Assalamualaikum semua, aku Roy. Sebelum ni IIUMC ada published kisah aku namun dengan nama yang berbeza (takut nanti ada yang kenal pula).
Hari ni masuk hari ke 22 PKP, kebosanan sudah mula melanda diri, jadi dengan ruang yang ada ingin aku ceritakan kisah perkahwinan aku 7 tahun yang lepas.
Walaupun baru berusia 7 tahun, namun aku sudah mengenali si dia sejak matrikulasi lagi. Kami bercinta sejak 2006 dan mendirikan rumah tangga pada 2013. 7 tahun bercinta + 7 tahun berumah tangga.
Sebelum betul-betul serius atau ayat orang dulu-dulu ‘declare’ kami ini memang kawan baik yang boleh bertepuk tampar (istilah sahaja, kang ada yang cakap soal ikhtilat pulak) dan bergurau kasar. Apa-apa memang akan cakap terus jenis memang tak simpan.
Dalam masa kami berkawan tu aku sudah pun berpunya, tetapi biasalah menjaga makwe aku rasakan terlalu cerewet. Menjaga seorang makwe yang aku idamkan selama ini terasa seolah-olah terpaksa menipu diri sendiri.
Berlagak semuanya ok dan senantiasa cuba meng’impresskan kekasih hati membuatkan aku sendiri makan hati. Tetapi dengan kawan lain pula jadinya. Aku adalah aku. Engkau tak suka, apa aku kesah.
Masuk bulan ke-5 kisah cinta anak anjing aku decide letak titik noktah. Aku kembali single dan bebas. Yahoo kembali “bujang”. Aku pun tak tahu nak cerita macam mana rasa cinta dengan kawan baik tu hadir.
Rasanya mungkin lepas dia tunjuk rasa ambil berat kat aku kot, lama-lama cair jugaklah (lelaki hot, mestilah tunjuk ditackel bukan menackle.. kah3). Kalau tak silap masa tu aku tidur 24 jam tak bangun-bangun.
Jangan tanya kenapa, aku ambil kos yang tak tidur. Jadi lepas sahaja submission, dengan kepala yang sudah berat macam memikul gunung aku terlelap. Sedar-sedar sahaja sudah siang.
Bayangkan engkau tidur langit di luar cerah, engkau celik mata pun langit juga masih cerah, rupa-rupanya yang cerah tu sudah keesokan hari. Waktu tu dia kelam kabut entah kemana aku menghilang tanpa khabar berita.
Lepas tu adalah beberapa kisah lain, perlahan kedua-dua hati mula berpaut dan kami ‘declare’ (zaman sekarang ada lagi declare-declare ni ya?). Dan kami masih seperti kawan baik. Semua kami kongsi bersama “engkau tak suka lantak engkau lah” kata aku pada dia. Ya, kami masih ber’aku’ ‘kau’ lagi.
Masih di zaman matrikulasi. Tadi aku ceritakan kos aku kan, lupa pula dia kos apa. Dia kos Arabic. Jauh benarlah dengan bidang aku yang tak ketahuan ni. Dengan tidur tak bangun (time tu confirmlah solat semua out).
Kalau diimbau kembali ketika persekolahan, aku memang cukup anti dengan bahasa arab. Tahap ke-antian tu sampai aku hari-hari doa mintaklah ustazah aku tu accident ke, sakit ke, kereta rosak ke janji tak masuk kelas (mohon Allah tarik balik doa ni jangan jadi kat isteri aku).
Bukan sebab aku tidak suka Islam, cuma bab menghafal ni aku cukup lemah. Ana, antum, antumna, ma, man, bla bla bla. Fe’el (ye ke? entah aku sudah lupa), 3 tahun aku hafal aku masih tak boleh ingat.
Dipendekkan cerita tak sanggup aku dengan arab ni aku keluar dari sekolah agama masuk sekolah teknik. Haaaa.. barulah kena dengan jiwa.
Bila dikenang kembali rasa kelakar pula, itulah jangan benci sangat sekali hambik, yang engkau anti tulah Allah bagi jadi bini. Hari-hari kau tengok muka stajah arab. Bukan bini je, dengan bini, dengan kaum kerabat semua ustaz dan ustajah. Kaw-kaw Dia bagi.
Berbalik pada perkahwin tu memang aku persiapkan diri ilmu dan batin (batin tu agama ok, bukan batin yang kau fikir tu, yelah.. yang tu adalah sikit-sikit takkan aku nak cerita). Kalau diikutkan dia yang push aku ajak kahwin, macam-macam alasan aku bagi, tak cukup duitlah, tak sedialah. Biasalah lelaki.
Yang sebenarnya aku takut kehidupan lepas kahwin, tanggungjawab besar. Selepas diasak bertubi-tubi siap parent sendiri call aku aku jadi gelabah dan cakap YA, AKU SEDIA. Buku-buku agama aku cari untuk bekalan ketua keluarga.
Malam perjalanan dari perantauan ke kampung untuk diijabkabul tu aku ingat lagi, sepanjang perjalanan yang gelap gelita tu aku tak tidur dan berfikir. Punyalah takut. Ingatlah malam tu aku rewind berulangkali lagu Sami Yusuf – Make Me Strong.
“I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong”
Lirik tu betul-betul kena dengan situasi yang sedang aku hadapi waktu tu dan itullah doa aku titipkan sepanjang malam. MAKE ME STRONG.
~ Pung, pak, pak, pung, pak, pak ~
~ Kompang dipalu, penganti baru~
~ Duduk bersanding tersipu malu~
Maka sahlah kami bergelar suami dan isteri. Malam tu usai akad nikah… tutt..tutt.. tutt. Sibuk korang nak tahu eh, tak payah. Ha ha ha (gelak jahat).
Esoknya pula, “Jom Roy, kita solat berjemaah” ajak bapa mertua aku. Aduh, macam mana aku nak elak ni. Waktu tu solat asar. Zohor aku selamat dia solat kat masjid.
Ni waktu asar dia buang tebiat nak pulak nak berjemaah beramai-ramai dekat rumah dengan adik beradik yang lain bukan berdua dengan aku je.
Macam mana aku nak lari ni???, takkan nak cakap uzur pulak. Aku pasrah, dan terima ajakan. Nasib baik hanya menjadi makmum. Tidak ditolak menjadi imam. Lega~~~
“Assalamualaikum warahmatullah, Assalamualaikum warahmatullah” selesailah solat berjemaah kami seisi keluarga baru. Doa pun dibaca, sejadah pun aku lipat satu persatu. “Tolong bacakan doa ni Roy” kata bapa mertua aku sambil menghulurkan sekeping kertas.
“Allah, ujian apa pula ni ya Allah engkau turunkan ini” bisik aku dalam hati. Ingat dah selamat tak diaju bacakan doa lepas solat. Baru nak tarik nafas lega dah datang ujian baru. Sebenarnya, kertas tu tertulis doa akhir tahun islam, kena pula hari tu adalah hari akhir bulan Zulhijjah.
Walaupun aku ni dahulunya terer membaca quran, tapi itu dulu ya kawan-kawan aku caps lockkan.. DAHULU, 30 tahun yang lampau waktu aku kanak-kanak belum baligh. Terkulat-kulat aku dibuatnya.
Nasib baik stajah duduk sebelah aku dan tolong baca perlahan-lahan sambil aku ikut satu persatu. Malu usah cakap, malu kerana peristiwa itu disaksikan jemaah yang lain iaitu adik beradik dia yang lain. Adik dia yang kecik lagi lancar baca dari aku yang usia sudah tua bangka ni.
“AAMIIN” habislah doa dibaca. Macam tadi, jangan lega awal sangat, “ujian” belum habis. “Abah ada tazkirah sikit” kata bapa mertuaku aku lagi. Tazkirah tu pasal alam perkahwinan, kerana memandangkan aku adalah menantu sulong keluarga mertua.
Panjang lebar aku ditazkirahkan. Tapi bukan kena basuh okay. Tazkirah tu berkisar alam perkahwinan dan suami dan isteri ini kita saling lengkap melengkapi. Macam mana aku tergagap-gagap tadi isteri datang bantu, itulah perkahwinan. Itulah yang bapa mertua aku pesan.
Dan yang aku pegang dan ingat sampai sekarang adalah “apa-apa pun masalah keluarga cuba selesaikan sendiri dahulu, jangan ceritakan pada mak ayah, jika tiada jalan penyelesaian barulah bawa ke pengetahuan mereka. Dan selalulah minta pendapat orang tua sebelum membuat keputusan.
Mereka mungkin tidak arif dalam sesuatu tapi mereka lebih makan garam. Pendapat itu hanyalah pandangan, tidak salah jika kita mendengar pandangan orang lain” itulah nasihat yang aku pegang sampai sekarang.
Hatta membeli barangan murah pun aku minta pandangan mereka. Walaupun aku dah buat research, still aku telefon minta pendapat. Itu bab kecil, apatah lagi yang memerlukan keputusan hidup dan mati, ambil hati orang tua tu penting.
– Menantu hantu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit