Istiqamah Tapi Masih Tak Tenang

Istiqamah Tapi Masih Tak Tenang

Assalaamualaikum. Terima kasih admin sebab sudi approve pandangan saya ni. Ringkasnya, apa yg saya cuba usulkan di sini ialah soal hati kita dan hubungannya dengan ketenangan.

Sungguh hari ini ramai ahli ibadah atau mujahadah yg sudah berjaya istiqamah dalam ketaatan mereka. Syukur alhamdulillah.

Namun, perasan x rata2 antra kita cuma berjaya beribadah dan bermujahadah, tapi masih tak tenang dalam kehidupan. Bahkan rasa kosong & hampa jauh di dasar hati. Mengapa terjadi seperti ini kepada diri kita? Mari kita renungkan antara punca-puncanya..

1) Beribadah tapi lari dari tujuan sebenar
Ringkasnya, apa yg cuba saya maksudkan ialah rata2 hamba Allah hari ini mgerjakan solat atau apa jua ibadah bukan kerana Allah niat di hatinya. Umumnya kebanyakan kita menunaikan ibadah demi mgejar ganjaran pahala & syurga serta takut azab neraka. Ada juga yg beribadah semata2 hendak dilihat soleh & dipuji, serta dilabel alim, qowiy, warak, berilmu & sebagainya. Renungkan.

2) Beribadah tapi sibuk mencari salah & aib manusia lain

Contoh 1: Rajin ke majlis ilmu, tetapi menggunakan ilmu untuk berdebat & mencari kelemahan dalam hujah orang lain. Renungkan

Contoh 2: Tekun bangun malam/ solat berjemaah, tpi mengata mereka yang x pergi solat jemaah & yg x bgun mlm dgn kata2 keji, bangga diri & penghinaan. Renungkan

Contoh 3: Sibuk dengan dakwah dan meneruskan kerja nabi, tapi rasa kita je org terplih, kita je yang buat kerja nabi, kita je sayang Islam, orang lain x buat & x cakna isu2 terkini berkaitan Islam di dalam & luar negara. Renungkan

Contoh 4 : Dah berjaya istiqamah dalam mujahadah & ketaatan, tapi menghina, menyentap, menghukum & memandang sinis pendosa yg belum bertaubat. Renungkan.

3)Beribadah tapi sibuk dengan politik
Sebelum kita mengejar untuk bentuk negara muslim & pentadbiran muslim, selesaikan dulu part peribadi kita iaitu, individu muslim. Sesungguhnya individu muslim itulah akar & tunjang kekuatan ngara Muslim. Lalu apakah akar kpd individu Muslim itu? Tiada yg lain melainkan hatinya. Oleh itu teruskan pengisian hati, jiwa & ruh kita semua. Jatuh bangkit itu perkara biasa. Renungkan.

Baiklah. Sebahagian itu sedikit sebanyak pandangan & perkongsian saya terhadap.. punca-punca hati tidak tenang & merasa kosong. Selalu sebabnya hati tidak tenang ramai mengatakan tidak jaga solat. Saya setuju. Tapi kenapa masih ramai yg dh jaga solat sesempurna mampu tapi masih rasa tidak tenang? Sebabnya..hati-hati kita masih buta. Masih terhijab.

Bila hati sudah buta, tidak la ibadah atau zikir yang benar2 ikhlas tu sampai kesannya kepada ruh. Sungguh fitrah sekalian ruh itu rindu kepada penciptanya. Lalu apakah ubat untuk rindu itu? Ubatnya.. Pandanglah & Rasakan kebersamaan Tuhan Yang Maha Esa.. Seandainya tidak mampu, bacalah surat-surat cintaNya dengan penuh rendah hati & kehalusan penghayatan.

Mudah mudahan perkongsian ini dapat diterima dengan berlapang dada & diamalkan. In shaa allah. Renungkan.

-hamba-

– hamba

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit