Isu Budak Darjah 1

Assalamualaikum semua. Amaran, tulisan aku agak panjang. Semoga ibu bapa yang aku hormati cakna dengan anak. Ini aku nak cerita bab anak yang tak kenal huruf, mengeja dan membaca. Pada yang dah tahu membaca aku ucapkan tahniah pada ibu bapa.

Aku baru je habis baca confession dari seorang guru darjah 1, (https://iiumc.com/darjah-1-tak-pandai-baca/). Apa yang dia nak tekankan ialah pentingnya tahu membaca bila tahun 1. Tapi ramai pula yang fokus pada penulisan dia yang santai.

Jadi aku nak jelaskan sedikit kat sini mengenai realiti di sekolah. Tak apakan aku bahasakan diri ‘aku’? Semoga aku tak kena kecam. Takut takut ada yang cakap aku tak layak jadi pendidik sebab bahasakan diri ‘aku’.

Aku juga guru tahun 1. Realitinya di sekolah, masih ramai yang tidak tahu mengeja, membaca apa entah lagi. Eh aku tertinggal, yang tak kenal huruf pun ada.

Ada yang komen, pembelajaran setiap anak tak sama. Betul. Aku hormati komen tu, cuma aku nak tanya, kalau dah masuk bulan 11, anak masih belum boleh menguasai huruf walaupun dah pelbagai teknik dan cara, macam mana? Kau tak risau ke?

Aku, bila masuk bulan 3, anakanak aku tak boleh ingat huruf atau membaca, aku risau. Aku cuba macam macam cara tapi tak ingat juga. Aku risau weh. Dia tak pandai baca, macam mana dia nak belajar.

Macam confessor tu cakap, anak murid ada 40 orang tapi yang pandai membaca hanya sorang. Jadi kau rasa cikgu nak fokus dengan yang sorang atau yang 39? Maklum lah sekarangkan tak streaming kelas.

Kalau jawapan kau ialah cikgu kenalah pandai bahagikan teknik, cara, lembaran kerja dan sebagainya.

Aku nak kau pejam mata lepas baca ni. Anak-anak murid kau tahun 1 ada 40 orang. Kau ajar beberapa huruf kat depan untuk 39 orang lain selama 40 minit. Sorang tu kau bagi lembaran kerja yang lain sebab dia dah pandai baca, selama 20 minit. Kau rasa yang sorang ni selama 40 minit dia buat apa? Membazir masa kan?

Oke oke, kau cakap cikgu tak pandai bahagi masa. Kalau suruh 39 orang tu buat kerja sendiri selama 30 minit dan 30 minit lavi kau fokus kat sorang tu je, kau rasa kerja 39 orang ni jalan tak? Setiap seorang kau nak kena pantau. Sayangku ibu bapa sekalian, anak tahun 1 ni, kau ajar buat kotak kat buku je pun sejam.

Jadi, kau boleh tak hubungkan kena kenal huruf, kena tahu mengeja, kena tahu membaca sebelum masuk tahun 1?

Alaaaa kau ni cikgu, kau pandai cakap je kan. Suruh ajar tahun 1 pun banyak songeh. Kau ingat senang ke nak jaga anak kat rumah? Aku nak masak lagi, aku nak basuh kain lagi, aku nak hantar anak sekolah agama lagi, kerja lagi. Kau kan cikgu, kaulah ajar, apa guna jadi cikgu tahun 1, kalau ajar huruf pun mengeluh.

Ibu bapa yang aku kasihi, aku tak minta banyak, aku minta beberapa perkara sahaja ;

1. Kenalkan huruf secara mekanis. Kau ajar sebut, kau bagi dia tulis, bagi dia biasa pegang pensel dengan betul. Lakukan sehingga dia menulis dengan betul dan kemas. Bukan bukak youtube lepas tu tinggal dia sorang dengan handphone!

2. Belikan buku cerita yang ada perbezaan warna bagi suku kata. Kau duduk tepi dia, kau mengeja dan dia ikut. Tak kisahlah dia bosan ke dia menguap ke asalkan dia mengeja. Taknak dia bosan, kau letaklah ganjaran depan mata dia bila dia boleh mengeja dengan betul.

3. Dah pandai mengeja, haaaa kau ambil buku tu, lepas tu suruh dia baca tepi telinga kau. Mata kau pandang dia, bukan handphone! Barulah dia semangat nak membaca. Biarlah dia merangkak nak baca, lambat nak sebut suku kata, sekurangnya dia membaca.

4. Ajar guna gunting dan gam. Weh, kasihan aku tengok anak anak aku kat dalam kelas yang tak tahu nak guna gunting. Gunting ikut garisan lurus pun salah. Ini motorskill yang boleh kau guna untuk lembutkan tangan. Anak anak suka main gunting dan gam. Kau print lah gambar ke, topeng ke, lepas tu bagi dia gunting. Lepastu minta dia eja benda yang dia gunting tu. Bukan dia gunting mata tengok handphone!

5. Bila sekolah panggil datang sekolah, sila datang dan bagi kerjasama. Anak kau kut, mesti nak tengok dia pa dai membaca kan.

Tak lama pun ibubapa sekalian. Sehari kau ambil masa 15 minit dah la. Tapi kenalah buat hari hari.

Kau tahu apa kesan pada anak kau kalau tak tahu nak baca lagi masa tahun 1?

1. Dia bosan dalam kelas walaupun jenuh dah cikgu buat aksi dalam kelas.

2. Dia tak boleh fokus dengan apa cikgu ajar.

3. Dia rasa terasing sebab tak tahu apa apa.

4. Dia tak minat SEMUA subjek yang kena membaca.

5. Dia tak faham apa cikgu tulis atau terangkan.

6. Dia boleh bawa ke tahun 2 tak tahu baca.

7. Proses berulang.

Perihal lain aku taknak usik, cuma aku nak tekankan tahu membaca sebelum masuk tahun 1 tu penting supaya anakanak bersedia.

Eh jap. Kau tahu silibus BM tahun 1 sekarang dah makin susah? Belajar kata nama am, kata nama khas, kata kerja, eh memacamlah. Boleh bukak buku teks tahun 1.

Kau tahu tak, sekarang aku masih ajar menulis HURUF mekanis gara-gara ada ramai tak kenal huruf berbanding yang kenal huruf dan membaca. Tulisan tu pulak kau tak payah cakaplah. Kau doakan aku berjaya didik anakanak aku pandai membaca dan menulis dengan kemas.

Nasihat aku, kau ajarlah anak membaca di rumah supaya dia bersedia untuk belajar.

Aku mohon maaf sekiranya penulisan aku buat kau terasa. Aku nak tidur, esok nak masuk kelas mengajar (Artikel ni ditulis pada malam hari). Doakan aku berjaya ya.

Lain kali pula aku membebel.

– Cikgu Anak Awak

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *