Its Not Just A Cat

Hai salam sejahtera semua pembaca. Ini kali pertama aku post di IIUM Confessions. Thanks admin sekiranya disiarkan.

Namaku Meowmy (bukan nama sebenar). Posting ni more to nak luahkan rasa pedih yang amat sangat about my cat yang baru je mati bulan November 2021. Maaflah kalau membosankan.

Benny. Hadir dalam hidup kami sekeluarga di zaman PKP, April 2020. It was a scared little kitten, nampak macam trauma dengan manusia. Aku rasa kasihan.

At first, Benny ada fungus di badannya.Vet bagi ubat makan untuk diberi sehingga habis. Alhamdulillah, Benny sembuh, bulunya pun tumbuh cantik sekata.

Aku puas hati. Fast forward after 3 months and fully-vax, Benny mula jinak dengan family aku. Walaupun ada masa ia macam fierce tapi normal lah tu for a rescued cat kan.

Aku pun semakin galak beli macam-macam food and treats, segala mak nenek pasal kucing yang aku tak pernah tahu, aku korek dari sumber internet dan juga nasihat vet.

Mulanya aku berat hati nak neuter ia sebab takut jadi stress or infection ke apa. But after further research, neuter is good for indoor cats. Oh ye Benny ni jantan, so penjagaannya tu mudah je. After neuter, Benny okay je takde luka apa pun. Aku rasa senang hati.

In December 2020, Benny mula sakit. Benny taknak makan dan asyik muntah. Aku terus ke vet dan Benny didiagnos Parvovirus, antara virus pembunuh kucing.

Mujur aku WFH, dapatlah aku pantau sentiasa. Force feed every 2 hours dan bagi ubat. Hari-hari aku usap Benny bagi semangat untuk pulih.

Even vet kata parvo ni 50-50. Aku nak cuba buktikan Benny boleh sembuh. 5 hari treatment Benny akhirnya sembuh dan mula makan independently, so aku cuma perlu habiskan ubat je. Cuma 1 benda aku perasan, Benny tak minum macam biasa. Tiba-tiba berubah mahu minum air paip.

Atas saranan vet, aku beli sebuah mini fountain. Benny ada jugak teguk sekali dua kemudian tak layan dah. Aku gusar, sebab kucing jantan paling prone dapat batu karang sekiranya poor water intake.

Aku beli botol susu kucing dan isi air masak. Dari masa ke masa, aku akan picit air dari botol ke mulut Benny. Mujur juga ia tak menolak.

All is well until I got married in May 2021. One week after nikah, aku pindah kerumah sewa bersama suami. Benny pun aku bawa juga sebab aku tak trust cara adik aku jaga. Tapi Benny merusuh di rumah kami. Terkejut beralih rumah barangkali. Esoknya aku hantar semula kerumah Ibu.

Every 2 weeks aku akan datang uruskan Benny. Berterusan sehingga beberapa bulan. Aku pesan pada adikku sentiasa beri air dari botol setiap hari. Tapi entah buat atau tidak.

In Nov 2021 I got a call from Ibu kata Benny demam. And struggle in toilet(masuk litterbox but no poo/pee keluar). Terus aku bawa Benny ke vet. There, my worst fear for Benny came true. Benny disahkan ada batu karang. I was so frustrated.

Kalaulah aku train Benny untuk stay dirumah kami, dapatlah monitor water intake daily and this would not happen. I kept blaming myself. Tapi benda dah jadi. Aku redha Benny warded for catheterization.

2 days after, aku melawat Benny di ward kucing. How my heart breaks seeing it like that! Bercucuk IV drip, di penisnya ada satu alat yang dipasang untuk flush out batu dan darah dari pundi kencing. I broke down and cried. Aku sedih gila!

Benny nampak normal pada hari itu. Walaupun tidak mengiau atau makan, tapi Benny tak refuse air dari botol susu yang aku berikan.

Banyak ia minum. Matanya bulat pandang aku. Little did I know itu kali terakhir aku nampak Benny cergas even bercucuk tiub bagai.

After 5 days, Benny was discharged. Adik aku jemput ia balik. Later that night, aku sampai dirumah Ibu bersama suami.

Aku tengok Benny totally lemah dan incontinence. Penisnya membengkak. Aku cuba angkat tetapi Benny merengek. Aku tak expect Benny balik dalam keadaan lemah gini because it was fine masa aku lawat haritu.

Sepatutnya weekend tu, aku dan suami nak ke Ipoh for staycation. After discussion, I ask my husband to go with his buddy while aku jaga Benny dirumah kami until habis cuti. Dengan harapan Benny sembuh.

He agreed and faham aku memang sayang Benny tak terhingga. Lagipun aku taknak semakkan otak suami aku.

Biarlah aku aje yang handle hal Benny. Esoknya kami pulang kerumah dan siapkan kelengkapan dan sangkar Benny for cage-rest. Malam tu, suami aku bertolak. Tinggallah aku seorang dirumah dengan Benny. Macam masa parvo, aku force feed every 2 hours sebab Benny taknak makan minum.

Ubat diberi on time dan juga apply some iodin dekat luka catheter for recovery. Benny still incontinence, entah berapa kali aku tukar underpad yang mengalas badannya.

Aku sembang dengan Benny walaupun ia lemah. Aku tak tidur sehingga jam 4.30am. Tetapi tewas juga aku tertidur ayam gitu.

Dalam pukul 5 lebih, aku terjaga sebab Benny cakar sangkar. Aku bangun tengok ia macam kejang. Merengek lemah.

Aku tahu Benny nazak dan takde apa aku boleh buat at this hour, except usap badannya untuk ia rasa secebis belaian dalam kesakitannya. Aku gosok kepala Benny, aku menangis sekuatnya.

Aku gagal kali ni! Aku gagal sembuhkan Benny! Benny seperti sawan at that moment, yang aku mampu cuma betulkan posisi baringnya supaya ia tak menggigit besi sangkar dek menahan sakit yang dialami.

Benny pergi jam 6 pagi. Waktu azan Subuh berkumandang dari masjid berhampiran, disulami esak tangis aku sambil memegang Benny yang dah terkujur. Aku cuma mahu menangis seorang diri kalau itu yang boleh redakan hati aku. Sehingga ke hari ni aku masih salahkan diri aku.

I keep thinking what I should have done masa Benny nazak tu. Maybe I should have given the painkiller eventhough ada lagi gap 1 jam sebelum waktu makan ubatnya? Atau patutnya aku wardedkan semula Benny the day before that? Or what?

Suami aku kata kalau aku masukkan ia ke ward semula, probably it will die alone. Vet clinic bukan macam hospital yang 24 jam Dr. and nurse menjaga. Kiranya ni dapatlah aku jaga Benny, atleast it died infront of me, the one who loves it dearly.

But I keep recalling the moment Benny struggle, the pain of seeing Benny like that and I can do nothing. My bestfriend keeps saying I’ve done my very best to care for it. But how best have I done kalau in the end, Benny mati.

Aku terima dah memang takdir tiada rezeki lagi untuk aku jaga Benny. Aku redha. Cuma kadang-kadang aku teringat last moment tu, hati aku hancur semula. Aku belek gambar-gambar Benny dalam phone, aku senyum dan menangis.

I buried Benny but not its memories. Tak apelah. Aku berbagi kasih pada kucing jalanan yang kadang datang meminta makan. Anggap macam ini pengganti Benny. Kuranglah sikit sedih aku ni.

Thank you for reading this confession. Lega sikit rasa bila dapat luah dan tulis panjang-panjang.

– Meowmy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *