Salam dan salam sejahtera semua pembaca. Ini adalah sekadar penulisan santai dengan elemen luahan bercerita bersahaja.
Perkenalkan diri aku seorang wanita bekerja meskipun gaji hujung bulan cukup makan & cukup buat simpanan masa hadapan, berumur lewat 30an, berkahwin dengan lelaki sebaya pilihan sendiri dan dikurniakan 2 anak lelaki yang sulung baru mencecah 7 tahun, yang adik baru sahaja 2 tahun dan kini sedang mengandung lagi.
Ceritanya, aku bekerja standard waktu pejabat Isnin-Jumaat. Suami pula juruteknik berpangkat biasa yang hari cutinya 2 hari dalam hari bekerja. Bermaksud sabtu dan ahad suami akan bekerja. Manakala asbab tinggal di Selatan, hari Ahad anakku bersekolah kerana hujung minggunya pada hari Sabtu sahaja.
Balik kampung ni sentiasa jadi isu dari awal kahwin. Awal kahwin lagi teruk kerana kami duduk di bandaraya KL dengan gaji yang cukup makan, kami biasa balik raya atau cuti panjang.
Jadi setelah dipindahkan ke Selatan, dekat dengan mertua & keluarga aku, kami cuba balik paling tidak sebulan sekali. Tapi asbab cuti yang tidak banyak, kadang kami balik 2 bulan sekali.
Dulunya kami selalu dibandingkan dengan adik suami (Potter) yang mana dia bekerja dan isterinya (birasku) adalah suri rumah sepenuh masa dan anak mereka masih tidak bersekolah, baru 3 tahun. Ibu dan bapa mertua sering cakap Potter boleh je balik selalu kenapa kamu tak boleh? Kami semua tinggal di satu negeri yang sama.
Jawapan kami sama je. Tak cuti. Suamiku paling susah nak dapat cuti kerana ikut team. Aku tak faham caranya macam mana tapi setakat bulan Oktober ni, cuti tahunannya masih lagi berbaki 8 hari sedangkan aku telah habis. Digunakan untuk daftar anak sekolah, anak masuk wad, anak checkup dan lain2 urusan.
Kebanyakan cuti tahunan aku bukanlah untuk aku tapi untuk orang lain, termasuk perlu cuti kerana suami nak balik kampung ketika dia cuti di hari biasa. Jadi ketika itu, anak aku pun dipontengkan sekolah. Baru2 ni viral “urusan keluarga”, itu sajalah alasan dalam surat anak aku. Aku sedih.
Sebelah keluarga aku isunya tak menjadi masalah kerana aku masih mempunyai seorang adik yang masih bersekolah dan bapaku masih bekerja jadi mereka amat memahami.
Disebabkan perkara ini, setiap kali pulang ke kampung suami, aku akan lebihkan di kampungnya. Jarak kampung kami hanya 30 minit. Jika balik 3 hari 2 malam, dua dua malam di rumah ibu bapa suami. Balik kampung aku hanya untuk singgah tunjuk muka. Itupun sampai rumah 6pm, gerak balik 9pm sebabnya, esoknya Isnin perlu bekerja.
Pernah je aku terlalu rindukan famili, aku balik je ke kampung aku menaiki bas. Kerana kereta cuma ada satu. Kami ok saja.
Yang jadi isu kini adalah, beberapa minggu kedepan, adik iparku (lelaki, kita namakan Snape) akan berkahwin. Majlis pihak perempuan tidak memerlukan kami cuti panjang. Tapi jarak majlisnya cuma seminggu.
Suami sangat susah nak cuti jadinya Sabtu mohon cuti dan Ahad buat cuti kecemasan. Itu pun seharian ada saja call tanya itu dan ini. Sabtu dan ahad aku tiada isu.
Sabtu hadapannya pula adalah majlis di sebelah keluarga suami. Orang kampung memang memilih untuk rewang iaitu gotong royong beramai-ramai. Ibu mertua aku berjauh hati dengan aku kerana aku tak mahu untuk cuti 5 hari sebelum majlis untuk membantu rewang.
Allahuakbar. Tak akan aku nak cutikan anak aku sekolah dan tak akan aku nak unpaid 5 hari. Adakah suami aku sanggup nak bayar gaji aku untuk 5 hari? Mungkin kalau suruh sehari mungkin aku cuba untuk faham tapi ini 5 hari.
Aku cakap berterus terang yang aku tak boleh. Suami aku pun hanya mampu mohon cuti untuk 3 hari termasuk majlis. Itupun aku suruhnya balik ke kampung naik motor atau bas. Aku tanya pada suami sebelum ni, Potter dan isterinya balik ke kampung untuk rewang bila. Katanya 3 hari awal. Bermaksud sehari awal dari suami aku cuti.
Dan pagi tadi suami aku dapat call dari bapa mertua mempersoalkan kenapa suami dan aku tak ikut balik awal. Masih banyak lagi kerjaan yang perlu dibereskan.
Kenapa Potter, Snape & isteri mereka dapat balik awal. Nak je aku terkam, isteri Potter tak bekerja, Isteri Snape mestilah masih boleh guna cuti kahwin kerana masa majlis sebelah perempuan dengarnya dia cuma cuti sehari.
Kalaulah mereka tak fikir atau tak faham aku yang bekerja, tak boleh ke mereka fikir dan faham anak aku yang bersekolah? Masa tadika sudahlah banyak kami pontengkan asbab nak menunggu cuti suami aku baru dapat balik ke kampung.
Sehari dua ni kecoh Johor akan kembali cutu Sabtu Ahad. Di group keluarga mula lah bising lepasni kami tak perlu guna alasan anak sekolah untuk tak balik kampung sabtu dan ahad. Itu kesannya kat anak saja. Alahai
– Slytherin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Suruh suami tu jer balik dulu. Dia kan banyak cuti lagi. Awak balik kemudian. Mertua nak bising2.. abaikan. Tak payah la bertekak dgn org yg rasa dia terpaling betul. Org yg diraikan pun balik lambat…patutnya diorg la balik awal tolong.
Semoga dipermudahkan segala urusan puan dan keluarga.
Hadapi lah dugaan hidup ini dengan penuh sabar.