Isteri Yang Tidak Mampu Taat Lagi

Salam semua. Aku R seorang wanita bekerja dan telah berkahwin 12 tahun. Perkahwinan diarrange keluarga.

Pada masa itu aku memerlukan status berkahwin supaya dipostingkan di semenanjung. Aku takut posting ke Sabah Sarawak kerana pada masa itu kebanyakan yang solo akan dipostingkan ke sana.

Aku mengenali suami melalui keluargaku yang berkenan dengannya. Ditambah ibu yang bimbang aku tidak mempunyai teman lelaki selepas tamat belajar. Jadi akhirnya aku berkahwin dengan suamiku.

Suamiku baik2 sahaja tetapi aku baru tahu yang dia seorang kaki lepak malam. Pada awal perkahwinan lagi dia menunjukkan habit keluar malamnya untuk minum2 bersama kawan.

Aku tak kisah pada mulanya disebabkan aku seorang introvert yang pandai menghiburkan hati sendiri di rumah dengan menonton tv dan mendengar muzik. 

Tetapi setelah bertahun2 aku mulai rasa sakit hati kerana anak2 rapat. Waktu malam aku penat mengurus anak2 ditambah pekerjaanku ada yang perlu dibuat di rumah juga. Jadi kadang2 emosi aku terganggu dan sering menjerit2 kepada anak2.

Suamiku pula suka melibatkan diri dalam bisnes MLM dan kerap membuat loan. Aku juga dipaksa membuat loan pada awal perkahwinan. Bisnesnya bukan bagus kerana dia bukan jenis fokus. Dia akan lari dari satu bisnes ke bisnes lain.

Aku akui pada masa itu aku agak naif kerana fokus pada membesarkan anak2. Aku meletakkan kepercayaan pada suami untuk mengurus kewangan.

Tetapi bila bertahun2 baru aku sedar yang dia sangat cetek pengurusan kewangan. Akibatnya perbelanjaan sering tersasar dari bajet. 

10 tahun perkahwinan pelbagai masalah yang aku hadapi : sewa rumah tertunggak, bil api air tertunggak, kereta nak kena tarik, kene pindah rumah dan bergaduh.

Bila terjadi masalah begitu yang akan menyelesaikannya adalah aku. Akulah yang akan mencari duit untuk menyelesaikan tunggakan.

Aku meminjam dari adik-beradik, bermain kutu dan ada juga aku membuat loan sehingga gajiku menjadi kecil seiring dengan pertambahan anak. Pada masa itu anakku 3 orang. 

Selain masalah di atas, suamiku juga tidak rajin membantu kerja2 di rumah. Rumah jarang2 kemas jika tidak aku yang mengemasnya. Urusan persekolahan anak juga semuanya aku. Aku letih mental dan fizikal.

Bukan aku tidak pernah ingin bercerai, tetapi aku tiada jalan lain kerana gajiku juga kecil. Aku masih perlu dirinya untuk menampung kehidupan. Jadi aku mengambil prinsip go with the flow.

Pada masa kemuncak aku sudah hilang sabar, aku ada mengugutnya untuk bercerai sekiranya tidak bekerjasama mengurus wang dengan betul.

Pada masa itu aku ambil kad ATMnya dan aku yang mengatur perbelanjaan keluarga : membayar bil2, sewa rumah, kereta dan selebihnya duit makan minum aku yang uruskan. Dia menurut sahaja. Aku ingatkan masalah itu akan selesai tetapi masalah lain pula timbul. 

Untuk pengetahuan, dia masih lagi suka keluar malam. Baliknya biasalah pagi buta. Keesokan harinya bekerja seperti biasa dan kadang2 tidak balik sampailah larut pagi. Sebabnya lebih suka melepak dengan kawan.

Pernah sepanjang bulan puasa, dia tidak berbuka dengan aku dan anak2. Lebih seronok berbuka bersama kawan. Ketika itu aku baru habis berpantang anak ke 4. Sepanjang berpantang pun kebanyakan aku yang memasak makanan sendiri.

Aku dah lali dengan sikapnya sehingga menjadikan aku seorang yang tidak kisah lagi apa yang dia nak buat. Aku juga tak ingin lagi nak mengubahnya dan tak berharap dia berubah sebab habitnya itu. Aku malas nak mengambil tahu hal dia lagi.

Kami kurang komunikasi dan semakin aku tawar hati kepadanya. Aku malah pernah berdoa biarlah dia ada skandal dengan wanita lain supaya aku boleh bercerai dengannya dan hidup single. 

Masalah baru yang aku nyatakan tadi ialah di tempat kerja. Aku tak pernah terfikir nak berskandal. Tak pernah dalam kamus hidup aku nak suka lelaki lain bila telah berkahwin. Tetapi aku rasa ini adalah ujian terbesar aku menjelang umur akhir 30 an.

Aku selalu terpandang seorang lelaki ini di tempat kerja. Aku tak tahu kenapa aku suka dengannya. Aku menjadikan dia sebagai healing di tempat kerja kerana di rumah aku kesunyian tiada partner untuk bonding2. Lagipun aku sudah tawar hati dengan suami.

Aku asyik memikirkan cerai kerana tidak mahu lagi jadi isteri yang memberontak dalam hati tidak sukakan suaminya. Aku bukan lagi isteri yang taat.

Aku juga tidak tidur sebilik lagi dengannya dalam 4 tahun macam tu. Jika dia berkehendak dia pandailah menarik aku ke bilik lain. 

Setiap hari ke tempat kerja adalah menyeronokkan pada aku. Aku hanya nak pandang lelaki itu. Tapi aku tak nak fikir lebih jauh. Aku sekadar suka melihatnya.

Lama- kelamaan aku perasan yang lelaki itu macam tahu aku suka pandangnya. Semenjak itu semakin kerap pula aku dan dia terserempak. Aku keliru jika dia juga ada perasaan sama seperti aku. Aku rasa berdosa. Aku nak pindah tempat kerja. Aku tak nak ganggu kehidupannya.

Lelaki ini masih bujang tapi sudah berpunya. Aku tahu aku cuma kesunyian sebab emosi aku terabai sepanjang perkahwinan. Tetapi lama2 dari setahun ke setahun semakin sering aku terserempak dengannya jadi semakin aku susah nak move on darinya.

Jangan salahkan lelaki ini kerana sebelum kedatangannya lagi aku telah lama ada masalah dengan suamiku dan berniat untuk bercerai. Kedatangannya hanyalah di tengah2 kemuncak kemelut hidup aku. 

Aku sebenarnya pernah menjejakkan kaki ke mahkamah untuk menghantar borang cerai. Tetapi pada masa itu borang aku tak lengkap. Jadi pada masa itu proses tertangguh.

Kali kedua aku nak failkan selepas pergaduhan dahsyat dengan suami yang mengakibatkan aku dihadiahkan penampar dan penumbuk. Pada masa itu semakin aku nak bercerai. Tapi aku masih tak hantar borang ke mahkamah sehingga hari ini.

Aku tak tahu nak buat apa. Separuh hati aku memang nak bercerai sebab aku tak bahagia lagi dengan kehidupan rumahtangga aku. Separuh hati aku menahan diri kerana aku masih perlukan suami untuk cover perbelanjaan hidup dan anak2.

Gajiku masih tak mampu untuk hidup sendiri. Aku buntu. Setiap hari aku jadi depress sehingga prestasi kerja menurun.

Aku nak bercerai. Aku nak hidup bahagia. Mana mungkin aku boleh bahagia jika hati aku sudah tawar dan hari2 aku bencikan suami dan tak boleh ikhlas lagi untuk taat kepadanya. 

Kepada semua yang membaca, berilah aku nasihat apa yang harus aku buat. 

– R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *