Isteri Yang Teruji

Assalamualaikum.. terima kasih admin approve confession ini.

Long story short, aku seorang wanita yang hampir 3 tahun bergelar isteri. Dikurniakan seorang cahaya mata. Suamiku seorang yang mempunyai rupa yang kacak, baik dan bertanggungjawab. Bukan nak puji tapi betul, wajah suamiku seperti seorang pelakon.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Aku anak bongsu, seorang yang manja namun selepas berkahwin, baru ku tahu, suamiku seorang yang tidak suka dipeluk, dicium selalu. Rimas katanya.

Berbeza dengan aku seorang clingy wife. Asal nampak suami baring landing depan tv, aku pergi menempel sebelahnya. Kadang dia tolak, rimas dan letih katanya. Kadang dia biarkan saja, tetapi sekejap saja lepastu dia ‘halau’ aku pergi jauh.

Hati aku? Kadang kecewa, takkan clingy sikit pun tak boleh dengan suami sendiri. Bab atas katil? Kalau dia mahu, aku tengah letih atau emosi tak setabil pun dia tak peduli. Aku perlu layan juga. Tapi kalau aku mahu? Ada sahaja alasan dia beri.

Kadang aku menangis seorang diri, fikirkan kenapa aku dilayan begini. Seolah olah aku tidak cantik dimatanya. Busuk? Baru sudah mandi wangi pun tetap di reject. Aku cuba berpakaian ketat di rumah, agar dia tertarik dengan aku, hmm kadang2 jela berhasil.

Aku faham, mungkin dia letih. Tapi takkan hari cuti pun letih. Bukan aku mahu ajak ke atas katil pun. Cuma mahukan belaian dari seorang suami. Tapi tak, apa pun aku kena paksa dia, baru dia peluk atau cium. Itupun macam terpaksa.

Sedihnya hati, kecilnya hati aku. Pendam seorang isteri. Menangis seorang diri. Akhirnya aku move on. Aku fokus kepada diri sendiri. Kurang clingy dengan suami. Biar dia rasa aku semakin menjauh. Bila nampak dia baring depan tv, aku pun baring tapi jarak jauh sikit. Aku fokus bermain dengan anak aku, ajar dia macam2.

Kadang aku upload telatah anak aku di media sosial. Tak sangka jadi perhatian ramai. Dan adalah seorang lelaki ni. Bujang, kawan kepada sahabat aku. Aku friend dengan dia pun sebelum kahwin lagi tapi tak pernah bertegur sapa.

Entah kenapa lelaki ni tertarik sangat dengan telatah anak aku. Selalu sangat dia komen. Mula bagi love di video anak aku. Akhirnya dia pm aku. Mula berbual dengan aku. Mulanya aku fikir dia cuma mahu bertanya soal anak aku, tapi lama kelamaan mula sentuh personal life aku.

Aku jadi pelik, aneh. Aku ni isteri orang, dia bujang. Aku cuba jauhkan diri dari dia, tapi tetap dia mesej mahu berbual. Walhal kami tak pernah kenal sebelum niً.

Bermulah episod teringatkan dia. Dan aku sangat benci perasaan. Aku tahu dosa. Aku Terjaga malam teringat dia. Aku bangun solat malam minta Allah jaga rumahtanggaku.. Tetapi aku semakin teruji.

Aku cuma minta Allah berikan aku kekuatan untuk menjaga rumahtangga disaat aku diuji. Lelaki tu? Tetap berusaha ingin mendekati. Kini baru aku faham bagaimana perasaan diuji kehadiran orang ketiga. Betapa liciknya syaitan.

Apa pun disini sahaja yang aku ingin sampaikan cerita, dan hayatilah nasihat ini. Wahai suami diluar sana, belailah isteri. Berilah perhatian kepadanya. Jaga hati dia, jangan sampai dia tawar hati pada kalian.

Isterimu sunyi, bagi dia suamilah sahabatnya. Tetapi jika suami pun buat seperti tidak ada di rumah, seperti menjauhkan diri, pada siapa lagi tempat isterimu ingin mendapatkan belaian? Betapa pentingnya sentuhan antara suami dan isteri. Untuk mengeratkan kasih sayang dan ketenangan jiwa.

Cubalah cari peluang untuk menangkan hatinya saat kamu pulang kerumah. Bukan dia mahu dibelai 24 jam. Cuma mahukan sedikit setelah seharian keletihan melayan telatah anak. Janganlah hilangkan senyuman di wajah isterimu, senyuman keriangan saat melihatmu pulang.

Hilang senyumannya, maka hilanglah seri rumahtangga. Isterimu tidak meminta wang atau harta itu sudah cukup beruntung. Dia cuma mahukan perhatian dan belaian. Janganlah biarkan dia rasa keseorangan dirumah kerana bimbang ada yang lain cuba menghiburkan dia.

Syaitan itu sentiasa mencari peluang untuk memecah belahkan rumahtangga. Semoga rumahtangga kita semua dijaga Allah hingga ke syurga.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *