Terkejutt saya apabila terbaca confession ni, (https://iiumc.com/isteri-yang-
Suami saya handsome juge sedap mata memandang. Hahaha. Baikk sangat2 bertanggungjawab, sama2 jaga anak, rajin tolong kemas rumah.. Bab duit langsung tak berkira. Bagus dan tak berkira duit dengan mak abah saya.
Tapi satu bab ni sajalah.. Sama dengan puan tersebut. Suami saya rimas dan tak suka saya menempel dekat dia. Saya nampak je suami saya terbaring depan tv teruss pergi terkam nak peluk dia, nak dakap dia, nak belai dia. Nak pegang2 dagu dia.. Belek2 muka dia.
Saya tak pernah bosan untuk melakukan itu.. Tapi sedihh hati saya, terasa hati… kecik hati apabila suami terus tepis saya tolak saya jauh2.. Dia cakap rimas. Meleleh air mata kite orang perempuan jenis main emosi kan tu kan… Terus Masuk bilik layan rajuk sendiri.
Saya sama macam confessor jugak la, duk fikir “dah ape la function aku jadi isteri? Kenapa buat aku macam tu? Sampai hati laa tepis aku… Halau aku macam tu.. ”
Kita bukan nak ajak ehem2 ke ape, kite cume nak menonjolkan rasa kasih kita terhadap suami. Kite yang jenis berjiwa sensetif macam ni memang suka show love. Suka tunjuk sayang. Jenis tak boleh simpan2. Jenis kena tunjuk sayang dan tak jemu untuk bersweet2 dengan pasangan.
Suami saya pernahh setahun tak bersama saya. Jenuh dok fikir straight ke tak normal suami aku ni..? Hahaha. Letih sebenarnya jadi macam ni. Tapi ape la boleh buat..
Setiap pasangan yang kita dapat tu wajib berlawanan dengan karakter kite kann.. Banyak saya duk tengok jadi macamtu. Orang yang jenis sweet2 dan suke tunjuk sayang ni akan dapat kat pasangan yang kayu keras dan bersifat tunggul, dan begitulah sebaliknya.
Bagi orang yang jenis suke tunjuk sayang ni, dia memang berharap ape yang dia buat dekat pasangan dia, pasangannya itu akan balas semula dekat dia.. Tetapi tidak berlaku seperti kehendak kita. Maka kita akan mula terfikir..
‘Kenapa masa mula2 menikah dulu dia boleh tahan dengan pelukan kite tetapi kenapa sekarang tak?’
‘Kenapa masa mula2 kita kahwin dulu dia boleh tahan badan kita menyendeng dekat dia semasa tengok tv tetapi tidak sekarang?’
Benda2 macamni lahh yang bergolak ulang alik dalam pemikiran si isteri. Duk fikir2.. Duk sedih sorang. Duk makan hati sorang. Jadi tawar hati.
Masalahnya yang si suami tadi tu langsung buat nohen tak tau punca ape.. Bukan takat buat nohen, hati isteri merajuk pon dia tak dapat kenalpasti. Kite berpenat2 sakit hati, dia bersihat2 makan coklat sambil layan bola. Bhahahaha parahh.
Saya kalau jadi macam tu saya straight to the point terus dengan suami. Suami akan merespon ok abang akan cube berubah.. Abang akan cube.
Tapi lepas 2 hari kembali seperti biasaaa. Makanyaa tahulah saya bahawa suami saya tu bukannya teruk cuma memang jenis personaliti dia jenis macamtu. Tak suka dipeluk2, jenis rimas.
Kita sendiri lah kena rationalized kan balik diri kite. Kena belajar terima apa yang kite nak, tak semua kita akan dapat. Kita mungkin akan persoalkan, “kenapa aku boleh tunjuk syg dan tak jemu2 untuk memeluk, tapi dia tak boleh?”
Dia adalah dia, kita adalah kita. Kita memang jenis suka tunjuk sayang dengan peluk2, pegang2, genyeh2 renyeh2 badan pada suami, tapi suami tidak. Mungkin tunjuk sayang pada fahaman suami ialah dengan menyapu sampah atau tolong isteri jaga anak.
Haaa so bersyukurlahhh kita at least suami kita bukan gay, bukan kaki perempuan, dan tak semua pasangan itu sempurna. Iskkk.
Allah bagi kita pasangan yang hensem, rajin, bertanggungjawab, tapi Allah cut kat bahagian sweet. Begitulahh kehidupan.
Bertabahlah wahai confessor.
– Puan N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit