Saya sekarang sambung belajar di peringkat lebih tinggi di negeri pengeluar budu. Isteri saya tak ikut sama kerana dia tak nak, walhal dia tak bekerja.
Alasan dia bagi, dia adalah city girl, nak duduk dekat negeri pusat pentadbiran kerajaan walhal isteri saya ni asalnya dari tempat naik feri ke pulau helang.
Rumah dia dekat kampung pun memang rumah batu kampung yang siap ada ruang udara dekat dinding untuk ‘natural ventilation’
Kegemaran dia adalah, buka facebook komen merata tempat, cari pasal dengan macam-macam orang.
Zaman isu scam emas Qx tu dia siap bergaduh dengan netizen. Sampai dia delete akaun fb dia dan buat akaun baru, sambung bergaduh lagi.
Dia jadi macam tu apabila ada mana-mana lelaki rajin layan komen dia. Memang dia bertambah seronok.
Akaun yang suka cari salah orang, suka menghina dan memalukan orang dan apabila pemiliknya lelaki, memang dia pasti ada komen di situ.
Pelik, orang macam ni dia suka berkawan. Dah tegur berkali-kali, langsung tak diendah.
Saya memang tak berkenan dengan manusia suka cari pasal, cari kesalahan orang lain macam apa pempengaruh itu buat tapi isteri saya, orang perangai peliklah dia suka bertandang.
Bila dah masa dihabiskan banyak dekat benda tak berfaedah, isteri saya ni jadi seorang yang entahlah. Cakap buruk hodoh nanti kecaman bertubi saya dapat. Senang cakap dia ni haru betul. Urus diri pun malas.
Umur baru masuk 32 akhir tahun lepas tapi badan dah macam orang umur 50. Orang tua pun ramai je yang elok jaga penampilan. Dengan badan terlebih berat, jalan pun lambat dan senget.
Berjalan dengan anak dekat taman pun phone berjahit dekat tangan, asyik membawang, kutuk menghina orang dekat fb.
Jangan cakap dia tertekan lah penatlah, kerja rumah bukan dia buat sangat. Phone tu memang melekat je. Jangan cakap fb, X, tiktok, thread, instagram dan semua tempat boleh membawang ni dia ada.
Akhir-akhir inu, perangai suka berkawan dengan orang pelik-pelik makin menjadi-jadi. Siap menghendap orang tu dekat luar.
Dia bangga mengaku mengekor kereta orang, mengintai rumah orang, tempat orang tu kerja siap buat laporan kepada seorang lelaki ni.
Tak tahulah skandal ke apa, laki ni suka betul melayan perangai dia memang makin menjadi lah.
Isteri saya ada juga join group, dia menipu identiti, tergilakan lelaki cina dekat situ. Macam mana saya tahu, saya baca sendiri.
Pernah bergaduh dengan seorang cikgu yang ada phd, orang tu tak kacau dia, dia sibuk kacau orang. Kena malukan, tahu cuak. Diam kejap lepas tu sambung balik perangai tak senonoh dia.
Dia ni memang pelik. Hidup dah okay, semua dia nak dapat tapi masih juga suka buat benda mengarut. Pening lah.
Kahwin memang kena sekufu. Dia memang segalanya berbeza dengan saya dan keluarga saya.
Apa boleh buat, hadap jelah. Cinta memang buta, dulu saya bodoh. Seumur hidup itu lama kan. Entahlah.
Sekian luahan. Saya pening. Nak lipat kain kejap.
– Menantu pak M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit