Isu Anak Ikut Muka Siapa

Salam semuanya. Aku straight to the point terus la ya. Aku ni ibu baru. Baru sahaja melahirkan seorang anak.

Aku tak tahu la apa benda sindrom ke penyakit ke yang aku alami lepas bersalin ni, sampaikan semua pasal/ berkenaan anak aku, aku jadi overthinking. Overthinking lebih kepada negative thinking kat orang keliling gitu.

Actually sebelum aku kahwin and ada anak aku dah terfikir-fikir dah benda ni. Kenapa ya orang tersangat la suka sangat sebut muka anak lebih kepada siapa? Ayah dia ke ibu dia? Why?

Yaa aku faham memang la orang cakap “lah biasa la orang nk berbasah basi dengan kau, saja je orang cakap macam tu.”

Or “Eh! Dah memang sama muka dengan bapaknya nak buat macam mana.” Ye aku faham. Tapi aku highlight kan disini TERSANGAT-SANGAT la suka.

Like aku received banyak kali ayat yang SAMA dari ORANG YANG SAMA. Kau faham tak perasaan mual, meluat tu macam mana?

Nak-nak kalau time tu kau tengah penat-penat sampai rumah dia or baru je nak labuhkan punggung nak duduk, dah dengar “Dah besar dah, ikut muka ayah ni, ikut muka ayahnya” perghh aku camm.

Aku tak nak la sebut siapa, tapi pandai-ii lah fikir kalau duk suka claim claim cucu ikut muka siapa ni.

Itu belum lagi soalan pertama dia tanya kat husband masa mula mula lepas lahir. Aku ulang; sejurus-selepas-melahirkan, ya “Ikut muka siapa ?” Itu soalannya pada kami. Blur-blur nak jawab apa pun tak tauuu.

Okay. Itu satu la ya, yang aku rasa ramai la kot mak-mak pernah rasa.

Aku berani jamin, sekali-dua dengar korang ok lagi, tapi kalau dah banyak kali, kau akan rasa kesepian sayu hati bila kenang, penat lelah kau mengandung tetiba keluar orang sekeliling kau tak beri “penghargaan” pun kat kau.

Bagi aku even muka anak aku sama dengan bapaknya (which is aku sendiri admit. Memang sama.) tapi jangan la duk ulang-ulang sampaikan aku rasa tak ada sumbangan langsung dalam “penghasilan” anak aku tu. Sedih aku.

Yang bapaknya pula duk menyingai je kalau orang cakap gitu, takde nya nak back up “eh! Tak ada juga semua. ada sikit tang bibir ke mata ke pipi ke, ikut maknya.” Ha baru la ada rasa kelegaan kat hati isteri tu.

Lepas tu family-ii sebelah suami ni, ada lagi ke ya yang rasa nak “iktiraf” cucu diowang ni cap mana ea? Ingat kicap cap udang ke nak sebut-ii pasal anak orang ni.

Pastu nak pilih yang nice-ii je lak tu. Aku bukan nak cakap apa la, anak aku ni lahir-lahir putihnya outstanding berbanding aku dengan suami, lepas tu matanya bundar macam arab sikit (yang ni mak aku kata MAYBE la dari moyang dia yang atas-ii).

Eh! Tetibe, family nenek belah sana pula nak claim tu semua dari gene belah sana. Aku jadi macam… wadahekk? Ingat family aku ni cap biasa-biasa je ke ?

Sama seperti di atas juga, aku tak kisah kalau sekali dua, TAPI SAYA MUAK LA NAK DENGAR AWAKKKK OIII.

Sikit pun dia tak rasa aku ni terasa ke tak terasa hati ke or time tu tu maybe aku dah badmood ke takde yang nak menghiburkan hati ke, tak pernah ke terfikir?

Mak aku pernah je sebut kat akak ipar aku gitu, dia kata cucu dia tu ikut muka abang aku. Tapi sekali tu je, sebab aku dah bagi sepatah dua kata dengan mak aku kata mungkin akak ipar aku akan terasa kalau disebut banyak kali depan dia.

Dah memang anak dia dengan abang aku, gene nya berkembang tang tu je. Takde la yang bukan bukan geneticnya.

Alhamdulillah mak aku faham la. Yang tang akuu nii, haihh entah lah. Takde pula yang nak memberi sepatah dua kata kat Family in law aku ke?

Features yang nice-ii je pula tu dia nak declared. Yang tak berapa nak nice or biashe-ii je tak nak lak iktiraf dapat dari gene sana.

Contoh hari tu ada sekali rambut anak aku ni haluihhh haluihh je tak tebal macam bapaknya.

Boleh pula dia sebut “Rambut halus ya, tak ikut bapak, kalau ikut bapak mesti lebat hitam.” Hm hitam masa depan aku bila dengar ayat macam tu dari seorang nenek.

Aku tak cemburu, sumpah. Buat apa aku nak cemburu, aku ni mak kepada anak aku, Mandat aku lagi besar dari nenek dia tu. Tapi bagi aku, berpada-pada laa kalau nak cakap depan menantu macam tu.

Ok itu saja. Assalam..

– Mak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Anak sy no 2 mmg rare, x turun muka sy, mahupun suami sy. Dan tiada langsung rupa adik beradik dengan kakaknya… haaaaa, mmg kalau pegi mana2 mesti dpt teguran mcm2 sis. Kami senyum dan bersabar shj sis.. lg la c kakak mcm snow white, adik pula opposite.. but sy amik pendekatan ‘pekakkan’ telinga shj..

  2. mcmana nak ckp eak. anak sy 4org pun muka lain². yg sama dgn ayah dia, 2org ada lesung pipit, 2 lagi sama dgn sy ada tanda lahir. 4org anak rambut lurus asli n lebat. ms kecik, 4org anak masa lahir tu umpama 4 negara kelahiran. india, jepun, cina n korea..hahahaaaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *