Isu Frankie; Salah Siapa?

Admin, aku P. Frankie, kau bace tak, kau tak sendiri.. Ramai terkena. Tapi kau berani bersuara, biasa mereka tak suka gini, ekau jaga, aku bagi major correction padan muka ekau haha. Tapi bagus bro, hg tak salah, tapi lecturer hg juga tak salah sepenuhnya.

Aku dulu la pernah ambil master, research mode from the so called prestige uni (yeke). Aku yakin, pada mulanya pensyarah akan tayang wajah manis manis ayu supaya kita boleh register di bawah seliaan dia macam agen asb cari pelabur. Kita yang fes time, ok kan aje.

Jika nasib kurang baik, rasa la pahit perjalanan tu. Terbongkar kekurangan yang dia xpandai guide, sombong, ego, tempered, berpuak, ada satu keluarga di situ, berkampung, suka bergosip, hasil gosip terbawa bawa macam makcik bawang, ambil kerja luar, guna alat uni percuma, bermuka muka, pilih kasih.. Aduhh nyata mereka bukan malaikat (berilmu tak semestinya lebih baik kan). Ada ja pensyarah yang bagus dan mampu guide pelajar supaya GOT. Ada beb, keihlasan tu insvisible.. Ikut ong maaa.. Might be this time we just walk into the road not taken, itu aje.

Institusi pendidikan awam kita memang penuh dgn politik. Isu pangkat, prestasi, performance, ala standard gomen gitu. Nak jaga ranking universiti pula, mesti buktikan dengan paper. So setiap jabatan akan suruh lecturer publish!! Publish!! Push ur student, ambil nama 1st author, data tu guna geran siapa, effort siapa, guidance siapa. Credit to the most contributors laa. Kamon la.. 5 student, satu semester 2 paper, masyuk bang. Lagi banyak student lagi bagus, student GOT lecturer dapat imbuhan, banyak paper dapat award. Very inspiring, dan ada sikit materialisteak.

Sekalipun tak minat naik pangkat, nak gaji 7k tu je dah syukur dah ha, ada weh pensyarah macam ni.. ramai, still masih kena beri something untuk faculty atau school. Lagipun bajet untuk bidang akademik pun dah parah, nak bayar research lagi, nak cari dana dsb, lecturer akan try cari student untuk buat research, calculation dsb (esp data dari dia), dia tak cukup time ma..

Apakah puncanya Tuan Puan rase rase? PM? Kementerian? Pihak atasan? Salah ke nak naikkan ranking dgn cara KPI tu? Dah tu deme ada idea bagus?

MONOLOG DALAMAN. Kadang kadang, aku juga tak dapat bezakan antara lecturer dan aku. Baru ku tahu lecturer juga tunggu gaji, kejar performance, cukup KPI naik pangkat, masuk ofis balik ofis dan student adalah the most very important client, u undergrad nor post ones.

DULU, the nature of teaching will stood beside ikhlas kerana Allah/ Tuhan. Apa apa agama semua guru macam ni punya. Aku yakin guru tu lilin, menerangi kegelapan dengan ilmu. Ikhlas mendidik, menulis paper untuk rekodkan sejarah tercipta, research base, supported by research grant, untuk kemajuan negara anak bangsa dan bukan untuk kepentingan diri sendiri dan bukan pemalsuan data. Tapi tak ramai yang macam ni. Guru sekolah ke uni ke sama je.. sigh..

Generasi pendidik apakah telah negara kita hasilkan? Dan generasi anak kita nanti bagaimana?

Kitakah yang mencorak mereka. Ayuh sahabat, gi breakfast dulu baru mikior ye..

Ikhlas,
Franch fries

– P

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit