Itik Hodoh

Si Itik Hodoh

Assalamualaikum semua. First of all, ribuan terima kasih kepada admin sekiranya cerita ni disiarkan sebab cerita sebelum ni tak pernah lepas (negatif sangat kot, takde censorship haha). Tujuan aku just untuk cerita aku ni dijadikan teladan (means jangan buat dekat orang lain & diri sendiri) dan untuk baca pandangan/reaksi pembaca supaya aku muhasabah diri. Quick background story, aku dilahirkan dalam keluarga yang porak peranda tapi mak ayah aku tak bercerai la (dulu aku selalu harap diorang bercerai tapi dah besar ni malas nak amik kisah dah). Aku ada 7 adik beradik, dan aku anak yang tengah.

Ayah aku merupakan seorang lelaki, suami & ayah yang tak bertanggungjawab. Dulu kerja elok (dok bangga sangat dia alumni sekolah top dekat Malaysia ni, puih) tapi kaki perempuan sampai ke sudah tak sedar diri. Allah dah bayar cash, dia hilang kerja semua sampai beberapa tahun tak kerja (sepanjang tempoh ni memang dia makan+tipu+curi duit mak aku la) lepas tu dapat kerja balik tapi diberhentikan sebab perempuan jugak. Aku adik beradik agreed yang Allah bayar cash dekat dia sebab tak bagi nafkah dekat isteri & anak selain perangai kaki perempuan and kedekut bakhil dia. Dalam ingatan aku, dia memang ayah yang tak pernah ada function dalam hidup aku.

Mak aku pulak lain cerita. Mak aku gila duit. Tapi gila duit tu nak dengan cara yang cepat. Sebut je segala jenis MLM dekat Malaysia ni, mana je yang dia tak pernah masuk. Banyak mana duit masuk, banyak tu jugaklah yang keluar, kena tipu etc. Yela, duit tak berkat kan. Kena kejar dengan orang, rumah kena ketuk dengan strangers, polis semua tak payah cerita la. Sampai sekarang kalau ada orang ketuk pintu rumah jantung aku berhenti berdegup sekejap. Kitorang adik beradik trauma kot. Parents aku mana ada dekat rumah time time macam tu. Elok je tinggal kitorang dekat rumah untuk hadap benda tu padahal kitorang semua sekolah pun tak habis lagi. Mak aku pulak jenis boros, jenis nak nampak senang & method dia, nak ‘menang’ hati orang kena pakai duit. Tapi, aku tak 100% salahkan mak aku dia jadi macam tu sebab dia daripada keluarga susah and dia meroyan gila duit pun sebab ayah aku gagal jadi ketua keluarga.

Part membesar dengan adik beradik aku pulak, masing masing ada perangai yang pelbagai. Aku selalu takde geng sebab yela, anak tengah kan. Ditambah pula dengan mak aku selalu pilih kasih dan ayah yang macam tak pernah wujud. So aku yang tengah ni selalu je macam invisible, membesar dengan low self-esteem yang teramat sangat (Still trying to get over that. One fine day, InsyaAllah). Kalau gaduh, dulu adik beradik aku selalu gang up untuk ‘serang’ aku verbally & pulaukan aku. Aku ni jenis cakap direct dalam family sebab aku depress and rimas hidup dalam dysfunctional family. Sedih bila langsung takde tempat nak mengadu.

So bila/kalau perangai macam haram, aku cakap je ‘Perangai kau macam haram, sila berubah’. Sebab bagi aku, dahlah family tak function, tak payahlah buat perangai pelik pelik. End up, aku dibenci oleh adik beradik aku sebab konon aku macam ada holier-than-thou attitude. Dengan parents aku pun aku cakap direct je sebab perangai diorang pun satu hal jugak. So, disebabkan aku membesar dengan parents & adik beradik macam tu, dulu aku selalu rasa aku ni macam itik hodoh. Yela, dulu comot; puberty hasn’t hit, saudara pun tak pandang, tak cantik macam kakak aku (apa yang cantik pun aku sampai ke sudah tak tahu), tak reti sangat bersosial. Dekat sekolah above average (but not excellent enough) for both academic & extra co-curricular; aku menang award, pertandingan sana sini despite my family background tapi parents aku tak pernah kisah. Sedih dia, effect tu sampai aku dah besar.

Alhamdulillah, aturan Allah. Lepas habis SPM (results average je, the only exam aku tak score sebaik mungkin sebab aku memang target subjects yang penting je untuk at least dapat course yang aku minat. So adik adik SPM, set your goals and just follow your own path), aku apply UPU, dapat masuk universiti tempatan (tu je mampu). Habis belajar sampai lah degree dengan cemerlang, gemilang, terbilang (again, aku dapat special award) dengan bekalan PTPTN yang aku apply semua sendiri. Ada juga mak aku bagi duit kadang kadang, tu pun aku minta bila betul-betul terdesak gila (dah terdesak, gila pula tu haha). Sepanjang aku belajar dalam 95% PTPTN, 5% mak aku. Kalau nak harap parents aku, ayah aku buat bodoh je and mak aku dulu before sambung degree, tak habis habis suruh cari kerja, lepas tu kahwin as if itulah penamat segala derita dan bukannya permulaan segala derita (kalau ikut kisah hidup dia, permulaan segala derita la tapi dia memang jenis tak belajar daripada kesilapan, contoh: gila MLM huhu). Aku dah set dalam minda aku, aku taknak jadi macam parents aku sedangkan selalunya anak anak nak jadi macam parents diorang. Sobs.

Habis je belajar, Alhamdulillah, aku terus dapat kerja di salah sebuah syarikat terkemuka di Malaysia dengan gaji yang agak tinggi bagi fresh grad macam aku and kalau compare dengan peers aku especially for course aku. Aku nampak, Allah macam nak reward aku di atas segala penderitaan aku selama ni. Tapi, ini juga adalah ujian untuk aku. Nak dijadikan cerita, I defied all the odds. Dalam adik beradik aku, aku dikira yang paling berjaya for now (hopefully yang lain pun berjaya in the future, amin). Baru sekarang aku dipandang. Bukan macam itik hodoh yang dulu. However, segala benda yang aku dapat ni membuatkan aku jadi macam selfish. Aku sentiasa dahulukan diri aku sebab waktu membesar dulu takde sape yang layan aku macam aku ni wujud/penting. Bagi aku, kalau aku susah, takde sape akan tolong. So bila aku senang, aku kena jaga diri aku dulu sebab aku masih tak boleh lupa betapa peritnya kena jadi dewasa sebelum waktunya.

Aku dapat rasa aku ni kedekut. Especially dengan keluarga sendiri. Parents aku pun aku tak bagi duit. Sebab waktu aku membesar banyak keperluan aku tak dipenuhi (keperluan ye, bukan kehendak) tapi KEHENDAK adik beradik aku yang lain banyak kali je diorang dapat. So salah aku ke kalau aku membesar dengan mentaliti ‘aku-kena-dahulukan diri-aku-and-jaga-diri-aku-dulu’? Aku tahu dalam Islam, makin banyak kita bagi, makin banyak kita dapat. Tapi bila tengok macamana mak aku spend duit, aku rasa bengang sebab aku struggle nak kumpul duit kahwin (everything kena pakai duit sendiri ye kalau tak kena ungkit sampai mati) mak aku elok je boros sana sini especially kalau berkaitan dengan MLM dia tu. Buat aku bengkek je. Baru baru ni ayah aku dapat KWSP dia, aku tengok mak aku serupa mintak sedekah nak tuntut janji-janji kosong ayah aku sepanjang mak aku tanggung dia macam biawak hidup. Tapi ayah aku buat bodoh je (kan kurang pandai dekat situ percaya janji mulut je).

Aku rasa aku trauma (susah nak lupa = dendam kot?). Dendam memang tak elok dan aku takdela sampai rasa nak balas ke apa. Tapi aku selesa hidup macam ni. Aku tak kacau orang, so aku expect orang tak kacau aku. Aku pernah pinjam duit dengan kakak aku waktu baru nak start kerja dulu and aku terus bayar lepas dapat gaji pertama. Sekarang, adik beradik aku tak berani nak pinjam duit ke apa (unless betul-betul terdesak and selalunya aku akan membebel tapi bagi juga. Bayar tetap bayar lah, hutang kot. Nanti roh tergantung baru tahu haha) sebab diorang tahu garang aku macamana. Mungkin juga diorang sedar macamana diorang layan aku dulu haha. But me being me, ada masanya aku rasa tak best macam ni. Especially bila aku baca article article dakwah pasal rezeki etc. Aku sedapkan hati aku memandangkan aku baru je kerja, still struggling in the current cost of living, nak contribute banyak tu tak kot. Sikit sikit boleh la.

Currently, aku struggle nak pindah keluar from rumah and kumpul duit kahwin. Tu pun satu hal juga, perkahwinan parents aku buat aku ada trust issue pasal kahwin. Tapi tu cerita lain la kalau pembaca sudi nak baca. Anyway, moral of the story is, be nice to everyone, you might not know what they will become in the future. Kepada parents diluar sana, jangan bezakan kasih sayang dekat anak-anak. Anak itu amanah Allah, bukan beban. Jangan buat orang rasa kecil, mana tahu satu hari nanti dia lagi besar daripada kau. And also, tak payah lah nak gang up, gang up sangat tak kira lah di mana-mana pun. Kawan je dengan semua orang and layan je semua orang baik-baik unless perangai lain macam, then stay away supaya tak jadi racun untuk kau. Aku pun tengah struggle gila nak lawan Mr. Hyde dalam diri aku ni. Terima kasih anyone yang sudi baca, may Allah bless you.

– Si Itik Hodoh

– Si Itik Hodoh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit