Isteri Yang Tertekan

Nama aku Nur. Umur 28 tahun. Dah berkahwin 2 tahun tapi masih belum di beri rezeki untuk meninmang cahaya mata. Aku berkahwin dengan suami yang usia nya lebih tua dari aku 4 tahun.

Aku bekerja di syarikat swasta di shah alam dengan jawatan yang agak tinggi dalam syarikat berbanding suami yang hanya berkelulusan biasa dan bekerja biasa.

Apa yang aku nak ceritakan ni mungkin luahan hati seorang isteri yang sangat tertekan dengan suami dan kerja. Aku harap semua yang membaca dapat lah memberi aku sedikit semangat untuk aku terus kuat.

Sebelum berkahwin mak ayah aku menentang perkahwinan kami kerana jurang pendidikan dan status pekerjaan yang berbeza. Tapi aku tetap yakin kan mak ayah aku yang lelaki yang akan mengahwini aku seorang yang sangat bertangungjawab, rajin bekerja dan penyayang. Lagi pun kami bercinta selama 4 tahun.

Bagi aku 4 tahun yang aku lalui Bersama dia sangat istimewa kerana segala susah dan senang kami kongsi Bersama. Dia tidak merokok, sangat mementingkan ibunya malahan selama kami becrcinta tidak sekalipun kami bertengkar.

Sehingga lah kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Semua orang yang ingin berkahwin pasti akan di uji. Aku juga tidak terkecuali apabila wang yang si dia kumpul untuk majlis kami terpaksa di gunakan untuk membayar tuntutan makhamah di atas tunggankkan pinjaman kereta yang di buat oleh kawan si dia menggunakan nama kekasih aku.

Tapi pada saat itu aku sangat lah positif yang ujian itu hanya lah dugaan untuk melihat sejauh mana hubungan kami mampu bertahan.

Akhirnya kami berkahwin jugak setelah usaha itu datang dengan usaha aku dan si dia. Walaupun aku terpaksa mengeluarkan hampir separuh dari duit poket aku sendiri untuk majlis perkahwinan kami, aku tetap rasa bersyukur dengan perkahwinan kami.

Awal perkahwinan kami memang sangat bahagia. Bukan lah sekarang aku tidak Bahagia. Cuma lebih kepada tertekan dengan sikap suami yang seakan berubah.

Macam awal aku cakap tadi aku bekerja dengan jawatan yang agak tinggi dalam syarikat. Gaji aku lebih banyak dari suami, tapi tidak pula aku mengeluh walapun gaji suami lebih kecil dari aku kerana pilihan perkahwinan sudah di buat setelah aku tahu lebih awal.

Lagi pula suami tidak lupa untuk memberi nafkah setiap bulan pada aku walapun gaji nya kecil. Tidak pulak aku mengeluh untuk membantu nya membayar ansurans kereta, membeli barang dapur, membayar segala bil dan menyediakan wang percutian buat kami berdua.

Sepanjang perkahwinan kami yang 2 tahun ni banyak sudah kami bercuti dengan mengunakan wang aku sendiri tanpa meminta sedikit pun wang dari suami.

Boleh kata aku banyak memberi dalam perkahwinan kami termasuklah memberi hati untuk disakiti berulang kali. Ada sekali tu pertengkaran kami berlaku hanya kerana aku mengajak suami masuk kerumah mak ayah aku ketika datang mengambil aku dirumah mak dan ayah aku.

Isu ni berlarutan selama 5 hari membisu tanpa ada gurau senda, tanpa ada makan bersama dan tanpa ada tidur di bilik yang sama. Kadang kala aku berasa ralat adakah suami aku tidak menyukai mak dan ayah aku.

Setiap kali aku mengajaknya pulang ke rumah mak ayah aku pasti suami aku tidak mahu atau sering memberi alasan. Jemputan kenduri dari sedara mara juga tidak ingin dihadiri. Tapi tidak pulak aku bising, kerana aku malas ingin bertengakar untuk perkara yang remeh kerana suami aku ada sikap yang tidak akan bercakap dengan aku bila dia marah atau tidak suka.

Semenjak akhir-akhir ni bebanan kerja di pejabat terlalu banyak untuk aku hadap sehingga aku mengalami kemurungan yang teruk. Suami pulak tidak memahami tekanan kerja yang aku alami. Kerana katanya aku sering merungut bila dia pulang lambat dari kerja. Kerja di rumah semua aku yang buat sendiri tanpa ada bantuan dari suami pun.

Pada awal perkahwinan kami, semua kerja dirumah dibuat Bersama. Tapi semakin lama suami mula lepas tangan. Walau bagaimanapun aku tetap membuat kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, membasuh baju, melipat baju dan lain-lain. Sedangkan kami sama-sama berkerja dan mempunyai beban kerja.

Kadang-kadang terdetik juga di hati kenapa suami sendiri seolah tidak prihatin dengan kerja rumah yang aku buat seorang diri. Kerana terlalu penat kadang aku menangis sendirian di dalam bilik.

Suami pula kerap pulang lewat malam dari kerja. Aku bukanlah seorang isteri yang queen control sampai perlu bertanya kemana suami ku pergi, buat apa dan berjumpa siapa. Kerana selama ini suami jugak tidak pernah bartanya semua ini pada aku.

Aku menganggap ini semua kepercayaan masing-masing terhadap pasangan. Sebab itu jugak, aku tidak pernah untuk melihat dengan siapa suami ku berhubung atau ber’whatsapp’ kerana aku takut dimarahi oleh suami aku yang aku mencurigai nya.

Tapi entah macam mana pada satu pagi aku melihat semua whatspp didalam telefon suami aku. Membahasakan diri masing-masing dengan ‘sayang’ dan saling berucap I love u. Hati isteri mana yang tidak hancur apabila membaca perbualan yang begitu.

Aku rasa sangat sedih bila orang yang aku sayang mengkhianati cinta aku setelah apa yang aku korbankan macam tak di hargai.

Selepas aku mengetahui semua ini aku lebih banyak mendiamkan diri, bertanya bila perlu dan diam bila tak diperlukan untuk aku bercakap. Dengan beban tugas di pejabat dan bebanan perasaan yang aku tanggung tanpa ada tempat untuk meluahkan. Aku rasa hari berlalu makin membuat kan aku bertambah tertekan.

Sehingga kan aku boleh menangis secara tiba-tiba dan ketawa juga secara tiba-tiba. Nak diluah kan pada suami, aku rasa aku hanya membuat rumah tangga kami menjadi keruh. Mungkin dinding kebisuan akan berterusan dalam rumah tangga kami jika aku luahkan.

Lama kelamaan aku jadi kurang keyakinan diri, dan mula menyalahkan diri sendiri bila tidak mampu memberikan zuriat buat suami sehinggakan suami mencurangi aku yang selalu setia padanya.

Terdetik di hati apa lagi yang suami ingin kan sedangkan aku menjadi tulang belakang nya yang menyokong nya dari segala sudut tanpa alasan dan keluhan.

Yang setia padanya waktu susah dan senang sehingga dia mampu untuk berdiri sendiri. Kadangkala isteri bukan perlu kan kemewahan harta dan wang ringgit, cukup lah jika suami mampu ada waktu susah dan senang dan sentiasa setia disisi yang menerima segala baik dan buruk isteri setelah isteri meneri segala buruk dan baiknya suami.

Fahamilah bahawa isteri mu ini tidak mempunyai kawan untuk meluahkan perasaan setelah dia bergelar isteri. Jika ada pun kawan, bukan lah tempat untuk meluahkan perasaan yang akan membuka aib suami sendiri.

Terima kasih kepada yang sudi membaca luahan hati aku yang terlalu panjang ni. Semoga yang baik-baik saja untuk rumah tangga aku. Aku harap pada suami-suami yang membaca luahan aku ini, selamilah hati isterimu kerana kadangkala isteri juga memendam rasa dari meluahkan.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *