Salam warga IIUM Confession, ini bukan luahan rasa tak puas hati pada sesiapa, ini sekadar nak bercerita tentang isteri aku yang banyak SOP.
Alhamdulillah tahun ke 10 kami berkahwin 3 cahaya mata semuanya boboboi.
Isteri aku ni memang banyak SOP, dari mop lantai sampai dia nk tidur. Kadang-kadang tak terikut aku SOP dia, kalau aku buat tak kena dimata pula.
Mop lantai dia akan vacum dulu, dah bersih mop dengan air bersih, kemudian sabun, kemudian mop semula dengan air bersih, last sekali mop dengan kain kering sampai kaki dia rasa sedap nak pijak lantai.
Dekat rumah ni ada macam macam jenis kain. Kain lap lantai, kain lap pinggan, kain lap dapur, kain lap meja. Kesemua ni tak boleh di campurkan. Jangan kau cuba cuba.
Bila aku cakap dah la tu nanti letih, dia cakap “nanti lantai tak sedap pijak”
Demi menjaga keharmonian sejagat aku iya kan jer. Paling tak aku belikan dia coffee kegemaran bila dia dah selesai mengemas.
Kalau nak berjalan, tshirt kami semua dia akan iron, jeans, tinggal seluar kecik aku je dia tak ironkan. Dia akan pastikan aku dan anak anak kemas, wangi, berstokin.
Baru-baru ni aku cakap nak cat pagar. Dia dah pesan siap-siap, kikis dulu cat yang lama, bersihkan dengan kertas pasir dulu. Aku tersenyum, terima kasih sayang.
Sama juga dengan sebelum nak tidur, dia akan wangikan bilik, kibas 1 katil, tepuk tepuk tilam, tepuk bantal bila mata dia dah nampak kemas dah boleh bersedia untuk tidur baru dia panggil masuk bilik.
Kadang aku tanya dia tak penat ke, dia cakap lagi penat kalau tengok rumah sepah, anak-anak tak dalam keadaan bersih.
Kalau minggu bekerja, 6.30 dia sampai rumah selepas ambik semua hero kami, dia siram pokok dulu. Masak untuk makan malam pulak.
7.30 malam aku sampai rumah semua tengah tunggu aku siap untuk solat maghrib. Semua dah wangi masa tu, menunggu aku dengan senyuman yang aku tak pernah jemu.
Tapi dalam banyak banyak benda yang isteri aku incharge ada 1 department dia geleng kepala. Bab basuh baju, melipat baju & simpan baju dalam almari. Ini SOP aku. Ikut suka aku.
Aku percaya SOP ni bukan termaktub pada isteri aku je.
Pasti ramai yang macam ni, SOP ni bukan menyusahkan tapi demi kebahagian bersama. Tips dia jangan berani berani kau complaint.
Terima kasih isteri ku..- Ilman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit