Salam semua. Bagi yang tak tau ape itu istidraj , ia adalah kesenangan dan nikmat yang Allah berikan kepada orang yang jauh dari-Nya. Sebenarnya hati berat dan malu untuk meluahkan pada manusia, jadi aku terfikir untuk buat luahkan kat sini. Izinkan aku ubahkan sedikitit fakta dalam nukilan ni sebab aku takut ada pembaca dapat mengenali aku.
Nama aku Elie (bukan nama sebenar), beragama Islam. Aku dilahirkan cantik kerana aku anak kacukan Belanda. Berkulit putih, fizikal menarik, berpendidikan tinggi, pandai bersosial dan disenangi ramai. Walaupun baru berusia 20 an, aku sudah mampu membeli rumah dan kereta mewah kerana aku mempunyai kerjaya mantap dengan gaji hampir 5 angka.
Aku banyak membantu kewangan keluargaku, tak pernah kedekut dengan kenalan. Aku sudah melawat banyak negara memandangkan aku suka melancong dan company juga kerap menghantar aku ke luar negara atas urusan kerja.
Baru berkahwin dengan seorang lelaki sekufu yang sangat baik, kenduri kahwin berjalan dengan meriah. Aku tiada masalah dengan keluarga mertua dan suami juga amat disenangi keluargaku. Pada masa insan lain bergelut dengan kerjaya, relationship, kewangan dan lain-lain.. Semuanya almost perfect for my life.
Sebenarnya aku pernah terbaca satu artikel, dan aku pasti inilah yang dinamakan istidraj. Ya.. aku seorang pendosa, aku sangat liberal. Aku tau mana baik, mana jahat. Aku tak mencuri, membuli binatang atau melukakan pada orang lain. Tapi dari tuntutan islam yang lain aku sudah jauh hanyut, Solat dan puasa cuma satu lakonan untuk menutup mata suami dan keluargaku apabila perlu.
Aurat juga tidak ku tutup dengan baik. Memakai tudung dengan berat hati. Rasa rimas, panas. Bila ke luar negara, aku ambil ringan tentang halal haram. Aku tak minum arak, tak makan babi, tapi sesetengah negara memang susah nak cari makanan halal. Jadi bila keluar business dinner dengan pelbagai counterpart negara lain, senior orang islam yang seorang dua itu, memesan makanan “taknak arak, taknak babi”.
Ala2 pesan mee taknak sayur je. Habis tu ayam sembelih tak, kuali periuk die bekas babi macam mana? Bermula dengan berat hati (sebab aku bukan tak tau ilmu agama), lama2 aku pun sama. Bukan setiap kali, sebab bila travel sendiri atau ada pilihan, aku takkan masuk kedai macam tu. Tapi bila urusan kerja di negara yang susah dapat makanan halal bersama majority bukan islam, jadi balik.
Makin lama, aku makin jauh hanyut. Sekarang dah rasa sangat susah nak ke pangkal jalan. Nak solat satu waktu pun malas. Bagi aku asal aku tak melakukan kejahatan pada orang lain, dan berbuat baik selalu, itu sudah cukup. Even masa aku menulis ni, walaupon jauh disudut hati aku, aku tau aku berdosa, aku tau ini istidraj… tapi aku tak rasa aku bersungguh nak berubah.
Kecam lah, maki lah, aku tau aku salah. Tapi pada yang sudi, kongsi la idea dan cara sebelum aku terus menerus kufur dengan nikmat Tuhan. Tolong aku.
– Pendosa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit