Isu Kabel

Assalamualaikum admin n thanks sbb siarkan cita aku ni. Aku perkenalkan diri
sebagai gadis yg tinggal di utara nun di semenanjung Malaysia dan tengah skrg training latihan skim 1malaysia lepasan degree di satu company yang besar ni.

Point aku nak highlight arni pasal isu kabel,aku xtaw lah korang pernah experience ke tidak. Sepanjang aku setahun lebih mencari kerja tmbah2 graduan mcm aku ni,kabel ni benda paling banyak aku nampak terutama sektor government mybe swasta pun ada. Aku bukan tidak percaya pada rezeki Allah nak bagi tapi basically jawapan yg di terima selepas sesi iV ,maaf awak gagal sesi kali ini, sbgai contoh kadang kita apply kerja gred 41 sampaikan sthun tidak pun lima tahun menunggu still senyap lagi then cuba lah apply gred 29 cuba nasib but failed lagi taw dak,bila ditanya sbb pa saya failed ,jwapannya coz pengalaman awak sikit sgt ni dik,awak mampu ke nak handle staff yg lebih experience dari awak??. Sabaq ja lah hati oiiii. Then bila apply gred 19 jwatan spm failed lagi mesti korang bole agak kan sbb pa failed of coz aku ni overqualified .Kami nak mencari lepasan yg bersesuaian jawatan ini, nampak sgt depa ni rasis gila dekat budak degree.

Back pada asal,tup2 kita tgok jwatan tu dh diisi owg lain,rupa rupanya pakcik dy keja dalam tu,aku xtaw lah kot ada datuk ke or nenek sekali kan . Aku xkisah klu hg dpt pun atas experience or sbb hg mmg totally byk pengalaman kaw kaw dari aku ni beb tapi aku rasa little bit kecewa bila mana experience hg pun xdak, budak mentah jugak lagi2 hg xda pun lepas dlm saringan iv or what ever ujian n paling sadis bila dlm senarai nama iv hg xdak pun alih2 hg bole dapat position gred 41 ni. Adakah aku je yg ada pikiran gini kalu jawatan tinggi2 ni especially 41 ke jgn mimpi klu hg xdak “kabel” kuat. Aku redha aku bukan main mainan halus gini. Aku sedia kalu aku bersaing secara adil not even guna kabel pun.

Haa ni lagi satu pasal isu jobfair ke jobsifu ke hat tgh hot, kalu depa buat iklan lagi aku sarankan xperlu lah buang masa pergi,aku besa gi jobfair stu ni mmg xdak pun sgt jwatan yg btul2 bersesuian,mmg lah kita xbole pilih kerja zaman sekarang,hg bole bayangkan rupanya kerja jual topup,agent sana sini company xbesa dgar wehh.Most aku tgok kalu jobfair ni depa cari operator pengeluaran ,ni byk laa klu hampa suka kerja gini go on jee,pnglaman jgk kot. Cuma aku anti gila bab minta duit beli borang ni,apa ingat kmi ni dh ada duit kepok2 kot nak minta kerja kena ada duit. Bukan stkat jobsifu yg cas duit,nii lagi satu contoh hat setengah Majlis Bandaran pun depa cas 1 borang Rm10, tu baru satu tak kira berapa ratus ka ribu owg pohon last senyap mcm tu tup2 position tu dh ada owg dapat,bila tanya rupanya anak menantu dy,ni buat aku malaih nak perabis masa beli borang kat bandaran even owg kata cuba lah mana taw rezeki padahal depa kedarah duit kita.

Jadi,Alhamdulillah aku pun baru start training dlm company ni,hampa doa2 lah aku moga ada rezeki aku dalam ni. Dan kalu aku xdapat serap pun skurgnya aku dpt experience bole add dlm resume aku plus join training ni depa bayar bulan2 n klu rajin buat sales ke apa dapat komisen lagi. Tu je lah aku nak habaq dekat budak2 mentah mcm aku ni cadangan nya jgn sedih ke apa kalu senasib ngan aku,hampa masuk la training yg agak yakin skit company dy then kerja sungguh2 sbb Allah tengok pada usaha kita. Dan aku pun syorkan buat lah side income apa pun. Banyak peluang hampa bole buat duit ngan internet, n buat masa skrg ni bila hjg minggu aku dok pi klas buat kek,roti,biskut sbb aku plan nak juai kcik2 je dlu dkat owg ofis mana taw satu hari aku mampu jadi tokey usahawan muda,hehe..Doakan untuk aku ya :))

– Si pengkaji masa depan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit