungjawab dia sebagai suami dalam bab nafkah.

Dia pun dah tak pukul saya lagi bila bergaduh. Tapi tak berakhir di situ sahaja.

Penyeksaan batin saya bermula masa saya pregnant anak kedua. 8 bulan dia tak sentuh saya langsung.

Dia tidur bilik lain, saya dengan anak pertama tidur di bilik yang sepatutnya kami tidur sekali. Saya tak tahu punca kenapa saya dilayan sebegitu.

Tapi layanan dia dekat saya masih ok. Duit susu, pampers anak dan barang dapur dia masih sediakan.

Dia bercakap macam biasa dengan saya cuma kami sekadar duduk 1 rumah tapi tidur asing. Bila saya tanya kenapa, dia tak nak bagi tahu dan bagi alasan dia dah lupa.

Dan dia melenting lagi, dia tanya apa lagi yang saya nak dari dia, selama ni dia layan saya baik2 je. Saya diam sebab memang betul dia layan saya dengan baik tapi hubungan suami isteri dah tak ada dan kami pun dah tak tidur sebilik.

Sampai lah saya bersalin anak kedua. Saya bawak diri berpantang di kampung.

Lepas 2 bulan macam tu baru saya balik ke rumah. Masa tu tetiba dia tidur balik sebilik dengan saya.

Macam biasa, saya tak habis lagi pantang 100 hari, dia dah mintak. Cuma Alhamdulillah baby dia jaga.

Dari mandikan sampai nak berak, baby menangis pun dia jagakan tanpa saya suruh. Saya fikir dia dah insaf atas layanan buruk dia dekat saya sebelum ni.

Dan saya fikir penderitaan saya berakhir di situ. Tapi tidak jugak.

Baru2 ni pun, dia dh tak sentuh saya lebih 5 bulan dah. Dia pun dingin dengan saya sebab kes saya tegur perangai abang ipar.

Sebulan jugakla dia bermasam muka dengan saya. Sekarang dan ok tapi kami sekadar nama je suami isteri, tapi kehidupan tak seperti itu pun.

Saya mula rasa, saya ni sekadar batu untuk dia capai apa yang dia nak saja. .

Untuk dia keluar dari title bujang dan dia bleh tunjuk dekat semua yang dia pun mampu ada zuriat. Sekarang saya malas nak tuntut apa2 dari dia dah.

Dalam solat dan doa, saya cuma mengadu pada Allah semoga suami saya berubah. Saya tak tahu apa salah saya pada suami.

Saya cuba sabar dan redha dengan ujian ni. Tapi saya cuma manusia biasa, ada masa saya akan meletup juga.

Maaf saya cakap, saya sekarang dah jadi macam rahib terpaksa berpuasa nafsu. Sedangkan suami ada, hubungan itu halal je.

Tapi tak merasa seperti hubungan yang halal pun. Dulu saya pernah mintak, tapi dia reject.

Memang saya kecil hati sangat. Dan masa tu dia ada sebut perkataan yang buat saya kecil hati.

Sampai sekarang saya tak berani minta sebab teringat perkataan itu lagi. Suami juga susah untuk diajak berbincang.

Ada ketika keputusan dia buat, tak tanya saya dulu. Bila ajak berbincang apa masalah atau apa dia tak suka pasal saya, dia kata kami okay, tak ada masalah apa pun.

Saya pernah pergi kaunseling dan ajak dia sekali, tapi still dia tak nak pergi. Bab2 duit pun, banyak saya guna duit sendiri sebab saya tak sanggup dengar dia mengungkit dan ulang ayat saya kikis duit dia.

Saya masih kekalkan, dia wajib beli barang asas seperti susu anak dan lauk supaya saya tak hilang hormat pada dia. Yang lain2 sebolehnya saya guna duit gaji saya.

Kalau bulan tu saya sengkek, saya sanggup keluarkan saving dari saya mintak duit dari dia. Persoalannya di sini, perlukan saya bercerai di atas kisah isteri yang tak dianggap ini sahaja atau haruskah saya bersabar?

Saya sedih bila fikirkan anak2 yang masih kecil yang perlukan kasih sayang seorang bapa.

Saya dah tengok sekeliling saya, bagaimana anak yang ibu bapa bercerai, ada yang ada masalah bipolar, ada yang terbiar, ada yang mencari cinta lelaki dari orang yang tak sepatutnya.

Saya tak nak anak saya merasa serba salah atau terpaksa buat pilihan untuk pilih ibu atau bapa mereka.

Perlukah saya terus bersabar dengan ujian ini demi menjaga hati dan emosi anak2 saya.

Saya sangat sayangkan anak2 saya. Saya nak mereka berjaya di dunia dan akhirat, saya tak mereka jadi seperti saya.

Hidup dalam kesedihan dan penderitaan. Mohon pandangan/pendapat yang boleh membantu.

Terima kasih..

– Mawar Layu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *