Istimewa Untuk Adik R (Salahkah Bersedekah)

Untuk baca confession Adik R (https://iiumc.com/salahkah-aku-bersedekah/).

Salam kepada Adik R dan rakan-rakan pembaca IIUMC. Sajalah haritu akak baca confession Adik R, walaupun akak sebenarnya jarang baca luahan yang sikit like dan komen, tapi sebab tajuk luahan adik tu lain dari masalah rumahtangga, akak baca dan habiskan.

Awal-awal dulu IIUMC banyak paparkan masalah para pelajar universiti kan. Bila baca confession Adik R, terkenang pula zaman akak belajar dulu. Tapi nak leave komen, segan pula kalau keluarga dan kenalan sendiri baca.

Jadi Adik R anggaplah kata-kata akak di sini sebagai nasihat lembut seorang kakak yang sayangkan adiknya, atau sebagai bebel sayang seorang senior yang pernah melalui zaman muda belia yang indah dulu acewah.

Sedikit pengenalan, akak seorang penjawat awam berusia lewat 20an, sudahpun berkahwin dan mempunyai anak. Dulu belajar di ipta yang berlokasi di tengah kota raya, iaitu di sempadan KL dan Selangor.

Akak juga merupakan penerima biasiswa yang tidak begitu ramai pelajar tajaannya- bukan tajaan jpa atau mara senang cerita. Di sini akak akan cuba pecahkan kepada beberapa points penting ya.

1) Jangan limit kan maksud sedekah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Senyummu kepada saudaramu ialah sedekah bagimu; kamu memerintah kepada kebaikan dan melarang kemungkaran ialah sedekah; kamu memberi petunjuk kepada seseorang sesat di jalan ialah sedekah;

Kamu melihat kepada seseorang yang tidak dapat melihat dan menolongnya sedekah bagimu; kamu menghilangkan batu, duri dan tulang di jalan ialah sedekah bagimu dan kamu memasukkan air daripada timbamu ke timba saudaramu sedekah bagimu.” (HR Tirmizi)

Apa-apa yang menuntut pengorbanan, sama ada wang, tenaga atau masa, itulah laluan untuk mendapat pahala. Adalah tidak adil sekiranya Allah tetapkan sedekah itu hanyalah dari pemberian harta.

Kalau itulah halnya, bagaimana mungkin syurga itu dipenuhi oleh orang miskin dan orang susah?

Di waktu sekarang, adik sedang belajar lagi dan dari golongan marhaen pula, jadi memang tak berapa ada wang ringgit. Maka tidak boleh sewenangnya membeli belah because you didn’t earn the money. Wang yang adik dapat itu bukan ke atas ihsan mak ayah adik saja?

Jika mereka tak suka how you spend it, walaupun adik sedih, adik tetap kena betulkan dan ikut preference mereka. Niat baik tidak menghalalkan cara.

Instead of feeling appreciated, mereka rasa kesusahan mereka mencari duit tidak dihargai. You see surprise delivery, but they see pembaziran.

Di masa muda ni, antara nikmat terbesar yang diberikan Allah ialah nikmat kudrat dan masa. Maka, manfaatkan keduanya.

Contohnya, jadi sukarelawan untuk program-program yang memerlukan tenaga dan masa kita. Bukan saja dapat pahala bersedekah, malah boleh memberi kita ilmu, pengalaman dan connection juga.

Jauh lebih berharga dari sedekahkan flower bouquet- ambil gambar then layu selepas dua hari- bukankah itu sedekah yang tidak begitu impactful?

Sepertimana kalau kita buat pelaburan dunia kita perlu bijak dan pilih tempat melabur yang paling menguntungkan, pelaburan akhirat iaitu sedekah juga perlulah pilih yang benar-benar bermanfaat serta berlarutan lama saham pahalanya.

2) Cari positive circle

Zaman uni dulu, akak memang ada ramai kawan. Akak sangat jarang balik rumah on weekends sebab almost every week akak akan join program, event or voluntary work.

Sangat priceless pengalaman pergi ke rumah anak yatim, or feed the homeless or berborak dengan penderita HIV sebab mashaAllah looking at those who have much less than us will humble us in a way that I can’t explain.

Sentiasalah tengok orang yang lebih susah dari kita, agar kita lebih bersyukur. Dan apabila kita bersyukur, InShaAllah kita tak akan sewenangnya mensiakan nikmat yang Allah beri.

Termasuklah nikmat wang belanja yang ibu bapa bagi, kita takkan dengan mudahnya spend pada extravagant gifts sebab kita faham nilai setiap sen itu tak datang dengan mudah.

Anyway akak sebenarnya nak cakap, akak ada ramai kawan sebab lazim jumpa orang baru setiap minggu. Tapi kawan yang paling rapat cuma seorang, namanya N. Dia bukanlah dari keluarga susah, dia sederhana macam akak juga cuma siblings dia lebih ramai.

Ibunya tanggung keluarga sebab ayah dia MIA dan mungkin ada keluarga lain. My friend N ni dapat ptptn tapi terlalu rendah memandangkan atas payslip, ibu ayah dia bergaji tinggi.

Jadi ptptn dia hanya cukup-cukup untuk bayar yuran saja. Lagipun memang yuran ipta kami mahal, dah namapun ‘university of money’, haha lame old joke that’s based on the truth. Selebihnya, kakak N yang masih belajar bagi N wang belanja.

RM50 seminggu tu termasuklah for makan minum, beli buku or print assignments, transport dll. N seorang yang knows how to have fun but also knows the limit.

Dia cermat berbelanja dan kuat belajar sebab dia nekad taknak bayar ptptn. Dia tak mahu ada hutang lepas habis belajar sebab berhasrat gaji dia nanti untuk tanggung adik-adik pula.

Akak sangat admire niat murni dia dan terikut cara dia sedikit sebanyak apabila best friend dengan N. Bila dah start macam nak boros dan lupa diri balik, she will anchor me back to the ground.

So adik tengoklah balik circle of friends adik. Adakah mereka jenis boros dan suka spend duit unnecessarily? Selagi kita masih bergelar pelajar, duit yang kita ada bukanlah duit hasil tenaga kita.

It’s either your parents’ money or duit pinjaman/ biasiswa. Jadi boleh ke kita guna untuk tengok wayang, beli make up, beli coklat/ bunga or lain-lain benda yang bukan keperluan?

Mungkin sesekali untuk reward diri lepas berjaya capai target tu boleh lagi, tapi kalau kerap dan kawan-kawan pula jenis ‘you kena beri sesuatu barulah boleh get along’, maka dah salah di situ.

3) Rancang kewangan dari sekarang

Di atas tadi, akak ada akui yang akak boros sometimes, but Alhamdulillah akak direzekikan berkawan dengan orang yang cermat. Sahabat yang baik itupun rezeki.

Jadi akak tak terpengaruh dengan geng yang keluar berjimba selalu walaupun elaun biasiswa masuk RM1.2k setiap bulan. Seribu lebih tu elaun sara diri saja, manakala yuran pengajian, elaun buku atau apa-apa perbelanjaan lain, penaja bayarkan juga.

Jadi waktu itu, sebagai seorang pelajar yang belum ada sebarang komitmen dan tanggunggan, akak ada lebihan belanja yang banyak sebenarnya. Tapi akak ikut macam N, tetapkan seminggu rm50 duit makan.

Akak pakai kereta dan kerap join program luar jadi belanja lain terpaksa lebih lagi. Acapkali over budget sebab akak juga kuat makan orangnya. Tapi akak usaha cover contohnya kalau nak food hunting or makan sedap sikit hujung minggu tu, puasa la isnin khamis. Gitu.

Mungkin juga disebabkan akak agak kerap lihat anak yatim dan orang susah, akak jadi malu nak berbelanja bukan pada kadarnya.

Akak selalu fikir, biasiswa ni “duit orang” dan datang dengan amanah. Jadi kalau kita hidup di Uni dengan tajaan duit mak ayah, lagi lah kita perlu amanah pada setiap sen yang mereka beri.

Kalau ada lebihan, simpanlah dan bukan beli benda bukan keperluan. Kalau bukan sekarang, mungkin nanti baru kita diuji dengan masalah kewangan.

Adik tahu kan zaman sekarang ni fresh graduates sangat susah nak mencari kerja? Apa plan adik kalau menganggur lama lepas tamat belajar nanti? Terus mengharap elaun dari ibu bapa? Atau guna simpanan zaman belajar dulu sementara cari kerja?

Apa yang akak buat dengan baki biasiswa akak? Akak simpan dalam tabung haji dan bernazar tunaikan umrah jika berjaya grad dengan pointer 3.75 ke atas. That pushes me to study hard dan akak anggap itulah reward terbesar pada diri sendiri bila impian dikabulkan Allah.

Akak tak kata cara akaklah yang terbaik, tapi zaman uni la masanya untuk start praktikkan pengurusan wang secara berhemah. Maximize your savings.

Itu fasa terakhir sebelum adik betul-betul dewasa dan hidup sendiri, dengan cabaran yang jauh lebih hebat lagi lepas ni. Jangan mudah terpengaruh dengan cara instafamous atau artis bahagiakan keluarga mereka.

Oh ya, selain cari circle yang positive, filter juga content social media. Follow perkara-perkara berfaedah, bukan yang membiarkan kita leka dan membazir masa dan wang.

4) Sentiasa bahagiakan ibu bapa

Percayalah, nak gembirakan mak ayah tidak perlu melibatkan surprise delivery atau wang ringgit pun sebenarnya.

Bila akak dah kerja dan dapat gaji pertama, yes akak belanja satu family dengan duit hasil titik peluh bekerja. Akak bawa mereka ke restoran yang zaman uni dulu akak masuk just untuk beli sepotong pavlova.

Akak ingat lagi serba salah muka mak akak nak pilih menu apa sebab memang semua pun overpriced. Di situ, lunch untuk 6 orang mencecah hampir setengah ribu.

Tapi akak sangat puas sebab itu gaji sendiri bukan duit dari parents yang ‘dipulang balik’. Itulah kali pertama akak berusaha happykan parents guna duit gaji.

Tapi, belanja makan mahal-mahal sempena gaji pertama tu, TIDAK langsung setanding bahagia dan bercahayanya wajah ibu bapa akak bila tengok anak mereka naik pentas sebagai graduan kelas pertama dulu.

Serta, manis sangat senyuman mereka setiap kali kalau tengok keputusan anugerah dekan.

Tak ada apa yang boleh challenge senyuman bahagia mereka yang satu itu. Mereka tahu, anak yang ditatang kemudian dilepaskan ke universiti ini, menjaga amanah dan kepercayaan mereka.

Itulah sebetulnya kegembiraan untuk mak ayah kita, dik. Yang perlu kita usahakan. Bukan fresh flowers atau sejambak coklat.

Cuma sekeping ijazah dari kita yang membuktikan doa serta ‘pelaburan’ mereka berbaloi. Bila dah bekerja nanti, boleh lah adik mewahkan mereka dengan duit pula. Tapi sekarang, laksanakan dulu tanggungjawab sebagai pelajar dengan bersungguh-sungguh.

Buktikan itu dengan keputusan cemerlang dan hadiahkannya pada mereka. Itulah cara sebenar untuk gembirakan ibu bapa. I’m saying this, as someone who is now a mother juga.

Sekian dahulu. Panjang rupanya bebelan akak. Akak harap Adik R boleh baca semuanya dengan hati yang lapang dan tidak berkecil hati dengan ahli keluarga yang mempersoalkan tindakan adik.

Percayalah niat mereka sangat baik. Akak doakan, agar adik menjadi seorang muslimah yang bukan saja pemurah dan lembut hati, tetapi juga matang, bijaksana dan berhikmah dalam sebarang tindakan. Enjoy your university life, timbalah sebanyak-banyaknya ilmu dan pengalaman.

Salam sayang dari Kak Mawar.

– Kak Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *