Isu Rumahtangga

Ini luahan lelaki, isu Syamsul Yusof, Syakira dan Pique, Johny Depp dan Amber.

Tahun ni memang up sangat kisah rumah tangga. Yang jadi mangsa lelaki, Pique diam, Johny Depp diam, Syamsul diam, sehingga akhirnya semua bersuara.

Sekarang pun, semua suami-suami dalam negara diam. Rasanya boleh dah bersuara.

Bagi mengelakkan konflik, luahkan disini sahaja lah.

Kalau perhatikan, ketiga-tiga watak lelaki dan perempuan hampir sama. Outspoken, dedah di social media, lantang mengutuk.

Inilah jadinya apabila akhlak yang benar diketepikan. Yang selalu jadi dalil, Saidina Umar RA pun dimarahi isteri. Sedangkan kesahihan cerita belum tahu.

Isteri yang berakhlak dan solehah, tidak akan meninggi suara pada suami, menerima seadanya. Itulah takdir dan rezeki yang tuhan aturkan untuk kita.

Tetapi bila dibudayakan di dalam facebook, tiktok dan insta, para isteri memarahi suami, suami takut isteri, dan lain2.

Buat para isteri, lelaki apabila perempuan meninggi suara, mudah marah, salah sikit tengking, mengamuk tidak tentu pasal, dan lain-lain.

Akan menyebabkan lelaki penat, tiada mood, kerja tidak menjadi dan lain-lain.

Apabila lelaki tiada mood, bersama pun jarang, maka caranya adalah mencari alternatif lain seperti pelacuran, perempuan simpanan, dadah, arak dan lain-lain yang pastinya haram.

Itulah sebabnya islam mewajibkan isteri melayani suami apabila di minta. Kerana lelaki tuhan ciptakan sedemikian rupa.

Akan tetapi, akhir-akhir ini, seolah terbalik. Seolah-olah lelaki bila berkahwin, menjadi seorang hamba.

Inilah padah media social, yang benar menjadi salah, sebab jarang yang buat, tetapi yang salah dalam agama menjadi benar, sebab ramai yang buat.

Sebenarnya, kalian mengikut akhlak islam atau akhlak media sosial?

Bagi lelaki yang menghadapi masalah yang sama, mungkin berpisah lebih baik.

Carilah yang lain, supaya lelaki tidak terjerumuh ke kancah dosa yang lain. Sekali gus menghancurkan hidup.

Jangan menjadi hamba isteri kerana kita hamba Dia.

Ada isteri yang tidak marah-marah, tidak melenting, yang boleh bersabar, adalah anugerah. Hati tenang, jiwa tenang, buat kerja pun tenang, insyaAllah ada kejayaan.

Sebabnya itulah yang saya sendiri alami, hidup lebih tenang dan bahagia. Rezeki melimpah kerana dosa telah tiada.

Tiada rasa ingin makan luar kerana isteri pun dah kenyang. Bila dah kenyang sangat offer makanan apa pun tidak berselera dah.

– Solsol (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *