Assalamualaikum semua. Aku suami, tajuk tu agak lawak tetapi sebenarnya luahan aku ni serious. Isteri aku ni asal dari luar bandar. Seorang rajin memasak dan menjaga hal rumahtangga. Biasalah mana ada manusia perfect.
Kelemahan isteri aku ni dia suka share hal rumahtangga dekat orang luar. Membawang, sampai digelar Maria Bawang oleh jiran-jiran aku. Dahulu takde facebook, so dia membawang dengan “ahli mesyuarat tingkap” je.
Sejak teknologi makin moden ni, makcik-makcik bawang pun dah upgrade menjadi lebih moden. Terlalu bangga kerana dapat bersuamikan seorang cikgu. sampaikan master aku pun ditayang di fb. Siap cakap, wanita tak perlu nak sambung belajar, cari saja suami yang educated. Adoii…
Aku bekerja sebagai cikgu sekolah. Masa aku banyak habis disekolah. Disebabkan tak tahan diperli oleh jiran-jiran, sampaikan kain pelekat aku terkoyak pun jiran dapat tahu, aku suruh isteri aku menyambung pelajaran, at least dia busy dengan benda baru. Tapi dia menolak dengan alasan dah tua.
Ya Allah, umur baru 27 tahun. Anak seorang tu pun aku yang bawa ke taska setiap hari. Isteri tidak mahu menjaga di rumah kerana dia memberi alasan menjaga anak ni tanggungjawab lelaki. Kebetulan taska tu adalah milik kakak aku, aku pun hantar je la anak ke sana.
Sikapnya makin melampau apabila mula berjinak dengan facebook, habis hal rumahtangga kami dijaja, jika aku marah dia, dia akan mengadu di facebook. Mulalah tag nama aku dekat mana-mana artikel suami isteri. Kononnya ibarat aku tidak boleh menjadi suami yang baik.
Bila aku tak balas, dia mula buat gila dengan create fb fake letak nama aku. Kononnya untuk tunjuk aku komen balas dengan isteri. Tak ke gila semua tu. Ada satu kes minggu lepas, dengan IIUMC confession mengenai lelaki kawin dua.
Macam biasalah dia tagged aku, lepas tu kononnya aku balas balik loving-loving gitu kat ruangan komen. Sampaikan kawan aku terbaca, dan perli2 aku didalam group wassap, sedangkan aku tak tahu menahu apa pun. Aku semakin stress. Nak marah isteri, nanti dia mengadu kat fb.
Bulan lepas, kebetulan birthday isteri dan ibu dibulan yang sama. Setiap tahun kebiasaan aku akan belikan hadiah untuk mereka. isteri, aku belikan emas dan ibuku aku belikan beg tangan jenama. Selepas sambutan majlis hari jadi, isteri bermasam muka dengan aku, update segala di fb mengatakan aku suami tak adil, utamakan ibu sendiri dan segala diluahkan disitu sehingga adik aku berasa hati.
Ibu dapat tahu, dan memulangkan kembali beg tangan tersebut dan mengatakan, aku perlu utamakan isteri dahulu daripadanya. Aku tahu, ibu sedih. Isteri seolah tidak menghargai mempunyai ibu mertua yang tidak langsung masuk campur didalam urusan keluarga kami. Apa saja tidak kena dimatanya.
Ada kawan sekerja juga menegur aku untuk mengawal sikap isteri, tetapi aku dah cuba sedaya upaya, tetapi isteri tetap tidak mahu dengar kata. Jiran-jiran ramai yang anti dengan keluarga aku disebabkan tidak tahan mulut isteri yang champion didalam membawang.
Diri aku, pada dahulu lagi memang aku tetapkan apa saja yang datang aku akan miliki hanya satu sahaja. Termasuklah mempunyai hanya seorang isteri. Ramai suggest suruh aku kawin lagi, tapi, amanah allah berikan kepada aku walaupun hanya seorang, aku tetap gagal untuk didik. Apatahlagi menyuruh aku menambah cawangan, makin parah kehidupan aku nanti.
Selalu aku memohon doa supaya Allah menyedarkan isteri aku. Aku ini cikgu, tugas aku mendidik anak bangsa, tetapi aku gagal mendidik isteri aku sendiri, cukup sedih rasanya. Isteri aku, apabila mengomen punyalah pandai ibaratkan kauselor, tetapi dia lupa, rumah sendiri pun hampir roboh kerana perangainya.
Itulah kehidupan sebagai seorang suami kepada the lady of bawang. Doakan aku semoga aku kuat. Imran, anak aku itulah menjadi kekuatan untuk aku terus hidup didalam rumah ini.
Kepada wanita sekalian, jangan terlalu mendongak ke langit sekiranya anda sudah berkahwin dan mempunyai suami yang baik, ada yang saya melihat terlalu bangga dengan apa yang dianugerahkan kepada mereka.
Jika ada kekurangan, wajib selesai diantara dua belah pihak sahaja. Dunia tak perlu tahu masalah dalaman kita. Hati-hati apabila berkata-kata.
Ikhlas,
Suami kepada the lady of bawang malaysia.
– Hairul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit