Isu Pusaka: Perlu Ke Balu Tanggung Waris Si Mati

Perkongsian saya ini berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan saya sepanjang beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara yang mengendalikan pelbagai kes termasuk Harta Pusaka.

Soalan di bawah ini adalah situasi yang berlaku kepada anak guam saya yang merupakan balu kepada si mati.

Jaditu suka saya kongsikan di sini untuk bacaan para pembaca yang budiman.

Kerana isu ini dekat dengan kita dan kerap kali berlaku dikalangan kita juga. Bukan suatu kes terpencil atau asing sekali.

Baik, soalan anak guam saya begini :

“Sebelum arwah meninggal dunia, sewaktu hayat arwah, beliau menanggung abang kandung beliau. Beliau beri wang saku sebulan RM500.

Sekarang saya sebagai balu tidak mampu untuk menanggung arwah kerana saya mempunyai tanggungan 2 orang anak lelaki, seorang anak perempuan yang masih kecil.

Hutang arwah juga banyak. Saya tidak bekerja. Ibu bapa arwah dah meninggal sebelum arwah. Apa perlu saya lakukan? “

Jawapan :

Simati (suami) meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu (isteri), 2 orang anak lelaki, 1 orang anak perempuan, tiada ibu bapa.

Adik beradik adalah terhalang dari mempusakai Harta simati.

Isteri (balu) tidak bertanggungjawab untuk memberi wang saku bulanan kepada abang kandung simati lebih lebih lagi keadaan balu yang tidak bekerja, dan simati juga ada meninggalkan hutang (liabiliti).

Kebajikan anak anak yang masih kecil yang merupakan waris harta pusaka adalah keutamaan dan kewajiban.

Menyelesaikan hutang simati menggunakan harta harta simati juga adalah keutamaan dan kewajiban.

Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut.

Sekiranya setelah si isteri mengambil Geran Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka simati samada dari Unit Pusaka Kecil, JKPTG atau Mahkamah Tinggi.

Dan setelah mentadbir harta tersebut termasuklah menyelesaikan segala hutang simati dengan bank, terdapat lebihan harta setelah dibahagikan secara Faraid / sama rata / sepakat keluarga.

Bargantung kepada budi bicara dan ihsan si isteri jika ingin memberi sagu hati atau berkongsi harta tersebut dengan abang kandung simati sebagai mengenang jasa beliau dan hubungan silaturrahim yang ada.

Perlu ingat, kebajikan anak anak yang masih kecil penyelesaian hutang piutang simati adalah keutamaan.

Jika mempunyai sebarang kemunsykilan atau keraguan, rujuklah mereka yang arif.

Semoga bermanfaat.

– Shada Mazan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *