Sekarang ni kita nampak banyak post merata dekat internet pasal Gen Z sekian sekian, teruk, jahat, itulah inilah dan ramai kata generasi diorang dulu tak teruk macam ni. Betul ke?
Aku lahir tahun 95. Mak aku ni seorang guru sekolah. Mak aku ni dia pengetua sekolah. Segala macam gossip, berita tentang sekolah memang kiranya circle mak aku dapat awal. Kena ingat dulu lain. Sekarang nak dapat maklumat cepat dan mudah.
Kalau mak aku tanda kerja sekolah, kertas ujian hal conteng, lukis, tulis merapu dan di biarkan kosong tu benda biasa. Mak aku selalu membebel dekat aku cakap jangan buat macam ni. Siap tunjuk anak murid dia lukis gambar goku siap ada colour sekali padahal kena tulis karangan.
Kalau ada nampak cikgu share dekat tiktok, twitter, fb, isu murid generasi sekarang tak ambil serious tentang kertas peperiksaan tu percayalah yang dulu pun generasi kita sama.
Aku rasa ramai generasi aku dulu banyak kali kena bebel dengan generasi waktu tu yang generasi kita teruk, manja, dan macam-macam lagi.
Aku dulu dah lali dengar orang dewasa zaman tu membebel macam saudara mara aku, cikgu sekolah yang ulang, “generasi awak ni semua banyak songeh, tak hormat, belajar banyak main, tak serious, generasi paling lemah” itu kira benda biasa dengar.
Hal UPSR, PMR ni lagi satu. Kelakar bila baca dari generasi aku yang cakap diorang dulu suka UPSR dan PMR tapi yang aku ingat dulu berapa ramai benci upsr dan pmr. Termasuk yang cakap “tolong lah batal kan upsr pmr”
Sekali bila generasi sekarang tak ada upsr pmr tiba-tiba ramai keluar dan kata dulu upsr dan pmr diorang paling suka. Padahal dulu ada satu isu vote dekat majalah yang ramai pelajar zaman aku ni nak mansuh peperiksaan.
Kena ingat sekarang ni kita dapat information dengan cepat dan mudah. Dulu kalau ada kes pelajar teruk macam sekarang ni cuma habis cerita dekat circle sekolah kita.
Ambil contoh kes bunuh, rogol yang ada dekat internet ramai terkejut katanya sekarang dah teruk asyik kes macam ni sahaja. Tidak sama sekali.
Akak aku journalist, dia dari zaman sekolah akan kumpul isu semasa dari surat khabar. Hampir setiap hari dia baca surat khabar kes bunuh, rogol, dera semua itu dah biasa. Akak aku ada koleksi setiap keratan khabar tersebut.
Bezanya sekarang kita mudah dapat maklumat macam ni jadi kita overwhelmed dan terus assume zaman sekarang ramai orang jahat. Hakikatnya dulu pun ramai orang jahat.
Pada aku sendiri benda ni biasa sebab lebih kepada bias. Aku pun selalu kalau borak dengan anak sedara ke atau gen z lain dan beberapa intern aku akan cakap “generasi korang itu ini, generasi kami tidak” tapi, hakikatnya sama.
Bitter pil to swallow tapi sebenarnya generasi kita yang jadi mak/ayah ni lebih kepada serahkan tugas kepada cikgu. Kalau tanya pasal kerja sekolah anak, syllabus anak rata-rata tak tahu.
Waktu hari terbuka bila tanya macam mana proses pembelajaran anak anak dekat rumah. Rata rata mak ayah lepas tangan biar anak buat sendiri dan harap anak dapat result cemerlang.
Bayangkan benda yang zaman kita dulu sekolah menengah baru kita start belajar tapi sekarang budak gen baru ni dah belajar dari sekolah rendah lagi. Bagi smartphone ofcourse sekarang ni smartphone tu penting.
Tapi, percayalah rata rata kasi anak smartphone tu supaya diorang boleh lepas tangan dan harap anak belajar guna internet dekat telefon.
Bila tak pantau dan anak dah melalut baru menyesal kenapa macam ni padahal selama ni kita biarkan. Isu katanya gen z yang sekarang jenis kurang ajar, gen kita dulu pun sama. Generasi kita pun cakap lepas, bezanya sekarang ada internet.
2024 sekarang tak sama dengan 2014, atau 2004 jauh sangat beza dia. Generasi sebelum kita menuding jari yang generasi kita teruk dan punca segala masalah zaman tersebut, generasi kita pula salahkan generasi sedia ada segala macam masalah sosial.
Kalau apa yang kita perhati dan baca tentang generasi sekarang teruk dan buruk, percayalah generasi kita lalui fasa yang sama dengan generasi yang sebelumnya.
– Imran (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit