Isteriku Dan…

Assalamulaikum..Aku Diesel, seorang businessman yang berjaya pada usia 30-an. Isteri aku, aku namakan Apple sebaya dengan aku dan dia ialah pegawai di dalam sektor perkhidmatan awam.

Tahun ini ialah tahun ke 9 kami berkahwin. Isteri aku boleh dikatakan seorang yang cantik dan menarik. Dia seorang yang berdikari dan mempunya perwatakan yang mempunyai ‘aura’ tersendiri.

Aku pula sebenarnya di dalam kategori ‘above average’ yang mempunya karakter yang disenangi oleh rakan-rakan.

Ketika awal perkahwinan, walaupun kami dua-dua mempunyai kerjaya yang baik, tetapi aku dan Apple masih struggle soal kewangan. Apple mempunyai hutang personal loan dari ketika mula berkerja untuk menampung keluarganya di kampung.

Pada waktu ini, aku berusaha sedaya upaya untuk menolong dan menjadikan perkahwinan kami berjaya dan tidak bermasalah. Kami mempunyai anak perempuan berusia 5 tahun ketika ini.

Pada 4 tahun lepas, Apple telah ditawarkan untuk bekerja di luar negara (England, London) oleh jabatannya. Ketika itu, aku masih berkerja disebuah syarikat oil and gas berpangkalan di Singapura.

Ketika Apple memberitahu yang dia diberi peluang untuk berkerja disana, dia berharap aku akan mengikutinya kesana untuk menjaga anak kami dan tidak dapat berjauhan dengan aku dan anak.

Ketika itu juga, aku baru sahaja ditawarkan kerja ke Kanada dan selepas difikirkan yang Apple akan susah jika menguruskan anak kami seorang diri, aku memutuskan untuk mengikutinya kesana.

Semuanya indah ketika kami berada di sana. Tiba-tiba covid 19 melanda dan kami bertiga terpaksa isolasi dirumah dan disinilah cerita semuanya bermula.

Apple perlu bekerja dirumah, dan aku macam biasa menguruskan rumahntangga kami dengan sebaik mungkin.

Pada suatu hari, ketika aku masuk ke bilik dimana dia selalu membuat kerja pejabatnya, aku terlihat ada conversation whatsapp yang tidak ditutup di laptopnya. Aku dengan niat untuk menuyup laptopnya dengan tidak sengaja terbaca perkataan ‘sweetheart’.

‘Sweatheart, buat apa harini?’

Aku terus menutup laptopnya.

Aku sebenarnya tidak dapat berkata apa-apa dan hanya terkejut seperti disambar elektrik. Aku cuba untuk bertenang dan buka balik laptop Apple untuk melihat adakah betol conversation whatsapp yang telah aku baca sebentar tadi.

‘Sweatheart, buat apa harini?’

‘I miss you’

What the f***! , Dalam hatiku berkata.

Ketika ini, Covid 19 masih berleluasa dan di England khususnya, kes kematian bertambah dari hari kehari dan travel restriction kepada semua penduduk di London.

Aku masih ingat untuk menaiki Circle Line dari rumah aku ke Sainsbury untuk membeli groceries pun amatlah susah.

Kembali kepada coversation whatsapp Apple dan … (aku namakannya Orange).

Aku memanggil Apple dan dengan tenangnya aku bertanya kepadanya,

‘Awak dah tak sayang saya lagi ke?’

Die menjawab ‘Kenapa tanya soalan macamni? Saya sibuk lah’

‘Lain kali jika dah sayang-sayang, sweatheart-sweatheart dalam whatsapp kat laptop, tolonglah padam, baru tak kantoi’

Die pun menangis.

Apa aku buat sampai dia menangis?

Aku faham, aku ini siapa. Sebab ketika mereka-mereka ini bekerja, semua berpakaian handsome dan kemas. Mereka mempunyai standard yang tinggi dan aku hanyalah orang kampung yang sebelum ini brand seperti ‘Micheal Kors’ pun tak kenal.

Kembali kepada kejadian Whatsapp.

Die mula-mula menangis dan selepas itu memarahi aku kenapa melihat conversation dalam laptopnya, aku hanya memberitahu aku hanya ingin simpankan laptopnya yang terbuka selepas dia seharian bekerja.

Apple selepas itu memeluk aku dan memberitahu, die tidak sengaja melayan lelaki itu yang ‘suka’ padanya. By the way, Orange yang dimaksudkan telah berkahwin.

Selepas drama air mata Apple dan anak kami bertanya kenapa aku meninggi suara kepada ‘mummy’nya.

Untuk pengetahuan, aku tidak pernah meninggi suara, marah, buat perkara-perkara yang tidak di ingini dan lain-lain kepada Apple sepanjang kami berkenalan dan berkahwin.

Dalam keadaan diatas pun, aku masih tenang dan bertanya, adakah Apple masih sayang kepada aku, aku perlukan penjelasan supaya, aku dapat membuat keputusan yang lebih baik dimasa akan datang untuk keluarga kami.

Sambil menangis Apple meminta maaf dan bersungguh-sungguh untuk aku maafkannya.

Dan…

Aku maafkan..

Apple berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi. Kami menghadapi kehidupan seperti perkara diatas tidak berlaku.

Nota kaki : Kehidupan seksual kami hanya biasa-biasa kerana Apple selalu letih dan dia mempunyai pandangan sepatutnya kami hanya akan bersama ketika dua-dua mempunyai rasa keinginan bersama.

Selepas 3 tahun kami merantau ke London, Apple diberi ‘posting order’ untuk kembali ke negara tercinta.

Kami berpakat dan bekerjasama dalam menyelesaikan tugas masing-masing untuk pulang ke Malaysia.

Selepas dua bulan di Malaysia.

Aku mempunyai skills yang baik sebelum aku berangkat ke London, dan bos-bos aku yang sebelum ini dah bertanya bila aku akan pulang ke Malaysia untuk aku ditawarkan kerja. Alhamdulilah, aku terus bekerja dalam dua minggu aku di Malaysia.

Hujan rintik dikawasan rumahku dan aku menerima panggilan dari seorang rakanku.

‘Bro, aku nampak kereta kau kat situ ……. Jom la lepak’

Aku ketika itu berada dirumah, baru sahaja lepas online discussion dengan vendor aku.

Untuk pengetahuan umum, anak aku dijaga oleh pembantu rumah aku yang aku khaskan supaya Apple tidak dibebani kerja-kerja rumah. Semua perbelanjaan seisi rumah di tanggung oleh aku dan Apple tidak perlu bayar apa-apa berkaitan rumahtangga.

Kembali kepada perkara kawan aku ternampak kereta aku di tepi tasik di kawasan Kuala Lumpur.

Aku dengan pantas kesana untuk melihat adakah Apple perlukan apa-apa bantuan kerana waktu itu, Apple memberitahu yang dia akan bekerja sehingga lewat malam.

Setelah aku sampai ketepi tasik, aku cuba lihat didalam kereta tetapi tiada orang.

Tiba-tiba, terdapat sebiji kereta berwarna gelap dan memounyai cermin gelap yang diparking sebelah kereta aku bergerak dengan pantas dan meninggalkan tempat letak kereta sebelah tasik itu.

Aku pun ‘call’ Apple dan tidak diangkat.

Firasat aku memberitahu yang Apple berada didalam kereta yang berlalu pergi itu.

Dan … Aku, perlukan sesuatu untuk…

Sambungan part 2

– Diesel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *