Assalamualaikum semua. Intro, nama aku Nurul (bukan nama sebenar), bujang, 30 tahun. Terima kasih iiumc share cerita ni. Cerita hanya sekadar santai santai. Tentang kehidupan bujang yang masih keliru.
Okay, cerita ni berkisar tentang istikarah aku 10 tahun lepas. Masa tu aku masih lagi diploma. Biasa zaman baru tahu apa itu bercouple or baru nak berjinak2 dengan cinta ni. Haha. Masa aku dengan ex yang lama. Yelah nama pun budak baru nak up. So sayang bagai nak rak tapi kecundang akhirnye.
Senang cakap aku tak bole go dah dengan dia. Jadi aku istikarah.. dan memang bukan dia. Jadi aku lepaskan. Tapi aku dapat mimpi pelik. Dia mana di ruangan gelap aku berjalan ke arah cahaya putih. Masa aku nak pergi ke cahaya tu.
Tiba2 aku duduk di sebelah susuk tubuh laki yang aku tak nampak siapa dia, aku sandarkan bahu ke dia sambil kami berpegang tangan. Hanya tangan dia saja aku nampak jelas. Dalam tu aku bahagia sangat. Sampai aku terjaga pukul 4.30am. Dan akhirnye mimpi tu jd tanda tanya.
Fast forward selepas 10 tahun. Aku baru bekerja di tempat baru die selatan tanah air. New environment. New college. Dan di situ aku terjupa Fir (bukan nama sebenar) Haha soryy bukan adellea soffea tapi just suka nama Fir itu. Haha.
Pada mulanya aku memandang Fir hanya sebagai kawan tak lebih. Takda apa pun pikir. Sekadar teman kerja. Tetapi ada 1 peristiwa buat aku terimbas kembali mimpi istikarah aku 10 tahun lepas. Ada kejadian buat aku teringat tentang mimpi itu. Nampak macam mengarut. Tapi tangan dia buat aku seolah olah aku mcm pernah pegang sebelum. Haha.
Tapi aku tepis perasaan tu. Mana mungkin. Tapi dari situ mgkin Allah gerakkan hati aku untuk berdoa dan istikarah tentang dia. Jadi istikarah aku berdoa. Semakin hari kami makin kenal. Dari bercerita hal2 kerja kami bercerita ke hal2 personal. Banyak kami share. Kami makin rapat. Hati aku cenderung ke arah dia.
Sepanjang aku istikarah aku tak pernah mimpi tapi keadaan sekeliling cenderung ke arah dia. Fir ni biasa2 je orangnya. Ade mase aku nmpk dia lost sikit. Kami mungkin gila gila sikit sebab tu kami agak rapat. Dan ade mase Fir mintak pendapat dan aku selalu beri nasihat dan teguran begitu jugak aku.
Alhamdullilah dia sangat menerima. Kami selesa. Aku mintak pendapat dari kawan2 aku yang lebih arif. Banyak jawapan positif. Tipu la tak happy kan. Kami dah jadi mcm kawan baik.
Ohh Fir tak tahu pun tentang istikarah dan hubungan kami tak lebih dari kawan. Mungkin aku malu nak mulakan. Dan Fir? Ada ego sendiri. Dia pernah cakap dia takkan kahwin dengan kawan sekerja. Aku hanya okayy kan je. Sebab aku percaya jodoh tak kemana.
Oh kami di tempat kerja kami hanya bercakap bila perlu. Tapi bila ade ruang kami berdua kami akan bercakap seolah2 kenal dah lama. Bila balik kami more to berwassap. Pelik kan. Sebab mungkin kami taknak orang bercakap pasal kami. Tapi itulah. Perempuan dan lelaki tak boleh kawan baik. Akan ada perasaan walaupun sedikit. Ok sedih jap. Haha
Sebulan yang lepas Fir mengaku dia ade kenal someone. Aku tekejut. Aku down. Aku kecewa. Tipu aku tak menangis. Seolah kau hilang “soulmates” yang paling kau sayang. Itupun selepas aku tanya berkali-kali.
Dia macam mengelak bagi jawapan. Tak pasti kenapa dia mengelak. Dan akhirnye aku tahu jugak. Aku diam beberapa hari. Tak berhubung dengan dia. Walaupun selepas tu dia ade tnya aku mana hilang. Selepas kejadian tu aku mengelak.
Dan selepas kejadian itu. Aku berubah. Aku sendiri makin jauh dengan dia. Tapi aku tahu dia mencari. Mungkin dia keliru dgn diri sendiri ataupun terperangkap dalam egonya. Entah. Aku muhasabah diri aku. Mgkin aku istikarah tapi aku tak ready lagi nak kahwin. Begitu jugak dgn Fir. Entah. Dilema 30 tahun kot. Haha.
Mungkin jugak Allah tarik dia dari aku nak tengok aku berusaha ataupun tidak. Berdoa lagi ataupun tidak. Dia nak bagi ujian. Selalu aku berdoa jika dia untukku jawapan istikarah yang kau bagi sebelum ni Kau dekatkanlah. Jika tidak Kau jauhkan, buang perasaan ini. Tapi aku masih lagi tak dapat buang perasaan itu.
Actually panjang lagi doanya tapi itulah antaranya. Aku cube benci diri dia. Aku tak boleh. Aku cube benci kekurangan diri dia tetap tak boleh. Dia sangat baik bagi aku. Penenang dan pendengar masalah aku. Mana boleh aku benci dia. Ok sedih sikit. Haha
Aku yakin setiap pergerakan hati ni Allah bagi. Dia mana ada harapan di situ ada doa. Doa aku tak pernah putus. Jika Allah kata berhenti. Aku berhenti berdoa. Dan sebab ujian ini buat aku sedar hati manusia Allah pegang. Dan kita hanya mampu berdoa yang terbaik.
Buat kau.. Aku selalu doakan kau. Maaf kita tak boleh rapat lagi macam dulu lagi. Aku yakin jika kau untukku.. Tuhan pulangkan kau kembali dalam keadaan hati kau dan aku yang da tetap. Jika tidak aku dan kau akan bahagia dengan cara yang Allah bagi. Doakan kami.
Yang rindu,
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit