Isu Duit Salam Kenduri Kahwin

Hi semua. Saya Mimi. Berumur 28 tahun dan baru lepas berkahwin. Saya nak tanya pendapat korang mengenai isu duit salam yang diberikan oleh tetamu kenduri yang hadir semasa majlis perkahwinan.

Saya nak tanya pendapat korang dengan light hearted sahaja jadi tolong la jangan kecam saya ya. Semua pendapat saya akan terima dengan hati terbuka.

Saya baru lepas berkahwin pada bulan April yang lalu. Saya bekerja dan suami juga bekerja. Gaji kami berdua boleh dikatakan standard gaji biasa iaitu dalam RM3.5K each.

Persiapan untuk majlis nikah dan kahwin semua kami selesaikan sendiri tanpa bantuan atau sumbangan dari ahli keluarga, sama ada dari aspek tenaga kerja mahupun duit.

Kami guna khidmat wedding planner yang menguruskan majlis nikah dan sanding secara menyeluruh dari aspek makanan, venue kahwin, jurugambar dan lain-lain.

Tempat majlis kami berlangsung juga diadakan di dewan komuniti dan bukannya dia kawasan rumah kediaman ibu bapa kami.

Sejak awal kami membuat keputusan untuk berkahwin, kami hanya memberitahu perancangan kami kepada ibu bapa dan keluarga.

Setelah itu semua persiapan untuk nikah dan kenduri kami selesaikan sendiri bermula dari awal hingga akhir. Ibu bapa dan keluarga hanya perlu hadir semasa majlis berlangsung sahaja.

Satu-satunya perkara yang dilakukan oleh ibu bapa saya ialah menyambut tetamu yang hadir ke majlis kami di pintu masuk dewan komuniti. Disebabkan itu semua hadiah dan duit salam yang diberikan tetamu yang hadir dipungut oleh ibu bapa saya.

Alhamdulillah majlis kami selesai dengan baik sehingga ke akhirnya. Semua hadiah dari para tetamu saya bawa pulang ke rumah sendiri kecuali duit sumbangan yang diberikan tetamu.

Beberapa hari selepas majlis, saya bertanya kepada ibu mengenai jumlah duit tersebut dan ibu mengatakan bahawa jumlah keseluruhan duit yang diterima adalah lebih kurang RM4k++ (jumlah tetamu yang hadir hampir 450 orang).

Ibu juga berkata bahawa duit tersebut akan disimpan olehnya kerana telah menjadi adat bahawa duit salam kahwin diberikan kepada ibu bapa pengantin.

Saya hanya menurut keinginan ibu. Cuma saya terfikir juga adakah memang adat yang sebetulnya begitu?

Sebab setahu saya kalau orang-orang dulu kebanyakannya mangadakan majlis di rumah ibu bapa, dan ibu bapa yang banyak membantu menguruskan majlis.

Ada ibu bapa yang mengeluarkan lagi duit mereka sendiri untuk majlis anak mereka. Sebab itu duit yang diberikan tetamu disimpan oleh mereka.

Tetapi untuk majlis saya dan suami, semuanya kami selesaikan sendiri dari A to Z. Ibu bapa hanya perlu hadir dan menyambut tetamu di pintu masuk sahaja.

Dan juga bukankah duit tersebut diberikan oleh tetamu sebagai bentuk penghargaan dan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin? Jadi mengapa duit tersebut malah tidak diberikan kepada pengantin yang diraikan?

Itu sahaja saya punya sedikit kekeliruan mengenai “adat” ini?

Sebab kalau ikutkan duit yang diberi tetamu sebanyak RM4k++ tu boleh juga digunakan untuk menampung kembali perbelanjaan yang kami keluarkan 100% untuk majlis kami. Kalau diberikan separuh pun akan sangat membantu.

Tapi sudah ibu berkata begitu, tidak la pula saya nak minta balik duit tersebut. Cuma saya nak tanya pendapat orang lain macam mana.

Terima kasih sudi mendengar.

– Mimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Sama kes dgn aku kawen.. Huhu. 100% duit aku n suami yg keluarkan.. Mak ayah x keluarkan duit lgsg n tp duit salam dorg nak.. Aku slamber mtk sket sbb duit aku byk abis utk kenduri semua. Kalau ikutkn dorang nak ambik semua. Tp lps aku bagitau saving aku dh tak byk.. Sbb byk abis utk kenduri jd nk xnk dorg terpaksa la bg aku sket.. Mula2 aku mcm x puas ati gk.. Slalu kalau mak ayah ambik duit salam tu kalau kenduri mak ayah support sikit ke ape.. Ni lgsg x support ape2. Lps tu duit kenduri dpt. Seolah2 mcm dpt imbuhan free gitu lah.

  2. Hi Mimi,

    Mungkin adat tu terjadi masa diorg kawin? Huhuhu. Logiknya, kalau ibu bapa yang keluar duit untuk majlis, memang salam sangkut tu untuk mereka. Tapi untuk kes awak, semuanya awak settle A – Z, memang duit tu hak awak. 4k is a lot to start a life. Nak beli barang rumah semua. Maybe boleh slowtalk dengan ibu?

  3. adat yang menyusahkan. nak hidup lepas kenduri anak. ibu bapa yang baca ni tolong faham !!! bagi la duit tu pada anak. lagipun 100% mereka guna duit sendiri

    • BETUL.. sepatutnya sis la dapat duit tu, sebab 100% guna duit sis. kecuali ada guna duit mak RM1k, bagi la kat mak RM1k balik. contohnya begitu.

      Kadang-kadang memang geram dengan orang tua bab2 duit ni gelap mata la. kesian kat anak, yang baru nak berumah tangga ni.

  4. kalau ibubapa yg keluarkan duit..wajarlah mereka yang simpan duit tu.kalau anak2 yag keluarkan duit terpulang kepada anak samada nak simpan duit tu atau pun nak bg pada ibu bapa.

  5. Dah tau kan mak ayah awak jenis sakau duit anak-anak, maka berhati hati lar lepas ni, nak gaduh untuk dapatkan balik duit salam kaut pun tak berbaloi.

  6. berdasarkan pengalaman sy..duit tu akn dpt kpd siapa yg bnyk menyumbang,.mcm sy dgn suami mmg bnyk guna duit kami untuk majlis ttp majlis diadakan dirumah ibubapa sy..jd duit salam kaut tu dpt dkt sy dgn suami..tp sy berikan sedikit untuk ibubapa..mmg tak patut ibubapa puan ambil smua duit tu..tp tulaa nk mintak nnti jd gaduh pulak..

  7. Pd lumrahnya, mmg tetamu akn beri duit semasa bersalam kpd ibu bapa atau kluarga, krn lazimnya tetamu itu kbnyakan nya jemputan atau saudara-mara dari pihak ibu-bapa.. sbb itu sebaik2nya sbelom berlangsungnya kenduri kawen tersebut, selalunya diadakan ‘mesyuarat’ dlm kluarga, supaya persefahaman mngenai perkara ini jelas n tidak timbul ‘persoalan’ di kmdn hari.. oleh kerana awk suami isteri yg keluar semua belanja perkahwinan, mmg ‘logik’ la awk berdua perlu mendapat semula ‘modal’ yg telah dibelanja utk majlis tersebut, tp dgn penjelasan dan persetujuan semua dlm kluarga, esp. pihak ibu bapa yg menerima sumbangan tersebut, (kecuali lah awk mmg tak kisah, atau dah berniat nk hadiahkan wang tersebut kpd ibu bapa..), mmg dari segi logik x patut bagi, tapi dari sudut agama, jika awk beri ‘hadiah’ kpd ibu bapa, ganjaran nya adalah berlipat kali ganda, yg kita x jangka dpt pada masa hadapan misalnya; mngkin awk suami isyeri akan dinaikkan pangkat, atau akan mendapat anak2 yg comel dan sihat, tambah lagi klau mreka membesar menjadi insan2 yg soleh & solehah, bkn kah itu “rezeki” yg x dijangka, mngkin asbab doa ibubapa yg ‘redha’ dan restu perkahwinan awk, apatah lg gembira dan dpt ‘manfaat’ dari wang hadiah tersebut, itu semua sbenarnya rezeki dari Allah SWT.., so sebaiknya, redhakan jela wang tersebut.. sebaliknya, jika awk rasa x ikhlas, atau mngkin bole bertanya atau mempertikaikan perkara trsebut, siapa tahu, perkara yg ‘buruk’ pula terjadi kpd awak.. semua ni ‘asbab’ yg mngkin tidak kita sedari.. dlm kluarga kami, memang majlis perkahwinan spt 50-50, slalu ibubapa yg ‘sponsor’ utk kos mkn, dan lain2 spt hantaran dll. persiapan oleh anak2 or pihak ‘pengantin’ itu sendiri, so scara ‘automatik’, duit dari tetamu utk ibubapa, n hadiah2 lain utk pengantin or adik beradik pengantin (jika mereka juga turut menyumbang ‘dana’ utk majlis itu).. so, klaw nk ‘hadiah’ bnyak, pesan kat kwan2 tu, x bgi duit pon xpe, tp bgi hadiah je.., jd bnyakla jugak ‘portion’ utk pengantin.. wallahu a’lam

  8. adat ibu bapa perempuan yang akan ambil duit salam kaut adalah atas sebab perbelanjaan kenduri kahwin belah perempuan ibu bapa itu yang tanggung.
    zaman sekarang dah tak valid, belanja kenduri kahwin nak harapkan duit hantaran belah lelaki (ataupun sharing pengantin lelaki dan perempuan).
    so jika kenduri itu bukan ibu bapa yang belanja, xperlu la mereka nak ambil.

  9. Hermm nak berlapang dada tu mungkin boleh lah sekarang.. tapi kalau lepas ni berlaku lagi? Majlis akikah anak, majlis khatan anak.. Kalau mak ayah TT yang masih jadi penyambut tetamu, bersedia sajalah benda sama boleh berulang lagi. Kalau camtu cuba majlis2 lepas ni cakap kat dorang “mak/ayah, nak pinjam duit sikit tambah2 untuk majlis boleh? Nanti mak/ayah dapat lah balik melalui duit kaut. Kalau duit kaut masih tak cukup saya topup lah nanti.”
    Tengoklah kalau nak jemput 100 orang, anggap kalau sorang bagi RM10, so kiranya nanti dapat RM1000.. so pinjam lah dengan mak ayah RM700-800 ke.. Kot last nanti duit kaut dapat RM1k+ pun, taklah ralat sangat walaupun dorang memang ambil semua..

  10. Kalau awk ikhlas nak sedekah kat mak sempena perkahwinan..silakan sedekah dgn hati yg lapang.Jgn disebut diungkit lagi.

    Mgkn ibu awk pun kekurangam wang sebab tu dia nak duit salam tu

    Lagipun gaji awk 3.5k dikira banyak dah tu….halalkan aje lah kpd mak sbg hadiah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *