Isteri Yang Ditinggalkan

Assalamualaikum admin, terima kasih kalau terima posting ni. Ini adalah percubaan ketiga aku post kat sini, harap diterimalah..

Aku seorang ibu tunggal yang baru disahkan bercerai oleh hakim di mahkamah. Aku berkahwin selama enam tahun bersama suami.

Aku taip ni sambil mengalirkan air mata dan mengimbau segala memori indah bersama bekas suami tercinta. Enam tahun membina hidup bersama, bersama empat orang amanah dari Allah.

Kini semua tinggal kenangan indah. Ya, semua indah belaka, sangat indah padaku.

Aku harap aku tinggalkan memori indah dalam ingatan bekas suamiku, yang aku masih cintai dan berharap dia masih jodoh untuk diriku.

Aku sedih sangat dengan perpisahan tanpa sebab ini, dan kecewa sangat dengan perubahan bekas suamiku yang berubah sekelip mata. Seorang lelaki family man…

Sungguh, aku tak tahu apa yang bermain di benak fikirannya sehingga sanggup menceraikan aku dan tinggalkan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang abah.

Aku rindu semua kenangan indah kami. Allah menguji diriku dengan perpisahan bersama orang yang tersayang.

Alhamdulillah, aku wanita terpilih dalam ujian ini. Kuatkan hatiku, ya Allah. Sungguh, aku tak sanggup jalani hidup sendiri tanpa suami yang aku sayang.

Untuk insan yang pernah bergelar suamiku, aku berdoa semoga Allah jodohkan kita semula demi anak-anak kita.

Aku akan pegang janji kita untuk susah senang bersama-sama walaupun kita tak lagi bersama. Aku akan jaga anak-anak dan takkan biarkan mereka melupakanmu, abah mereka.

Wahai anak-anakku sayang, maafkan mama kerana tak mampu pertahankan hubungan dengan abah kamu. Mama sayang kamu dunia akhirat. Doakan mama kuat, sayang…

Wahai insan yang pernah hidup bersamaku, ampunkan dosaku, halalkan makan minumku. Percayalah, aku akan menanti dirimu walau apa pun yang terjadi.

Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana pernah jadikan aku wanita paling bahagia. Kamu suami yang baik yang sempurnakan hidupku selama enam tahun.

Doakan aku kuat…

– Bunga Jepun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Puan untuk lebih tabah dan kuat, semoga memberikan kebahagian kepada Puan dan anak2, dimurahkan rezeki di mudahkan semua urusan.

  2. Minta maaf puan, tapi xkan bekas suami tu saja2 cerai tanpa ‘sebab’ yg kukuh, walhal puan masih ingin bersamanya.. sepatutnya, klaw puan mmg xmau bercerai, dan dia pon xde sebab yg kuat utk ceraikan puan, ambil je lawyer syari’ah utk ‘fight’ d mahkamah Syari’ah.., minta maaf, tp mmg ‘dayus’la klau lelaki yg menceraikan isterinya tanpa sebab.. dlu mse aqad nikah, dah berjanji nk ambil tanggungjawab utk jaga n sara isteri, tp bla isteri dah setia, bole tinggal mcm tu je.. memandangkn perkara pon dah berlaku, harap2 puan tabah dgn dugaan ini.. mmg ank2 masih ada ‘hubungan’ dgn ayahnya, tp puan pon kna ‘move on’.. klaw saya, x pandang blakang dah, n klau bule xmau ingat semua kenangan manis2 tu.. buat apa, sbb kita dah bersusah pyh nk jaga hubungan serta lahirkan ank2 dia, alih2 dia ceraikan kita n buat kita mcm sampah n xde harga diri, suka2 je dia nk buang.. sya bkn nk ‘menghasut’ puan, tp sbg isteri puan juga ada harga diri.. tak apa, Allah SWT maha melihat & maha mendengar, dan Allah menilai segala perbuatan.. jgn puan risau, sekiranya dia yg bersalah, akn adalah balasan kpd nya, sama ada masih di dunia ini atau di Akhirat kelak.. sekarang, besarkan dgn baik dan tawakal atas segala rezeki dan kehidupan yg Allah dah tentukan.. insha Allah, semoga puan dipermudahkan segala urusan.. wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *