Assalamualaikum, sempena dah nak masuk ramadhan ke-24 aku nak share sikit pasal aku mengaji dan Khatam Al-Quran.
Dua hari lepas aku dah habis khatam. Aku ambil masa dalam 17 hari puasa untuk habis kan 30 juzud. Bilangan hari lepas tolak waktu uzur ya. Alhamdulilah, first time khatam Al-Quran dibulan ramadhan.
Jom kita berkenalan dulu, aku Ms L berumur 37 tahun, bujang tang2 lagi. Higher education aku master. Walaupun ada master tapi aku gagal bab mengaji. Mula belajar mengaji 5 tahun lepas semasa umur aku 32 tahun.
Sebelum ni memang aku tak tahu mengaji, tak berapa kenal huruf. Ngaji pun masa sekolah rendah. Mukadam je.
Jadi, aku kat sini nak share dan bagi semangat kat korang untuk belajar mengaji walaupun dah tua bangka macam aku ni. At least dapat la sedikit pahala buat aku nanti.
Kita sebagai orang islam malu kalau tak pandai mengaji. Aku penah dengar Ustaz Dasuki cakap, “Pastikan jangan mati kalau tak pandai Al-Quran, apa korang akan jawab dalam alam kubur nanti”. Huhu deep betul ayat dia.
Aku tulis point la senang nak ikut.
1. First sekali korang kena buang perasan malu. Aku tau memang sangat malu tak pandai lagi lagi kalau ko tu ketua keluarga. Buang ketepi perasan tu. Ingat, biar malu kat dunia. Akhirat nanti kita tak malu dengan malaikat. Masa malaikat tanya, “Apa kitab mu? Nak jawab apa beb.
2. Cari ustaz/ustazah. Biasanya awal buka sekolah akan ada iklan mengaji. Masa ni ko call la tanya ustaz/ustazah yang ambil student. Aku dulu ngaji ngn ustaz. Syukur masa niat nak belajar tu ada ustaz lulusan al quran dari mesir buka class untuk budak sekolah.
Aku wasap dia tanya dia ambil tak student dewasa. Lepas tu nak belajar start dengan buku Iqra. Dia ok je. Bereh. Class dia 3 kali seminggu, waktu malam. Sesuai untuk orang busy berkerja macam aku ni. Yurun RM20 sebulan. Murah giler kan.
3. Start dengan Buku Iqra tau. Yang ada Siri 1 sampai 6 tu. Jangan start ngn alquran terus. Belajar kenal huruf, kenal tajwib. Aku ambil masa 3 bulan nak habis kan siri Iqra. Confirm masuk Siri Buku 5 je ko dah boleh baca cuma gagap je la. Masa ni ko akan rasa seronok mengaji.
4. Sambil belajar ngn ustaz ko boleh jugak tengok utube. Banyak je video belajar iqra. Stail aku, tengok video lepas tu gi ngaji ngan ustaz. Kira tak lah nampak sangat bengap tu. Ustaz aku ni bekeng weh. Kalau salah tu memang kena la. Tak la dia lekuk dahi. Ayat dia tu tajam.
5. Istiqamah. Betul orang kata berubah mudah istiqamah tu susah. Aku akan mengaji selepas subuh dan selepas magrib. Bila consistent buat dapat la khatam al quran setahun sekali. Alhamdulilah.
Tak lama aku mengaji ngn ustaz tu selama 2 tahun je. Ustaz tu pindah ke tempat lain. Sedih..
Plan aku lepas PKP ni nak cari ustaz/ustazah lain.
Berbalik kepada tip nak khatam Al-Quran di bulan ramadhan.
1. Niat. Apa benda yang kita nak buat niat kena betul. InsyaAllah, Allah permudahkanlah. Aku cabar diri untuk khatam bulan puasa. Alhamdulilah berjaya.
2. Whatsapp group. Dua minggu sebelum ramadhan aku join satu WhatsApp group. Objective group, setiap ahli kena baca 1 juzud 1 hari. Waktu mula selepas maghrib sehingga sebelum maghrib hari seterusnya. Lepas tu kena update bila habis baca.
Selalunya tercapai la objectives tu. 30 orang ahli 30 juzud. 1 quran dah tu setiap hari. Kiranya ni practise before ramadhan la.
3. Masuk bulan ramadhan objectives whatsapp group ni lain sikit. Ahli kena update setiap hari muka surat berapa dah baca. Bagus benda ni kita jadi semangat dan berlumba nak abis kan.
4. Perbagaikan medium mengaji. Jangan bergantung pada satu al quran sahaja. Cara aku. Dekat rumah aku guna Quran dan kat office aku guna quran yang ada terjemah tu. Selain tu aku intall apps dalam ipad dan phone.
5. Mengaji je kat mana mana bila free. Jangan tunggu duduk atas tikar sejadah baru nak ngaji. Kita buat kerja mudah. Tak perlu stress.
6. Ada jugak tip lain yang korang boleh buat contohnya 1 juzud 1 hari baca. Tapi untuk orang perempuan tak sesuai. Kita ni ada time cuti seminggu. So, kena baca lebih dari sejuzud sehari.
Tu je aku nak share. Aku doakan yang mana tengah berusaha nak khatam moga dipermudahkan dan khatam sebelum habis ramadhan. Doakan aku moga istiqomah.
Terima Kasih…
– Ms L (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit