It Takes A Village To Raise A Child

Assalamualaikum. Sesuai dengan tajuk di atas — aku dah pernah cakap, dan aku ulang sekali lagi.

Cerita yang berunsur gengster, buli, dadah, dan soft porn ni patut diharamkan terus dari kaca TV dan pawagam. Tengoklah sendiri apa yang jadi dengan anak-anak muda sekarang.

Dulu kes buli. Sekarang sampai tahap bunuh dalam kawasan sekolah.

Bukan sekali dua. Bukan benda kecil lagi dah.

Dan kita nak buat apa? Terus tengok saja sambil cakap “alah, cerita je pun”?

No. Enough is enough.

Pernah dengar tak pepatah “It takes a village to raise a child”?

Maknanya, nak bentuk seorang anak yang baik, satu kampung kena main peranan. Tapi hari ni, satu kampung pun dah terbahagi dua — yang peduli, dan yang kata, “ah, bukan anak aku.”

Inilah masalahnya bila semua orang fikir urusan mendidik tu tanggungjawab orang lain.

Aku nak minta sangat, tolong hentikan pembuatan cerita-cerita yang merosakkan ni.

Cerita yang ada adegan soft porn, gengster, buli — semua ni memberi kesan, walaupun sedikit.

Jangan tipu diri sendiri.

Anak-anak belajar melalui apa yang mereka lihat, bukan apa yang kita cakap.

Kau tayang benda-benda macam tu hari-hari, lepas tu kau terkejut kenapa budak sekolah sekarang ganas, hilang hormat, hilang arah.

Dulu aku pernah tulis benda ni.

Aku dah cakap — cerita macam ni patut dihentikan.

Tapi aku kena kecam gila-gila.

Ada yang cakap, “Anak kau, orang lain pula kena kesah?”

Dan yang paling menyedihkan, ayat tu keluar dari seorang doktor.

Terkejut aku.

Macam mana seorang yang berpendidikan boleh bercakap seolah-olah tanggungjawab sosial tu tak penting langsung?

Sekarang nampak?

Bila makin ramai budak hilang arah, baru semua nak bersuara.

Baru nak sedar betapa kuatnya pengaruh media terhadap tingkah laku.

Aku baca dekat thread baru-baru ni, ramai dah mula cakap benda sama — stop glorifying violence. Stop normalizing filth.

Sebab bila dah jadi tragedi, baru kita nak menyesal. Tapi waktu tu semuanya dah terlambat.

Aku tahu, selagi ada demand, selagi tu pengarah akan terus buat cerita macam ni.

Sebab ya, dalam kepala mereka cuma satu — duit.

Tapi aku harap sangat, tolonglah jangan fikir keuntungan diri semata.

Kau kaya dengan hasil cerita yang mempengaruhi generasi muda ke arah keburukan, tapi bila mati nanti, harta tu tak akan ikut kau pun.

Dan bila malaikat tanya nanti, “Apa yang kau buat semasa hidup?”

Nak jawab apa? “Saya buat cerita yang rosakkan akhlak masyarakat”?

Dan yang paling aku tak boleh hadap — pengarah perempuan, bertudung litup, tapi buat cerita yang ada unsur porn.
Apa ni?

Kau sedar tak kau tengah merosakkan orang lain sambil tunjuk imej kononnya “Islamik”?

Sampai macam tu sekali sanggup gadai nilai semata-mata untuk rating dan populariti.

Aku tak tahu sejauh mana tulisan ni akan sampai, tapi aku betul-betul berharap, tolong hentikan buat cerita tak guna macam tu.

Yang paling memalukan, kebanyakan cerita macam ni datang daripada bangsa aku sendiri.

Sedih.

Bangsa lain berlumba hasilkan cerita yang angkat budaya, yang bangunkan semangat — tapi kita?

Bangga tayang gengster, dadah, perempuan, clubbing, gaduh sekolah, tunjuk hero kononnya “kapla kawasan.”

Sampai bila nak terus macam ni?

Tak cukup lagikah rosak akhlak anak-anak kita?

Tak cukup lagikah dosa yang kita kumpul sebab jadi punca mereka ikut benda salah?

Aku tahu akan ada yang kata, “Alah, tak semua pengarah macam tu.”

Ya, betul. Tapi bila yang rosak tu lebih banyak dari yang baik, nama industri tu tetap busuk juga.

Orang luar tengok, mereka nilai seluruh bangsa kita dari karya yang kita hasilkan.

Aku bukan benci filem Melayu. Aku sayang.

Sebab tu aku marah.

Sebab aku tahu kita mampu buat lebih baik dari ni.

Kita mampu hasilkan cerita yang ada nilai, ada pengajaran, ada semangat.

Tapi entah kenapa, yang dipilih untuk ditayang cuma benda yang memalukan.

Aku rayu — cukup-cukuplah. Stop glorifying trash.

Bangkitlah wahai penggiat seni Melayu.

Tunjukkan karya yang boleh bagi manfaat.

Kalau bukan kita yang ubah hala tuju industri ni, siapa lagi?

Sekarang ni bukan masa nak kejar “viral” dengan adegan lucah, ganas dan murahan.

Sekarang masa untuk bina balik maruah bangsa sendiri.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *