Assalamualaikum, terima kasih seandainya karangan aku ini diterima untuk disiarkan.
Aku ingin berkongsi betapa bertuahnya aku mendapat seorang isteri yang aku kira tiada lain melainkan sebuah kurnia yang amat besar dari Rabb Maha Penyayang. Well isteri aku ni darah campur-campur Johor dan Kedah. Aku pulak orang Kelantan. Tiada masalah daripada sudut penerimaan keluarga.
Izinkan aku gelarkan isteri aku N. Aku dan N berkahwin lebih 5 tahun dulu. Persamaan paling signifikan kami berdua, kitorang sama tarikh lahir. So takde issue aku lupa tarikh hari lahir dia. Cuma selalu terbabas ingat tarikh perkahwinan kami. Allah menjadualkan bulan madu kami berpanjangan sehingga ke hari ini sambil menanti zuriat kami yang bakal melengkapi penantian dan cita cita kami.
Jujurnya N sangat suka akan budak budak. Semua anak saudara N dan anak saudara aku sangat rapat dengannya. Rapat yang sampai peringkat bebudak tu sanggup ignore mak bapak diorang bila N ada. Namun, zuriat kami masih on the way datang maybe. Tolong doakan.
N seorang yang sangat penyayang. Dia sangat rapat dengan ibu bapanya sehingga digelarkan anak paling manja dalam keluarganya. Dia juga terlalu sayang ibu bapa aku sehingga dia tidak pernah lupa ole-ole untuk mereka setiap kali kami pulang ke kampung. N dan mak aku pon manja boleh tahan. Adik beradik aku pon sayang pada N. No doubt about that.
Rezeki Allah, selepas tamat belajar, aku terus dapat kerja disebuah badan berkanun. Alhamdulillah. Dan N pulak memandangkan dia pelajar cemerlang tahap dahsyat punya cemerlang kategori 3.9 dan 4.0 cgpa tiap sem, UIA ambik dia jadi staff akademik (lecturer) sampai sekarang. So kehidupan kami dengan UIA tak pernah putus. We are torchbearers for the Ummah!
N ada ramai kawan sekerja dan pelajar perempuan yang rapat dengan dia. Rapat tu tahap dia ajak diorang tido kat rumah. Memandangkan aku selalu out station, dia buat la perancangan dengan geng-geng dia tu. Aku takde masalah pasal tu sebab aku suka tengok wajah dia bersinar lain macam tiap kali dia mintak izin nak bawak diorang tido kat rumah. Aku tahu dia happy.
Setiap perkahwinan sentiasa mengharapkan cahaya mata. Cahaya mata adalah penyeri, dan penyambung nama kami di dunia ini. Cahaya mata kurnia Allah atas rahmat dan rahim Nya. Cuma Allah lewatkan sedikit mungkin untuk memberikan ruang kami perbaiki diri dan bersedia betul-betul menyambut ketibaan zuriat kami. Stress? Tipulah kalau tak stress. Awal 2 tahun perkahwinan kami, banyak dah air mata yang gugur setiap kali N uzur. Dia menangis dan sedih. Aku? Tak. Aku tak menangis depan dia. Aku nangis dalam kereta beb.
Kami sudah cuba ikhtiar melalui perubatan tradisional dan modern. Bila ada orang suggest je kitorang ikhtiarkan untuk pergi. Aku gunakan semua simpanan aku untuk tujuan itu. Dan N pon sama. Apabila savings kami habis, kami stop dulu dan kumpul duit semula. Then ikhtiar lagi.
Sesungguhnya, kami tak pernah putus asa mencuba dan berikhtiar. Allah masih mahu kami limpahkan usaha dan doa kami.
N pernah meluahkan perasaan kepada aku. Dia takut aku buat keputusan untuk kahwin lagi. Hahaha. Thats my wife. Dia jenis cemburu beb. Maklumlah, aku hensem weh.hahaha. and of course, setiap kali dia meluahkan kebimbangan dia, setiap kali itulah aku yakinkan dia. Aku tak pernah berniat kearah itu.
Aku selalu ingatkan dia, Allah dah kurniakan segala-galanya, kerja yang bagus, mak ayah yang menyayangi, adik-beradik yang rapat, dan baaaanyak kurniaan lain. Allah tangguhkan rezeki zuriat satu sahaja. Layakkah kita mengeluh dan bersedih dengan satu isu itu sahaja sehingga lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki? Biasanya dia akan tenang kembali dengan kata-kata seperti itu.
Kalau awal-awal kahwin dulu, kami agak stress apabila ada orang yang baru kahwin kemudian daripada kami dikurniakan anak. Soalan biasa, ‘kenapa dia kawen lewat dari kita, dia dapat dulu’. Tahun berlalu, kami cuba berubah. Memilih untuk lebih berlapang dada dan rasa, kami ambil keputusan untuk bergembira dan meraikan setiap berita seperti itu. Dalam masa yang sama, mintak diorang doakan kami jugak.
Sejujurnya, bagi aku, yes! Aku juga inginkan zuriat seperti N mahu. Cuma, its not for us to decide on that matter. Allah kurniakan. And sejujurnya aku masih dengan pendirian, aku tidak akan berkahwin lagi menggunakan alasan itu. Semoga Allah kekalkan pendirian aku.
Aku bahagia je dengan N. Cuba bayangkan, tahap bahagia aku, bila aku out station, rasa rindu teringat nak dengar dia bebel, dengar dia bercakap, ingat saat dia senyum muka bercahaya dia tu. Allah kurniakan aku seorang isteri yang bagi aku cukup sempurna.
Makan minum pakai aku sangat sempurna. Kitorang ni kira pasangan yang steady gak la. Aku basuh kain baju, dia masak. Dia kemas rumah, aku sepahkan. Kira okey la kan? Tapi masih belum berlaku insiden aku terduduk atas tudung dia yang baru lepas iron. Hahaha
N isteriku, Abang sayang kamu dan kamu tahu itu. InsyaAllah, nanti Allah bagi zuriat kat kita yerr. Love u babe.
To those yang masih menanti zuriat macam kami, aku doakan Allah kurniakan zuriat keoada kamu. Kalau korang dapat dulu pon takde hal. Kami tumpang bahagia dengan rezeki korang
Abang Botak
– Abang Botak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit