Isteriku Terlalu Baik

Assalamualaikum kepada pembaca. First skali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada admin sekiranya confession aku ni dipilih untuk tatapan umum.

Tujuan aku menulis ni tak lain tak bukan nak dapatkan pandangan dari orang ramai. Nak tulis kat fb sendiri kang jadi kes lain pulak.

Maaf aku tak pandai menulis panjang panjang. Aku cuba ringkaskan agar senang orang nak faham.

Aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku Eddie dan semestinya bukan nama sebenar. Alhamdulillah aku dikurniakan seorang isteri yang baik dan seorang cahaya mata penyeri rumahtangga kami.

Berdasarkan tajuk di atas, semestinya kisah yang aku nak ceritakan adalah mengenai isteri aku. Cerita ini bukanlah mengenai rumah tangga kami tapi lebih tertumpu kepada tempat kerja isteri.

Isteri aku seorang yang berpangkat di sebuah syarikat bumiputera kecil di selatan tanah air dimana isteriku mula bekarja dari kuli sampai la jadi manager.

Alhamdulillah setakat ni cukup la untuk keluarga kecil kami. Aku bersyukur sangat sebab isteri aku sanggup bekerja nak membantu aku dalam menghadapi ekonomi yang mencabar sekarang ni.

Lebih lebih lagi bila dah ada anak ni, tau tau la duit banyak pakai. Alhamdulillah isteri aku tak pernah pernah merungut selama ni.

Masalah mula timbul bila di syarikat tersebut, apabila majikan isteri aku mula mengambil sanak saudaranya untuk bekerja di syarikat itu. Majikan isteri aku ni baik orangnya. So bila makcik pakcik dia tanya, serba salah nak menolak.

Pada mulanya isteri aku ok je. Kerja kan, kenalah professional. Lagipun isteri aku cuma makan gaji sahaja. Dia ikutkan saja kemahuan majikannya.

Maka masuklah si B ni dalam syarikat tersebut dan majikan isteri aku letak si B ni duduk bawah isteri aku, memandangkan isteri aku nipengurus di syarikat tersebut.

Isteri aku dipertanggungjawabkan untuk memantau si B ni. Sebagai seorang pekerja yang taat, isteri aku ikutkan saja. Bak kata pepatah, bukan company bapak aku pon. So ikut jela ape majikan suruh.

Untuk tiga bulan pertama alhamdulillah takde apa apa masalah. Si B ni patuh dengan setiap arahan yang isteri aku berikan. Selepas tiga bulan dimana si B ni dah confirm, dia dah mula tunjuk belang.

Mula tak ikut arahan, cakap kasar tak hormat pada staff lain termasuklah isteri aku sendiri. Sejak dari itu, isteri aku mula mengadu pada aku. Aku pula pelik, kenapa dibiarkan budak tu besar kepala, takde siapa siapa yang saound ke?

Menurut isteriku memandangkan die kaum kerabat majikan, tiada siapa berani menegur. Aku cakap kat isteri aku sebagai pihak atasan si B, itu memjadi tanggungjawab dia untuk menegur kelakuan budak tersebut.

Seperti tajuk di atas, isteri ku terlalu baik. Dia tak mahu ada sebarang konflik di tempat kerja so dia just biarkan sahaja setakat ini. Yang penting kerja jalan dan syarikat berfungsi dengan baik. Aku iakan saja.

Namun saban hari, perangai si B makin menjadi jadi. Bukan saja dengan orang dalam syarikat dia buat perangai malah dengan client pun sama.

Lebih teruk lagi, si B ni cerita dekat kaum kerabat dia yang client ni bermasalah. Sampai client call isteri aku mintak penjelasan kenapa si B ni kurang ajar sangat. Penyudahnya isteri aku yang kena mintak maaf bagi pihak si B.

Mungkin ada yang bertanya kenapa isteri tak cerita dengan majikan? Macam tajuk di atas, isteri aku ni terlalu baik, tak nak ada konflik di syarikat.

Menurut isteri aku dia takut si B ni cakap bukan bukan kat family majikan pasal dia so dia biarkan saja. Lagipun menurut isteri aku, majikannya juga seorang yang baik.

Kalau family majikan termakan hasutan si B, adakah majikan akan menyebelahi isteri aku atau family dia? Sendiri boleh fikir.

Berbalik kepada cerita asal, konflik di syarikat mula menjadi parah bila 3 orang di syarikat tersebut nekad hendak berhenti kerja sebab dah tak tahan dengan si B.

Puas isteri aku memujuk tapi mereka tetap nekad untuk berhenti. Memandangkan semua yang berhenti tu anak dara bujang yang masih tinggal dengan mak ayah,

So mereka tiada masalah untuk berhenti memandangkan tiada komitmen berat untuk ditanggung. Maka tinggal la 3 orang saja termasuk isteri aku, si E (admin syarikat) dan si B ni dalam syarikat tersebut.

Majikan isteri aku kemudiannya mengarahkan admin isteri aku untuk mencari pekerja baru bagi menggantikan staff yang berhenti.

Dengan menggunakan kuasa ‘cable’ nya, si B ni pun tariklah kerabat ipar duai yang lain untuk masuk ke syarikat tersebut. Dan seperti biasa, majikan isteriku yang terlalu baik ni mengiyakan saja.

Ingin aku tekankan disini yang dari segi kerja, tiada masalah. Semua kerja berjalan dengan baik. Masing2 professional dalam kerja masing masing.

Cuma dari segi persekitaran kerja serta pergaulan, itu yang masalah. Si B ni makin naik kepala termasuk la kaum kerabat si B ni yang baru masuk kerja.

Akhirnya, giliran si E pula kecundang. Dalam diam diam si E ni cari kerja lain kerana tak tahan kerja di syarikat tersebut. Sampai menangis isteri aku pujuk si E jangan tinggalkan dia tapi si E tetap nekad sebab dah lama bersabar.

Maka tinggal la isteri aku keseorangan bagai kera sumbang yang sering dipijak pijak oleh sekumpulan budak budak muda yang tiada rasa hormat terhadap orang lain.

Hari hari isteri aku mengadu sambil menangis pasal keadaan di tempat kerjanya. Sampai tahap aku pulak yang nak menangis.

Kadang kadang ade jugak aku rase nak pergi tumitkan je budak budak tu tapi isteri aku melarang (lagipun semua staff company tu perempuan).

Isteri aku nak berhenti/ tukar kerja tapi komitmen kami terlalu besar. Isteri aku cakap tiap tiap kali nak berhenti, mesti dia terkenangkan anak kami yang baru belajar nak meniarap tu.

Cukup tak makan minum anak kami nanti kalau dia berhenti. Dengan pinjaman rumah, kereta, insuranse anak lagi. Nak harapkan gaji aku sorang memang tak cukup.

Hari hari aku mintak maaf kat isteri aku sebab aku tak cukup kaya untuk dia berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa. Laki mana tak sayang bini bro. Aku pun sebak jugak bila bini aku asyik menagis je hari hari sebab stress.

Aku pernah cakap dekat dia suruh berhenti je and kita tawakkal. Aku try to stay positif dengan alasan rezeki tu urusan allah. Tapi tipu la kalau kami tak goyang.

Sekarang aku tak tau nak buat ape. Nak suruh bini tukar kerja, tapi dengan musim pkp ni, susah nak cari kerja. Dengan gaji sekarang pun lepas tolak komitmen cukup cukup makan, apatah lagi kalau isteri berhenti kerja.

And kalau isteri aku tukar kerja sekalipun, mustahil nak dapat gaji macam sekarang. Dengan anak nak membesar lagi banyak pakai duit.

So ade ape ape cadangan tak? Aku tengah buntu gile ni. Mana tau ada siapa siapa boleh bagi cadangan yang bernas.

– Eddie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *