Dah hampir 4 tahun berumah tangga, tapi orang cakap, 5 tahun pertama ni, tahun yang penuh dengan ujian. Mungkin yang kena pada aku sekarang.
Aku dan suami bekerja di syarikat swasta, dan gaji aku “lebih sedikit” dari suami. Kami ada 2 anak. Semestinya jika kami berdua bekerja, anak perlu dihantar ke taska.
Orang cakap, kita kerja nak bantu suami untuk cover perbelanjaan, tapi entahlah, pendapat aku, macam aku yang tanggung semua.
Bukan aku mengungkit, cuma aku sedih, gaji aku, pergi macam tu je.
Ya, dia suami yang baik. Tapi dari segi nafkah, bagi aku dia gagal.
Dari awal perkahwinan, aku cuba memudahkan urusannya, wang hantaran aku tidak minta.
Tetapi dia belikan gelang emas, untuk mas kahwin. Aku cuba cari gelang yang murah dan mampu untuk dia beli.
Masa kenduri, kebanyakannya perbelanjaan dari aku, tak mengapa lah. Mula2 kahwin, kami sewa bilik je. Itupun, sewa aku yang bayar.
Dan kemudian kami ada anak, checkup semua aku bayar, cuma bersalin, dia beri 1/3 bayaran, takpelah, pilihan aku nak selesa bersalin di swasta.
Masa ni aku rasa okay lagi, sebab duit tak pakai banyak.
Dah ada anak, kami pindah rumah, selesa sikit. Tapi tulah, rumah aku bayar. Dia cuma bayar utiliti, bayaran kereta dia, insurans anak.
Belanja aku? Boleh kira guna jari berapa kali dia bagi.
Sekarang, dah ada 2 anak. Yuran taska, rumah, insurans anak kedua, aku bayar. Dia masih utiliti, kereta, insurans anak.
Lama kelamaan aku rasa, rasa macam nak berpisah. Dia baik, dia akan bantu kerja rumah, siapkan barang anak. Tapi, dari segi nafkah wang, dia gagal. Sangat2 gagal.
Bagi aku, aku cuma dihargai ketika anniversary atau birthday, masa tu wang aku tak dikeluarkan.
Setelah bayar semua tanggungan yang perlu aku bayar, duit tinggal RM200, kadang2, aku yang beli pampers anak, susu.
Tapi ni baru 4 tahun pertama, aku ada banyak lagi tahun nak hidup bersama dia, tapi bagi aku, aku macam dah tak mampu.
Tiap kali aku cuba cakap nak berpisah, aku tak sanggup macam nak hidup macam ni, tak nak jadi isteri derhaka, mesti dia akan mula lebih rajin menyiapkan rumah, anak, dan masa tu, barulah aku dapat duit dari dia.
Aku tak pernah cerita ni dengan sesiapa, baik mak aku. Sebab mak aku pun, abaikan aku. Bagi aku, dalam hidup sekarang ni, aku mampu luah pada anak2 je.
Kadang2, aku fikir, kalau aku tak kahwin, mungkin tak jadi macam ni, mungkin aku boleh rasa gaji yang ada sekarang.
Tapi tulah, semuanya tertulis. Cuma aku tak tahu untuk tahun akan mendatang, adakah aku mampu terus bertahan dengan dia?
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit