Isteriku Ketua Bidadari

Aku terlalu rindu pada isteriku. Isteriku yang penyayang, isteriku yang cantik hanya untukku, isteriku yang berhias hanya untukku. Sungguh isteriku terlalu cantik. Cantik di luar lagi cantik di dalam. Aku dan isteriku telah nikah selama 5 tahun. Tahun kelima baru kami dikurniakan zuriat.

Hal tersebut kerana kami nikah pada waktu belajar, apabila kedua2 telah grad barulah kami ingin menimang cahaya mata. Kami nikah awal kerana isteriku tak selesa akan status yang belum halal. Ingin menjaga maruah katanya. Aku setuju kerana aku sangat mencintai isteriku. Mula2 aku kenal isteriku, dia seorang yang free hair, berbaju ketat. Dengan tubuh badan yg langsing lagi. Cantik, sungguh cantik persis model. Aku jatuh cinta pandang pertama melihat kecomelan wajahnya. Apatah lagi bila dia tersenyum padaku, jantungku bagai hampir terkeluar kerana terlalu kuat debaran yg dirasakan.

Kami semakin rapat dan semakin selesa untuk berkongsi apa2 sahaja. Aku sangat senang isteriku kerana dia berperwatakan lembut dan riang. Sangat kerap terbit di bibir isteriku mengatakan dia ingin berubah perlahan-lahan. Dia ingin berhijab, ingin menutup aurat dengan sempurna. Dia ingin kerap membaca al-Quran. Nak al-Quran jadi bestfriend katanya. Ingin jadikan al-mulk dan as-sajadah sebagai bed time stories. Ingin jadikan al-waqiah sebagai penenang hati setiap kali selepas solat isyak.

Aku hanya mendengar dan mengangguk tanda menyokong. Aku hanya berbasa basi kerana aku tahu tak semudah itu untuk berubah. Salah seribu kali salah, dia telahpun berubah dengan sekelip mata. Aku segan kerana telah berburuk sangka. Ampunkan aku sayang. Al-mulk, as-sajadah, al-waqiah merupakan rutinnya. Aurat telahpun ditutup, bahkan sangat sempurna. Tudungnya pasti akan menutupi dada, hand socks sentiasa dipakai, stoking tak pernah tinggal, seluar tak pernah ketat dan baju tak pernah singkat. Solat pulak sentiasa awal waktu.

Kemudian kami bernikah pada tahun yg sama di mana isteriku telah berubah. Isteriku ini berangan nak jadi ketua bidadari untuk aku di syurga. Katanya, dia tak nak cemburu nanti kalau aku dikelilingi bidadari cantik di syurga. Aduhai isteriku, walaupun comel, tetapi kuat cemburu orangnya. Biasalah, anak tunggal.

Pada awal2 nikah, memang kami diuji dengan pelbagai dugaan. Suami isteri mana yg tidak diduga. Sememangnya dunia ini adalah tempat ujian untuk kita semua yang akan menentukan di akhirat kelak sama ada akan mendapat ganjaran syurga atau seksa api neraka. Isteriku ini sangat tabah menghadapi semua dugaan. Aku tahu adakalanya isteriku juga kalah, jatuh dan menangis kerana dugaan yang diberikan memang terlalu hebat.

Aku tahu kerana aku dapat dengar perubahan suaranya jika kami sedang bertelefon dan juga kadang2 dari matanya yg berkaca semasa sesi luahan berdepan. Isteriku sedaya upaya menyorok kesedihan, tak nak aku susah hati kononnya. Aku sebagai suami sudah pasti boleh menghidu. Oh isteriku, tidakku sanggup melihat air mutiara jatuh dari matamu. Namun isteriku tidak pernah merajuk lama2, tidak pernah meninggikan suara, tidak pernah bermasam muka terhadapku.

Walaupun kami tengah berada dalam keadaan yg cukup mencabar kesabaran masing2. Kadang2 aku hairan, kenapa isteriku ini begitu sabar dan tabah orangnya. Sedang aku sebagai suami selalu sahaja salah guna kuasa veto, selalu sahaja tinggi ego.

Sehinggalah suatu hari, isteriku membuat kejutan dengan memberikan pregnancy test double lines. Aku pada mulanya tak faham maksud double lines itu. Adakah positif atau negatif? Sudahnya isteriku terpaksa explain pulak. Maafkan abang sayang kerana lembap hal2 begini. Agak teruk juga alahan isteriku semasa mengandung. Kasihan aku melihat. Semakin hari semakin memboyot perut isteriku. Hari2 jugalah aku akan bercakap dengan zuriat dalam rahim isteriku. Sambil mengusik isteriku bahawa zuriat tersebut merupakan lelaki kerana isteriku inginkan perempuan.

Sungguh aku tak kisah akan jantina, asalkan sihat dan sempurna sudah memadai. Tibalah pada hari isteriku melahirkan zuriat kami. Aku sangat resah dan gelisah. Aku melihat dengan mata kepala sendiri zuriat kami dilahirkan. Dan ya, zuriat kami perempuan. Ya Allah, sungguh besar kuasaMu. Tak berhenti aku mengucap syukur. Tetapi dengan tiba2 isteriku tidak sedarkan diri. Isteriku hilang terlalu banyak darah. Kasihan isteriku. Keadaan bertukar menjadi cemas, doktor bertungkus lumus menyelamatkan isteriku, dan aku pula diarahkan supaya menunggu di luar. Anak kami pula aku iqamatkan dan aku serahkan pada jururawat untuk dimandikan.

Aku tidak putus2 berdoa supaya isteriku selamat. Air mata jantan tak sudah2 mengalir. Aku ke surau untuk menenangkan diri, solat dan berdoa. Setelah usai solat, aku kembali pada tempat menunggu tadi. Tangisan ahli keluarga aku dan ahli keluarga isteriku kedengaran. Perlahan2 bapaku pergi ke arah ku sambil menasihati aku supaya banyak2 bersabar kerana Allah lebih menyayangi isteriku. Bapaku memberitahu isteriku telah pergi menghadap ilahi ketika aku berada di surau.

Aku bagai nak rebah. Dunia ini kelam. Aku menggunakan sisa2 kekuatan ku untuk pergi melihat wajah tenang, yg tak bernyawa, yg bagai tersenyum milik isteriku. Isteriku pergi tanpa sempat mengetahui jantina anak kami. Isteriku dikebumikan pada petang hari yg sama juga kerana aku tak mahu melengah-lengahkan. Iyalah, isteriku sudah pasti akan aman di alam barzakh, sudah pasti kuburnya lapang dan terang.

Sayang, abang terlalu rindu padamu. Untunglah kau sayang, meninggal dalam keadaan syahid. Untunglah kau sayang, syurga pasti milikmu. Untunglah kau sayang, akhiratmu pasti senang. Untunglah kau sayang, sudahlah cantik di dunia, di akhirat pulak berganda2 kecantikanmu. Sayang, anak kita perempuan. Tengah tidur sebelah abang. Anak kita dah pandai jalan. Raut wajah anak kita mirip wajahmu sayang. Bolehlah buat abang lepas rindu. Sayang apa khabar? Sudah pasti khabar yg baik kan? Abang tengah struggle hari2 untuk dapat syurga juga.

Sia2 sahaja sayang cemburu akan bidadari syurga suatu ketika dahulu, kerana sayanglah yg paling cantik di dalam syurga nanti. Bidadari syurga pulak yg cemburu terhadap sayang. Kalaupun sayang tak meninggal syahid juga abang yakin sayang akan jadi ketua bidadari. Mana tak nya, abang ni mmg dilayan seperti raja oleh sayang, segala larangan Allah sayang takkan buat, dan segala perintah Allah sayang ikut. Sayang memang seorang isteri yg solehah. Bangga abang.

Abang janji akan jaga anak kita dengan sebaik mungkin. Doakan abang ya sayang. Abang nak syurga juga. Abang nak jumpa ketua bidadari abang ni. Sekarang abang pulak rasa cemburu kot2 abang tak berjaya masuk syurga, nanti sayang dikebas orang lain pulak. Baru abang faham perasaan cemburu tu mcm mana. Sayang, rehatlah baik2 ya. Esok abang dan anak kita lawat kubur sayang ya.

– Suami si ketua bidadari

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *