Isteriku Ketua Keluarganya

Assalamualaikum semua. Aku Kliwon. Berusia awal 30an dan sudah berumah tangga. Apa yang akan aku ceritakan ini mungkin juga berlaku pada pasangan lain di luar sana.

Untuk pengetahuan, aku bekerja di sektor awam manakala isteri aku bekerja di sektor swasta. Pelik kan selalu gigirl je yang luah tapi sekarang meh boboy pulak nak luah.

Cerita dia cenggini haa takde la menarik sangat tapi aku stress. Kalau rasa tak best sorry la aku just nak luah, aku bukan storyteller yang baik kihkih.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang alhamdulillah sederhana dimana kedua ibu bapa aku bekerja. Tidaklah kaya tapi kami anak-anak tidak pernah tidak dapat apa yang kami mahu. Takla sampai mintak rumah kan tapi setakat kereta biasa-biasa.

Dan segala keperluan hidup semenjak kecil hingga dewasa kami akan dapat dengan beberapa syarat seperti cemerlang akademik dan sebagainya. Pendek kata hidup aku tak pernah merasa kesusahan alhamdulillah sekali lagi.

Okay tu bukan point dia. Yang aku nak cerita, selalu orang cakap bila kahwin rezeki akan datang etc ya aku sangat percaya konsep rezeki. Cuma semenjak kahwin aku jadi stress bila beristerikan seorang wanita yang digantung harap oleh keluarganya.

Ibunya (Ibu Mertuaku, ecey macam tajuk filem pulak) tidak bekerja dan semua bergantung kepada pendapatan suaminya (bapa mertua aku).

Hidup mereka tidaklah sesenang mana, tapi lifestyle mereka lebih kaya daripada orang kaya. Yang jadi lubuk duit mereka adalah isteri aku yang solehah ini.

Nak pakai kereta hebat, nak makan mewah-mewah, nak pakai mahal-mahal. Sebab dah terbiasa isteri aku membelanjakan semua duitnya untuk kesenangan keluarganya sampai simpanan pun tak ada, aku jadi stress.

Bukanlah bermakna aku kahwin dengan dia untuk aku makan hasil titik peluh dia tapi korang faham tak situasinya?

Kami boleh dikatakan baru hendak bermula hidup di alam baru sebagai suami isteri dan kami akan menjalani hidup yang agak selesa jika pendapatan kami hanya dikongsi untuk kami.

Ya aku faham isteri aku jugak bertanggungjawab untuk memberi duit bulanan kepada keluarganya begitu juga aku. Tapi kalau dah memberi lebih daripada kemampuannya sampai berhutang kad kredit semua bagaimana ya?

Untuk keluarga aku, aku hanya memberi belanja sekali-sekala ataupun hadiah sempena hari jadi memandangkan aku juga belum stable dari segi pendapatan.

Aku teringin hendak memberi lebih tapi aku belum mampu (doakan aku guys). Risau melihat keadaan aku yang belum stable, keluarga aku selalu bertanyakan tentang kondisi kewangan kami.

Malah ayah dan ibu aku akan memberi duit poket tambahan kepada aku setiap kali berjumpa (sebab dah terbiasa bagi kepada anak-anak dan mereka gembira dengan tindakan mereka).

Aku cuba sama sekali untuk berjimat dan melebihkan isteri aku dalam segala hal. Satu perkara berbangkit dalam fikiran aku.

Kalau keluarga aku sentiasa fikirkan tentang kondisi kewangan kami, kenapa tidak keluarganya jugak berfikiran begitu?

Tidak kasihankah kepada anak mereka dimana mereka tahu pendapatan kami bagaimana, kenapa perlu disusahkan lagi kehidupan anak mereka untuk memuaskan nafsu bergaya mereka?

Dalam fikiran aku hanya memikirkan yang terbaik untuk kami, keselesaan kami dan anak-anak kami nanti. Manakala isteri aku pula semuanya tentang keluarganya. Jika dia tidak memberi, ibu bapanya akan meminta!

Itu belum lagi masuk hal bonus isteri aku. Akan ditaburkan duit-duit yang banyak itu kepada keluarganya, abang-abang, kakak-kakak serta adik-adiknya. Belanja dapur keluarganya pun ditanggung oleh isteri aku walaupun tidak tinggal sekali.

Padahal adik-beradiknya yang lain tidak pun aku nampak memberi kepada kedua orang tuanya, maksud aku memberi yang secara berlebih-lebihan.

Setiap kali keluar makan bersama keluarganya juga aku stress. Ibu bapanya selalu buat don’t know masa nak membayar.

Sangat berbeza dengan keluarga aku dimana ibu bapa aku sedaya upaya akan bergegas untuk keluarkan duit dan bayar semuanya kecuali jika diberitahu awal yang makanan harini akan dibelanja oleh anak-anak.

Sampai ke tahap itu ibu dan bapa aku cuba untuk tidak menyusahkan anak-anak dimana mereka tahu anak-anak mereka baru belajar untuk hidup dan ada keluarga sendiri.

Ibu bapanya juga bukan mahu makan di kedai biasa-biasa. Selera besar, semua nak yang mahal je. Yang terkontang-kanting membayarnya selepas makan siapa? Aku dan isteri solehah aku.

Malas aku nak cerita bab kahwin beberapa tahun lepas. Habis duit hantaran yang aku bagi dekat pihak perempuan untuk dibelanja. Aku plan lebihan duit tu boleh digunakan untuk future kami lepas berumah tangga. Boleh beli keperluan rumah, melancong dan sebagainya.

Keluarga isteri aku tidak keluarkan satu sen pun belanja untuk kenduri anak perempuan mereka, padahal mereka bukanlah hidup susah, cuma kurang senang memandangkan hanya bapa mertua aku sahaja yang bekerja.

Kenduri yang agak grand itu aku relakan sebab aku kenal isteri aku. Dia menginginkan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna dan aku cuba sedaya upaya untuk merealisasikan impiannya.

Yela kahwin kan sekali je in shaa Allah. Tapi yang buat aku stress, aku sedaya upaya untuk mengabulkan impiannya padahal keluarga dia sendiri tidak ambil bab langsung berkenaan itu.

Duit hasil daripada kenduri? Tak payah tanya bab tu semestinya keluarga dia ambil semuanya dengan alasan hendak membayar itu ini, padahal satu sen pun tidak dikeluarkan untuk majlis.

Pembaca sekalian, apa pandangan anda semua? Jika bertanya, korang tak discuss ke? Sudah banyak kali kami discuss dan bila aku bagi pandangan je, isteri aku sentiasa mengangguk tanda setuju tapi at the end, sama je. Dia akan sentiasa memberi kepada keluarganya.

Kadang-kadang akan nampak aku yang kedekut dan cuba untuk kawal duit isteri aku tapi ketahuilah bahawa apa yang aku buat ni untuk masa depan kami. Isteri aku juga selalu cakap,

‘Abang takpela, keluarga abang dah senang’. It’s not about senang or tak senang, it’s about common sense.

Kalau senang buatlah cara senang, kalau kurang senang tak perlulah hidup yang terlalu mewah sampai menyusahkan orang lain. Dah tahu anak menantu baru nak start hidup, common sense is a must ya bro and sis.

Satu lagi, jangan anggap aku tidak suka keluarganya. Kami semua baik-baik sahaja dan mereka melayan aku dengan baik. Cuma aku tidak suka perasaan tidak ikhlas dalam memberi ini membelenggu kehidupan aku walhal aku sangat bahagia sekarang.

Aku nak memberi apa-apa kepada keluarganya pun aku teragak-agak dan berfikir beberapa kali sebab aku rasa isteri aku dah beri lebih daripada yang perlu diberi malah sekali lagi aku ulang, lebih daripada kemampuan dia sendiri.

Pastinya akan ada yang komen kau dah bahagia kan apasal nak merungut lagi. Ketahuilah, kau takkan rasa kalau kau tidak berada di situasi aku.

Terima kasih geng kerana sudi membaca, segala pandangan dan kritikan membina kalian nanti aku dahulukan dengan ucapan terima kasih. Didoakan semoga korang tak kena macam mana yang aku kena ya.

So as a conclusion, aku merayu sangat kepada mertua-mertua atau ibu bapa di luar sana, TOLONG TOLONG TOLONG la sangat, jangan susahkan anak menantu yang baru nak mulakan hidup just untuk memenuhi nafsu masing-masing.

Zaman bermewah kalian sudah berlalu, cukup-cukuplah ambil kesempatan. Ambillah masa sejenak tolong fikir bagaimana struggle anak menantu nak hidup tambah-tambah pada zaman penuh cabaran ni. Okay guys, peace no war ️

Yang Benar,

Suami Kepada Isteri Yang Merupakan Ketua Keluarganya.

– Kliwon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *