Assalamualaikum semua. Aku Amad. Seorang suami dan bapa kepada 2 anak. Aku nak cerita pengalaman aku dalam menjalani hidup sebagai suami kepada pesakit depression. Cerita ni panjang sikit tapi baca la.
Wife aku seorang yang manja, happy go lucky dan peramah. Manis orangnya. Kami sebaya, dan bercinta sejak sekolah. First love, insyaAllah one and only. Hehe.
Anak sulung kami lahir lepas 5 tahun kami kahwin. Lepas anak sulung 2 tahun, wife pregnant lagi. Pregnant kalini macam2 masalah. Dengan alahan teruk, kena covid, masalah jantung lagi. Keluar masuk wad perkara biasa. Masuk 8 bulan aku perasan wife dah mula kurang bercakap, kurang ceria.
Lepas lahir baby dihantar ke NICU sebab ada masalah pernafasan. Wife berkeras nak jaga baby di NICU walaupun badan dia masih lemah sebab czer. Aku turutkan aje. Masuk hari ke 8, nurse call suruh datang segera. Aku punya la cemas.
Sampai di NICU rupanya wife aku ada cubaan bunuh diri, jadi dia dirujuk ke psikiatrik dan perlu dipantau oleh nurse di sana. Aku terkejut sebab dia whatsapp aku macam biasa, bila VC masih senyum dan gelak. Doktor kata postpartum depression. Orang kampung kata meroyan.
Lepas 2 minggu baby di NICU akhirnya boleh discaj, wife aku pun dibenarkan balik. Tapi masa ni dia bukan orang yang aku kenal. Dia tak ceria, kurang bercakap. Asyik baring je. Nak uruskan diri pun perlu aku atau CL yang tolong.
Banyak masa dihabiskan dengan termenung dan menangis. Malam pun tak boleh tidur. Bila aku tanya dia pun taktau apa yang dia rasa, dia cuma jawab dia rasa kosong. Family wife semua datang melawat dan bagi kata2 semangat, tapi dia hanya diam.
Baby pulak dijaga sepenuhnya oleh CL. Wife hanya susukan baby je. Malam aku take over sampai ke subuh. Anak sulung pun perasan mak dia lain. Tapi dia ni magic sikit sebab bila wife aku dalam fasa meltdown, anak sulung aku ni macam boleh detect.
Walaupun dia tengah main kat bawah dia akan lari naik atas pergi kat mak dia, baring atau peluk mak dia. Dan mood wife aku pun terus elok.
Lepas dah sebulan wife dah boleh solat dan mengaji. Aku perhati setiap kali dah habis solat lama sangat dia nak bangun. Airmata pun sampai basah telekung. Bila mengaji pulak satu mukasurat pun lama sangat baru habis. Tak boleh nak fokus katanya.
Almulk, Alkahfi sebelum ni lancar tapi dah tersangkut2. Jadi dia frust. Mulut dia asyik ulang dia tak bagus, dia banyak dosa, dia tak bersyukur. Pernah sekali dia nak bunuh diri sebab kecewa dia tak ingat bacaan sujud sejadah. Aku taktau nak react macam mana.
Benda ni berlarutan sampai 2 bulan lebih. Dalam masa tu setiap minggu jumpa pakar psikiatrik, naik dose ubat. Pergi kaunseling, pergi terapi. Kerja rumah dan penjagaan anak dibantu oleh family dan CL. Aku sampai call company CL mintak extend sampai 3 bulan.
Mujur juga rezeki dari segi kewangan kami memang stabil. Alhamdulillah masuk bulan ketiga wife dah slowly boleh uruskan diri, dah berselera nak makan, mau bersembang macam biasa. Paling utama dia dah takde keinginan nak cederakan diri dan boleh bonding dengan baby dan anak sulung.
Sekarang hampir 2 tahun wife aku on treatment. Sampai hari ini masih makan ubat. Masih ada episod airmata, episod termenung dan episod susah nak fokus.
Ada masa dia tenggelam dalam fikiran dia sendiri. Ada masa dia mudah marah. Haa macam tak logik depression tapi marah-marah kan? Ada wei! Aku pun baru tau!
Tapi apa yang buat aku kagum adalah wife aku tak pernah putus asa untuk sembuh. Apa doktor dia suruh buat semua dia ikut. Ubat tak pernah tinggal, follow up semua dia pergi, cuma tarikh aku kena ingatkan, sebab dia cepat lupa.
Kadang-kadang aku rasa bersalah sebab benda ni jadi sebab dia mengandung dan lahirkan anak untuk aku. Tapi yang sakitnya dia sorang. Aku harap wife aku boleh sembuh macam biasa, tak perlu bergantung pada ubat lepasni. Biar la ambil masa 3-4 tahun pun,aku boleh tunggu.
Buat masa ni selain ubat, dan terapi, kami juga berubat secara perubatan islam (ustaz kata lemah semangat?). Sesiapa yang ada cadangan apa lagi boleh ikhtiar sila komen ya? Nanti aku baca. Terima kasih!
– Amad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Allahuakbar.. semoga Allah membalas kesabaran encik jaga wife, setia di samping dia dgn bermcm2 kebaikan lg lepasni dan semoga wife encik cepat sembuh ye Aamiin.