Isu Guru Praktikal vs Guru Tetap

Bismillahirrahmaanirrohim.. semoga tulisan ini mampu memberi manfaat kepada semua, jauh dari perkara-perkara tidak diingini sehingga terpesong daripada tujuan sebenar tulisan ini.

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua pembaca. Tujuan saya menulis ni nak mengulas sedikit tentang isu guru praktikal yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Izinkan saya menulis dalam gaya bahasa yang lebih santai.

Terlebih dahulu, tahniah saya ucapkan kepada guru praktikal berkenaan yang berjaya mengubah seorang pelajar pendiam dan mendekati pelajar tersebut. Itulah semangat yang perlu ada dalam setiap diri guru dan saya percaya semangat itu seakan fitrah yang wujud dalam diri seorang guru dan mana-mana guru sekalipun.

Cuma yang tak sedap didengar bilamana sebilangan netizen cuba membandingkan guru praktikal dengan guru tetap sampai ada yang menyelar guru lain makan gaji buta dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, saya nak bawa pembaca menyelami realiti alam pekerjaan guru yang sebenar dan tidak boleh disamakan dengan guru praktikal sama sekali.

1. Waktu mengajar.

Waktu mengajar bagi guru praktikal adalah 10-14 waktu seminggu. Manakala bagi guru biasa adalah 24-30 waktu seminggu, ada juga guru yang dapat 34 waktu seminggu. Belum campur lagi dengan kelas ganti dalam jadual relief yang dikeluarkan ‘suprise’ setiap pagi daripada pentadbir.

2. Mengajar saja Vs mengajar dan menjawat jawatan di sekolah.

Guru praktikal hanya mengajar di sekolah ditempatkan. Guru tetap selain mengajar mereka sandang jawatan di sekolah, bukan 1 atau 2 malah ada yang sampai 4-5 jawatan besar yang disandang. Yang memerlukan masa, kudrat dan fokus guru turut dialihkan ke arah jawatan2 tersebut. Inilah yang selalu diperkatakan oleh golongan pendidik, beban jawatan yang disandang melebihi core utama iaitu mengajar. Tapi tiada penyelesaiannya hingga kini.

3. Mengajar saja Vs Mengajar dan kerja-kerja pengkeranian.

Guru praktikal masuk kelas mengajar, sediakan lesson plan dan bahan bantu mengajar yang gempak2 siap boleh jadi ahli silap mata dan mampu buat gimik dalam SETIAP KALI KELAS. Mana budak2 tak suka kan. Normal lah tu bagi seorang guru praktikal, jarang sangatlah cikgu praktikal prepare BBM yang tak best, lagipun mereka perlu buat yang terbaik untuk markah praktikal. Memang seronok waktu praktikal ni. Guru biasa ni pulak nak sediakan BBM gempak2 alamatnya tak siaplah nak key in data2, evidens yang berlambak2 tu. Kalau kat Finland satu kelas, jumlah murid boleh kira dengan jari, dekat Malaysia non hado la. Boleh muntah hijau hadap komputer lama2. Kalau website canggih, server laju takpelah jugak, ini macam siput Bab Satu je. Relevan ke semua benda nak kene key in dan evidens? Ya, releven. Relevan kalau sediakan pembantu guru. Kalau tak, mansuhkan sajalah segala kerja2 fail, eviden dan key in data dan maklumat ni. Yang mana lagi penting? Keberhasilan murid atau kerja-kerja makan masa dan tenaga macam tu? Guru ni juga manusia bukan robot. Kudrat dan masa sama macam manusia lain 24 jam sehari juga. Lagipun mengajar ni melibatkan fokus dan seni mengajar dibantu dengan strategi dan teknik yang betul. Guru2 sepatutnya fight dengan aspek2 ni, bukan fight kerja2 key in, program, keje2 dalam jawatan.

4. Mengajar saja Vs Mengajar dan mengendalikan program-program di sekolah.

Guru praktikal tidak akan menyelaras program-program yang dilaksanakan di sekolah. Malah jadi ketua bagi setiap jawatankuasa pun tak. Mereka hanya diberi tugas2 kecil jika ada. Berbeza dengan guru tetap ni, kelansungan program, perjalanan program perlu berjalan sempurna yang dipertanggungjawabkan pada setiap guru. Kalau penyelaras program pulak, tak makan tengahari, perut berkeroncong tu biasa, tambah2 lagi kalau bertembung dengan kerja2 pengkeranian, kerja2 dalam jawatan yang perlu dibereskan segera dengan dateline yang rapat2. Mulalah kata2 “rasa nak berhenti jadi cikgu” tu berkumandang kat otak ni. Haa.. sesuailah statistik yang dikeluarkan dekat berita baru ni, golongan guru paling banyak temui pakar psikatri. Tuan2 dan puan2 rasa celah bedah manakah kami sempat untuk mengajar dan belai2 kepala pelajar, check setiap murid yang bermasalah SETIAP KALI masuk kelas? Adil ke kita tuding jari pada guru mengatakan guru mengabaikan murid. Situasi tak sama dengan apa yang kita nampak.

Saya kira guru-guru ini telah melakukan yg terbaik dan termampu untuk pelajar-pelajar mereka. Dalam tidak sempat tu, mereka masih mampu mengajar dan sanggup buat kelas tambahan selepas sesi sekolah sebelah petang dan pada waktu cuti sekolah. Satu lagi Cikgu2 ni kebanyakannya yang sudah bergelar ibu bapa ni ada komitmen rumah tangga juga, nak dibandingkan guru praktikal yang masih bujang, agak jauh perbezaan kekangannya. Yang ni memang tak boleh dijadikan alasan, kat mana2 sektor pekerjaan pun ada komitmen keluarga. Tapi macam tulah kan, ibaratnya kereta kalau kita nak bandingkan cc 1000 dengan cc 2000, dah tentu cc 2000 lagi cepat sampai. Begitu juga dengan guru tetap ni dengan pelbagai kekangan.

Saya dulu melalui zaman kegemilangan macam tu jugak waktu alam praktikal. Ibaratnya selebriti, murid-murid ternanti-nanti kelibat saya. Saya sedih hari ni masyarakat tuding jari pada guru atas segala permasalahan. Kepada golongan yang anti dengan guru, saya nak pesan pada golongan ni, jika anda ada pengalaman buruk dengan guru anda, janganlah anggap semua guru sebegitu. Kalau dalam satu negeri, anda ada masalah dengan 1,2 guru saja, tak wajar anda nak samakan dengan semua guru dalam negeri tersebut seterusnya guru-guru di Malaysia hingga profesion kami menjadi buruk di mata masyarakat.

Kami golongan pendidik memang sedih dengan segala bentuk penghinaan terhadap kami disebabkan sistem pendidikan di Malaysia ni yang menjadikan kami mangsa kecaman masyarakat. Tapi anda terlupa siapa mangsa sebenarnya. Mangsa sebenarnya adalah anak-anak ini, yang bakal menjadi pemimpin generasi akan datang. Ya, anda berjaya melukakan jiwa kami, tapi itu tidak mengubah apa2. Masa berjalan, tapi anak-anak kita masih di situ.

– – Cikgu N, Bekas Guru Praktikal.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit