Isteri Yang Tersakiti

Assalamualaikum.. Aku antara silent reader iium confession.

Sebelum ni aku pernah ceritakan masalah aku di page lain yang femes dalam kalangan orang dah berumahtangga tapi banyak kecaman yang aku dapat dari netizen.

Down jugak diri aku ni bila ramai yang mengecam lebih daripada memberi nasihat atau penyelesaian.

Jadi aku harap pembaca dari page ni mungkin boleh beri nasihat kepada masalah aku ni.

Aku surirumah mempunyai seorang anak 8 bulan. Sebelum kahwin aku bekerja yang mana kerja aku tu memang kena dengan apa yang aku belajar dan paling penting di negeri kelahiran aku sendiri.

Tapi sebulan selepas berkahwin, suami memaksa aku berhenti kerja sebab taknak berjauhan katanya. Dia di selatan aku di utara. Aku terpaksa berhenti serta merta kerana terlalu kerap bergaduh.

Sebelum berkahwin memang aku ada apply kerja di negeri yang sama dengan suami tapi sayangnya masih belum ada rezeki untuk aku.

Semenjak dari tu, aku hanya menjadi surirumah sepenuh masa sehinggalah sekarang sudah bergelar ibu.

Apa yang nak aku ceritakan adalah berkenaan suami aku. Dia sebelum ni kerja makan gaji tapi resign disebabkan dia nak tumpukan sepenuh masa dalam bisnes online dia.

Bisnes yang dia buat memerlukan dia duduk sahaja di rumah sambil melayan customer online.

Jadi, memang kami suami isteri hanya di rumah 24 jam bersama dengan anak.

Masalah yang berlaku adalah disebabkan dia terlalu banyak free time, setiap malam dia akan bermain game online dengan kawan-kawan dia.

Direct dia main dari selepas maghrib sampai kadang2 pukul 4 pagi baru tidur.

Walaupun kami suami isteri di rumah tetapi jarang berkomunikasi. Waktu siang dia sibuk dengan laptop, waktu malam dengan komputer pulak.

Urusan anak dan barang2 rumah diserahkan sepenuhnya kepada aku.

Aku selalu rasa terabai disebabkan sikap dia. Terlalu pentingkan kawan dia berbanding dengan isteri sendiri.

Aku dah penat uruskan anak memang takde masa untuk diri sendiri langsung. Kadang makan pun tak sempat.

Dalam keadaan anak yang semakin buas ni, memang tiap kali lunch aku hanya mampu order makanan luar.

Bila malam saja ada masa nak memasak. Kalau anak tidur, time tu adalah masa untuk aku masak untuk anak atau uruskan hal rumah. Suami langsung tak membantu.

Semalam aku ada suarakan pada suami aku tak suka dia bermain game sampai lewat malam.

Bukan kadang2 tapi setiap malam dia main game. Langsung tak pedulikan aku dan anak di bilik sebelah sepanjang malam.

Aku sunyi takde kawan nak bersembang. Dia pulak main game boleh gelak2 dengan kawan2 dia.

Aku jealous dengan aktiviti dia meanwhile aku ni terpaksa menahan penat uruskan anak sorang2. Uruskan lagi makan pakai dia.

Serius memang aku letih bergelar surirumah tangga sepenuh masa ditambah dengan suami tak membantu.

Luahan aku semalam dibalas suami katanya adil lah tu dia mencari rezeki, aku pula uruskan hal2 dalam rumah.

Aku kecewa dengan suami kerana tak berusaha untuk memahami aku. Cara dia tu seperti menganggap aku ni orang gaji bukanlah isteri.

Aku tak minta dia untuk tolong aku cuma aku nakkan teman untuk bersembang. Luahkan apa terjadi, apa perkembangan terbaru anak dan hal2 remeh lain.

Walaupun dia 24jam di rumah aku tak pernah merasa dia betul2 ada dengan aku.

Aku tak pernah impikan untuk jadi surirumah sebab passion aku adalah untuk bekerja, jumpa kawan2. Tapi semua berubah selepas berkahwin.

Selalu aku menangis fikirkan kenapa aku pilih dia sebagai suami. Sekarang aku jadk tak redha dengan apa yang berlaku dalam hidup aku.

Disebabkan aku penat uruskan semua hal sorang2, kadang2 aku terlalu stress hingga terfikir baik aku mati sahaja daripada menahan sakit hati dengan suami sendiri.

Oh ya, barang2 dapur pun aku terpaksa belikan sendiri.

Kesian anak aku dalam musim covid ni dia terpaksa ikut aku.

Kadang aku sendiri pelik dengan suami sendiri dia takde perasaan kesian pada aku ke bila aku nak ke pasar terpaksa dukung anak sambil cari barang dapur.

Satu lagi, bila aku minta tolong dia untuk pegang anak time nak mandi atau basuh berak, banyak alasan dia bagi.

Dia kata, pengasuh atau orang lain boleh uruskan anak sorang2 kenapa aku tak boleh. Pastu bila anak terjatuh atau terhantuk kepala, mula la dia marahkan aku.

Aku stress dengan lelaki macam ni. Aku memang hidup dalam perkahwinan toksik.

– Ifa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *