Isu Demonstrasi Di Indonesia

Salam.. Berdasarkan artikel yang terbitkan dengan tajuk Putar Belit Media Menimbulkan Kebencian, (https://iiumc.com/putar-belit-media-menimbulkan-kebencian/), tergerak aku untuk memberi sedikan masukan dan pendapat berkaitan isu demonstrasi yang sedang berlangsung di Indonesia.

Isu pertama yang harus difahami bahawa punca utama demonstrasi ini berlangsung kerana terdapat beberapa rancangan undang-undang (RUU) yang sedang di bawa ke DPR (baca: parlimen Indonesia).

RUU yang dibawa untuk disahkan di DPR untuk menjadi undang-undang Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI), tidak disenangi (baca: dibantah) oleh peserta demonstrasi. Antara undang-undangnya ialah RUU Pesantren, RUU PKS, RUU KUHP, RUU KPK dan RUU Pertanahan.

Aku hanya ingin focus pada isu iaitu “membantah kerana pejabat anti rasuah disana akan dihapuskan. Maksudnya apa? Kalau orang terima rasuah takkan ada yang nak menyiasat ! Undang-undang baru mengatakan presiden akan dikecualikan dari dikenakan hukuman kalau berbuat salah. Ini maksudnya apa? Kalau dia bunuh orang, takkan ada undang-undang yang boleh lawan”.

Terdapat kesalahfahaman yang amat besar dilakukan oleh penulis artikel. Sayugia fakta yang jujur dan benar haruslah dikedepankan apabila menyatakan sesuatu pendapat. Fakta pertama yang salah ialah bahawasanya pejabat anti rasuah akan dihapuskan.

Isu ini berbangkit kerana SPRM di Indonesia (baca: KPK) akan di kebiri (baca: dikurangkan) kuasanya di dalam menjalan fungsinya sebagai pihak berwenang (baca: berkuasa) pemberantasan korupsi (baca: rasuah) di Indonesia.

Maka, faktanya KPK akan dikurangkan kuasanya daripada sebuah organisi bebas yang tidak mampu dikawal oleh sesiapa kepada sebuah organisasi bebas tetapi dikawal oleh badan pengawas (baca: Board of Director) yang berkaliber.

Terdapat pendapat yanga mengatakan perubahan ini akan menyebakan KPK akan berkurang kuasanya dan menyebabkan rasuah di Indonesia meningkat. Sebaliknya, aku lebih pro kepada pendapat Fahri Hamzah (naib speaker DPR) di dalam isu ni.

Makanya, aku berbeza pendapat dengan para peserta demonstrasi, tetapi fakta “pejabat anti rasuah akan dihapuskan” adalah fakta yang salah sama sekali. Ianya dipanggil hoax (baca: pembohongan).

Isi kedua ialah Undang-undang baru mengatakan Presiden akan dikecualikan dari dikenakan hukuman kalau berbuat salah. Dari mana penulis mendapat masukan (baca: maklumat) berkaitan pernyatan tersebut? Adakah penulis merujuk kepada RUU KUHP?

Di dalam RUU KUHP yang dipermasalahkan (baca: ditentang atau ditolak) oleh peserta demonstrasi ialah pasal (baca: bahagian dari bab) penghinaan Presiden. Datang celah mana dikecualikan dari dikenakan hukuman?

Isu ketiga iaitu ramai yang meninggal dunia kerana dipukul pihak berkuasa disini tanpa kasihan. Fakta yang terungkap, merujuk kepada Komisi untuk Orang Hilang dan Tindak Kekerasan (KontraS) sehingga tarikh 26 September, terdapat seorang peserta yang meninggal dunia semasa demonstarsi di Kendari.

Maka, fakta mengatakan ramai yang meninggal dunia adalah hoax. Walaubagaimanapun, setiap nyawa warganegara haruslah dilindungi oleh negara. Di dalam isu ini, Indonesia kurang perhatian di dalam menghargai nyawa warganegeranya.

Hal ini dapat dilihat dengan tiadanya peyiasatan yang terbuka dan menyeluruh apabila berlakunya kematian seramai 225 orang petugas KPU (baca: SPR) semasa pemilu (baca: pilihanraya) pada bulan Mei dan 6 orang peserta demosntrasi pasca pemilu.

Negara yang berdaulat haruslah menghargai nyawa warganegaranya. Sebabtu, bila ada kes kecelakaan/kemalangan di Malaysia yang meragut nyawa, aku pantang betul bila pihak berkuasa keluar kenyataan “ini kes terpencil”.

vox populi vox dei (baca: suara rakyat adalah suara Tuhan)

Salam untuk Wamena (serpihan syurga yang jatuh ke Bumi), percayalah, aku sebahagian dari kamu

– Syafiq Hakim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *