Assalamualaikum dan terima kasih kerana confesion aku disiarkan pada kali ini. Aku Ana, seorang isteri yang biasa-biasa sahaja. Aku sudah 5 tahun mendirikan rumahtangga tapi masih belum rezeki kami untuk dikurniakan cahaya mata. Aku wanita bekerjaya disalah sebuah syarikat dan mempunyai pendapatan yang tetap. Hubungan kami suami isteri seperti suami isteri yang lain juga, tetapi semuanya berubah bila suami aku tekad untuk berhenti kerja dan membantu perniagaan keluarganya. Niatnya untuk berhenti kerja tidak dikongsikan bersama aku. Aku hanya mengetahui melalui ipar duai.
Aku kurang bersetuju kerana keadaan ekonomi pada waktu itu. Tapi siapa la aku untuk membantah kerana dia lebih mendengar kata-kata keluarganya. dijadikan cerita, perniagaan keluarganya menghadapi masalah. Akhirnya, dia tidak bekerja dan aku lah yang menyara keluarga kecil ini. Aku pada mulanya sentiasa positif, aku bagi semangat pada dia untuk cari kerja baru dan bangun daripada masalah yang membelenggu diri. Tetapi aku silap, dia tidak berubah untuk mengubah nasib diri sendiri. sekarang hampir 2 tahun dia masih dia yang dulu. tidak bekerja dan hanya duduk dirumah. Dulu aku ada perasan dia akan keluar cari kerja, tp sekarang tidak lagi. Nama dia dh black list. Aku masih positif. Konon nk jadi isteri yang sentiasa ada susah dan senang.
Tetapi sepanjang aku hidup dengan dia, aku pejamkan sahaja mata mengenai layanan dia terhadap aku. Aku akan dimarah walau salah yang sangat kecil. Dia akan besarkan salah aku sampai kami tidak bercakap berhari-hari. Akulah yang mengalah setiap kali kami bergaduh walaupun dia yang salah. Aku terlalu banyak mengalah. Aku pernah dimarah dan dikatakan menyusahkan kerana meminta tolong dia ambilkan aku di stesen bas selepas pulang dari berkursus. Kawan- kawan sekerja aku ada yang perasan sikap suami aku terhadap aku. Tapi aku masih positif. Banyak lagi layanan dia yang tidak sepatutnya seorang suami lakukan. Tapi aku tetap isteri yang positif dan sabar. Aku tidak pernah putus asa berdoa mengharapkan dia berubah.
Tapi kini, aku semakin putus asa apabila dia semakin menunjukkan belang. Aku selalu dimarah dan menjadi tempat dia melepaskan marah. Bagusnya suami aku,dia tidak pernah memukul aku. pernah 3 bulan hubungan kami dingin terus. Hanya bercakap bila perlu. Aku masih berusaha untuk membantu dia mencari kerja kerana bagi aku suami aku berubah menjadi lebih teruk disebabkan tidak bekerja dan runsing mmemikirkan hal kelurga kami. Tetapi aku silap, dia kantoi dengan aku apabila berkawan dengan seorang janda. Aku memang tekad menyelesaikan perkara itu dalam tempoh sehari. Ya, mmg betul mereka berkawan, tapi aku disalahkan kerana stalker dia. Quest what? dia memang tak mengaku salah. Aku yang dimarah-marah disebabkan sentuh telefon dia dan membongkar sikap dia.
Aku masih sayangkan rumahtangga aku walaupun dah berkali-kali kami bergaduh dan hampir dua kali dia mengugut untuk melepaskan aku. Pernah aku rasa, baik lepaskan aku daripada kau siksa mental aku sampai macami. Sahabta baik aku menasihati aku untuk terus ke pejabat agama untuk sesi kaunseling, tetapi aku masih dengan sikap yang lama iatu sabar dan positif.
Sampailah satu tahap aku rasa aku tak patut untuk sabar lagi. Dia memaksa aku untuk pulang ke kampungnya sedangkan dia tahu masalah kewangan kami. Kami bergaduh dan dia mengungkit semua perbelanjaan dia terhadap keluarga aku satu ketika dahulu semasa dia masih bekerja. Suami aku mmg kurang mesra dengan kelurga aku. Kelurga aku banyak meluahkan ketidakpuasan hati terhadap suami aku yang agak kurang ajar dan tidak menghormati orang tua. Setiap kali balik ke kampung aku, ada sahaja masalah yang timbul. Sedangkan benda kecil yang orang dewasa dapat fikir dengan waras dan matang. Dia akan marah-marah aku dan minta untuk kemas pakaian dan pulang ke rumah kami. Aku malu dengan keluarga aku. Tetapi aku masih cuba nak tutup sikap buruk suami aku terhadap aku dan keluarga. Panjang kalau aku nak cerita pasal kelurga aku dan suami. kesimpulanya,
memang dia tak suka untuk bermalam lama-lama dirumah kelurga aku. Sehinggakan ibu aku berasa hati dengan sikap suami aku terhadap saudara-saudara yang lain. Aku malu sebenarnya dengan sikap dia. Bila ditegur elok-elok, aku akan dimarah dan salah aku juga yang dia cari. Ego terlalu tinggi. Sebelum aku lupa, dia akan mengungkit jika aku bebelanja untuk keluarga aku. Itu tanggungjawab aku. Inilah masa aku nak balas budi ibu dan adik beradik aku yang berusaha bantu aku dari zaman belajar di universiti sehingga dah bekerja. Bukan aku belanja shopping mahal- mahal pn. Belanja barang dapur ja. Tu pun tidak terbalas dengan pengorbanan mereka. Aku bukanlah dari keluarga yang senang.
Kesabaran aku makin menipis. Kalau dengan keluarganya semua boleh. Aku tak pernah buat perangai didepan kelurga mertua demi jaga air muka suami. Apa sahaja yang mertua aku nak, aku turutkan. Aku tak pernah luahkan padanya ketidakpuasan hati terhadap keluarga dia, sikap kelurganya dan layanan mereka. Aku terima mereka seadanya. Jika aku luah, aku dimarah dan dimaki. Satu sikap kelurganya yang aku stress iaitu suka meminta duit dari aku. Hello, dh la aku tanggung semua keperluan anak diorang, aku yang uruskan pembelanjaan rumahtangga aku.
Tetapi ahli kelurganya tetap mencari aku dalam bab duit. Tetapi aku tetap mengekalkan sikap kedekut aku pada mereka. Tapi ada jugak yang suami suruh aku bagi. Bayangkan ipar duai sanggup call aku untuk pinjam duit sbb masing-masing dah kering. Habis aku ni banjir dengan duit. Jawapan aku maaf la saya pun xbanyak duit sebab saya nak bayar macam-macam, lagipun suami saya tak bekerja.Aku nak makan pun kena catu sebab nak bayar itu ini. Keluarga aku? Pernah jugak ada yang nak pinjam duit tapi tu pun setahun sekali dan dibayar semula hutang mereka terhadap aku. Cukuplah pasal kelurga kami.
Kini, aku bukan lagi isteri yang sentiasa positif. aku sudah berani meluahkan ketidakpuasan hati bagi sikap suami aku. Aku cuba bincang elok-elok untuk pujuk dia bekerja, tapi tetap sama. Terbaru, dia kantoi main judi. Benda haram yang aku tak dapat nak simpan lagi. Dia gunakan duit aku untuk berjudi. Ya Alllah laju air mata aku bila tahu dia berjudi. Ni pun aku stalker dia disebabkan pernah ternampak tiket judi magnum dan lain-lain.
Rumahtangga aku makin kritikal. Bila aku cuba nak bincang mengenai hal ini, bermatian dia menafikan. Aku mengalah dan malas bergaduh. Sedangkan bukti yang aku jumpa memang terang-terangan dia terlibat. Segala chat dia mengenai judi semua aku simpan sebagai bukti. Tapi aku belum bertanya dia mengenai bukti terbaru ini. Ya aku tersepit dan buntu. Aku tak tau nak mulakan macam mana. Aku masih berlakon seperti biasa sedangkan aku tahu dia menipu aku dibelakang. Aku sendiri tak tahu bila nak berbincang pasal benda haram ni buat kali kedua. Aku dapat agak dia akan mengamuk dan maki-maki aku seperti biasa. Dia akan tendang segala benda dan baling barang dekat aku(tapi tersasar dan tak kena aku). Hanya pada Allah aku mengadu.
Kini, aku tekad nak selesaikan semuanya. Terlalu banyak aku tersiksa. Nasihat kawan baik aku untuk mendapatkan kaunseling dari pejabat agama pun aku xbuat sebab aku jadi takut dia tahu. Aku takut tindakan dia terhadap aku. Apa patut aku buat. Aku tak nak jadi isteri derhaka dan aku tak nak jadi isteri yang diperbodohkan oleh suami sendiri. Kepercayaan aku terhadap dia semakin menipis. kadang- kadang aku tertanya sendiri masih ada ker cinta dan sayang dalam rumahtangga aku. Aku mengharapkan pembaca-pembaca dapat memberi nasihat dan membantu aku. Segala kritikan aku terima dengan rela hati. Banyak lagi yang belum aku kongsikan sikap dia terhadap aku. Cukuplah setakat ini.
– Ana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit