Istidraj

Aku ada terbaca maksud Istidraj tadi. It’s mean harta atau pemberian yang tidak diredhai oleh Allah untuk menyesatkan lagi orang tu.

Pertama sekali, aku bukan nak buka aib sendiri. Tapi aku perlukan ruang untuk aku luahkan perasaan serba salah aku dan apa segala kritikan atau nasihat yang aku terima lepas ni, aku redha.

Aku perempuan. Salah seorang penuntut IPT awam. Aku datang dari keluarga baik2. Bukan salah ibu yang mengandungkan aku, bukan juga salah ayah yang mendidik aku, tapi salah aku sendiri sebab terlalu ikut hawa nafsu.

Jujur cakap, aku dididik dengan ilmu agama dan tatasusila yang lengkap. Tapi semua berubah lepas aku dah mula masuk U. Sebab mungkin juga aku rasa berlagak sebab rasa diri dah cukup besar nak jaga diri sendiri.

Aku ada kekasih. Awal perkenalan, semua berjalan dengan lancar. Tapi lepas 2 3 bulan, aku yang tak pernah bersentuhan dengan mahram, dah jadi terbiasa bila dia pegang tangan aku, usap kepala aku, usap belakang aku. Bagi aku benda tu dah biasa.

Then lepas dah pegang-pegang apa semua, mula lah nak berpelukan pula. Lepas tu, naik pula ke stage seterusnya. Aku dah mula kenal apa itu french kiss, raba-raba tempat tak sepatutnya.

Setiap kali ada je chance di tempat gelap, mula lah perangai gedik manja aku keluar. Dari sentuh, usap-usap, peluk sampai ke french kiss bagai.

Betul lah agama ada cakap, bersentuhan tu adalah sebab utama terjadinya zina. Aku pernah tidur dengan kekasih aku, tapi tak pernah terlanjur. Sebab aku dengan dia tak nak timbulkan masalah. Bagi kami, alaa ringan ringan je pun. So no problem.

Sampai sekarang aku masih lagi in relationship dengan kekasih aku. Memang ada perancangan nak bernikah, tapi proses nak menikah lama since aku masih belajar.

Tapi aku nampak effort dia nak kahwin dengan aku. Aku dah cuba kawal nafsu aku, dia pun sama, tapi still gagal bila dah berdua.

Aku takut hati aku sekarang dah mati. Langsung tak rasa bersalah dengan apa yang aku buat. Sampai lah tadi aku terjumpa perkataan istidraj ni. Tiba-tiba aku jadi takut.

Aku jarang sangat solat. Lepas tu ada pulak kekasih. Buat pula benda tak senonoh. Tapi achievement aku dalam class sangat membanggakan. Orang ramai respect aku. Bukan nak riak ke apa, tapi itu lah hakikatnya.

Then mula lah aku terfikir, apa yang aku dapat ni istidraj ke. So Allah tak redha dengan diri aku. Dengan kejayaan aku.

Padahal Allah dah tutup aib aku, itu pun aku tak bersyukur lagi. Masih tak sedar diri. Aku rasa berdosa. Aku rasa hina. Tapi aku jarang menangis bila kenangkan dosa-dosa aku.

Apa yang perlu aku lakukan? Aku takut Allah tak terima taubat aku. Bantu aku. Nasihat aku. Aku nak berubah. Aku perlu kekuatan.

Aku mohon. Doakan perubahan aku ke arah yang lebih baik.

– Manusia Berdosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. You definitely should stop.

    Syarat sah taubat ada 3
    1. Tinggalkan
    2. Sesalinya
    3. berazam utk tidak mengulanginya.

    Dengan memenuhi syarat-syarat tersebut, taubat seseorang akan diterima oleh Allah SWT. Jika dosa melibatkan hak sesama manusia, maka perlu ditambah syarat yaitu meminta maaf kepada orang yang dizalimi.

    Berusahalah utk berhenti dan bersabarlah dalam perjalanannya. I know your heart want it too. Take care.

  2. First step, jauhkan diri daripada boyfriend awak.

    Bagitau dia, awak nak muhasabah. Nak masa untuk diri sendiri.

    Kedua, solat. Solat dan jangan berhenti berdoa. Adulah semuanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar.

    Ketiga, baca Al-Quran. Hayati kalamullah. Lama-lama awak akan rasa Ya Allah kenapalah baru sekarang aku tersedar.

    Keempat, cari kawan yang baik. Cari usrah, cari circle yang baik. Pergi masjid, dengar tazkirah. Atau paling malas pun dengar ceramah ustaz ustazah yang boleh menyentuh hati awak.

  3. Kadang2 ada orang Islam tapi cakap “Aku tak solat, tak puasa, etc tapi aku kerja OK je tinggi je jawatan @ belajar OK je result bagus, etc” seolah-olah bangga..

    Allah dah janji yang Dia akan bagi kejayaan dunia kalau manusia berusaha atas dunia ni. Kalau manusia kerja keras siang malam, jadi dia akan bagus lah dalam bidang kerjanya (cth naik pangkat@bonus@untung bisnes tinggi). Kalau manusia belajar keras siang malam, jadi dia boleh dapat result exam yang bagus. Itu semua sebab usaha. Jadi tak hairan lah manusia ni boleh berjaya di dunia walaupun tinggal benda2 wajib, makin jauh dari Allah. Sama juga Allah berlaku adil kepada orang bukan Islam, Dia akan bagi kejayaan kepada yang berusaha walaupun tidak beriman kepada-Nya.

    Tapi itu kejayaan di dunia sajalah. Kejayaan di akhirat nanti? Kalau kita orang Islam, kita kena berusaha di dunia untuk dapatkan habuan/kejayaan di akhirat juga..iaitu berusaha mematuhi suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

    Tapi Allah maha pengampun maha penyayang. Manusia tak lari dari buat dosa dan silap. Tapi pendosa yang terbaik adalah pendosa yang bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka selagi matahari tidak terbit dari barat.. Semoga kita semua semakin dekat dengan Pencipta kita..

  4. ya tuhanku bila baca kisah adik, akak teringat kisah akak sendiri zaman bujang dulu.. tapi dik, rasa takut tu lah bukti Allah sayang dkt adik, rindu dkt adik, nak adik minta ampun dekat dia, tanda dia faham perasaan adik yang nak berubah tapi masih dikuasai hawa nafsu. jangan takut Allah tak terima taubat, sebab Allah maha pengasih maha penyayang, Allah maha penerima taubat orang2 yang ingin bertaubat pada-Nya. yakin dik. In shaa Allah anggap la perasaan yang adik tgh rasa ni rasa yang Allah bagi untuk adik balik pada Dia.

    untuk permulaan, jangan tinggalkan istighfar dan selawat hari2, ade masa senggang je beristighfar dlm hati sentiasa, sambil buat kerja pun hati masih boleh beristighfar dan berselawat, semoga Allah terangkan hati adik dan membuka jalan2 yang sepatutnya adik ambil untuk berperang dengan hawa nafsu kita sendiri.

    Allahualam. selamat maju jaya adik 🤲

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *