It’s Okay To Start Fresh

Tahun ni (2024) umur aku baru 27 tahun tapi aku pernah berkahwin masa aku 24 tahun dan dah bercerai setahun kemudian.

Punca cerai? Lelaki tersebut biawak hidup, kaki p*rn, ada hutang ratusan ribu walaupun si dia berumur kurang 30 tahun ketika itu dan lain-lain.

Iya aku tahu aku pun tak sempurna tapi point cerita ini bukan pasal tempoh perkahwinan kami yang singkat.

Selepas bercerai, aku mengasingkan diri dari kawan-kawan dan seluruh kaum keluarga ku selama 6 bulan. Aku membawa diri, tiada siapa yang tahu apa2 update tentang ku selama 6 bulan itu.

Ini apa yang berlaku pada ku sejak perceraian tersebut sehingga sekarang (dalam masa 2 tahun sahaja):

Sekarang, aku telah berjumpa seorang lelaki yang baik, berusaha mencari duit sendiri untuk menyenangkan hidup kami berdua, jujur tentang segala hutang piutang nya, dan (insyaallah) bukan kaki porn (ini aku dah siasat sesiasat siasatnya).

Di tempat kerja aku kini menjadi ketua unit/jabatan dan aku juga mempunyai side business pada hujung minggu yang membawa pendapatan lebih kurang 2-3k sebulan. Dengan pendapatan ini juga aku membeli kereta baru.

Dari segi pelancongan, aku telah ke Australia, Singapore, Thailand dan juga melancong ke beberapa tempat dalam negara, semuanya 100% menggunakan duit hasil titik peluh aku sendiri.

Aku juga telah skydive, bungee jump, scuba dive dalam tempoh 2 tahun ini. Satu demi satu bucket list ku berjaya ditanda.

Sudah pasti aku juga telah berhubung semula dengan ahli keluargaku, alhamdulillah tiada yang mengungkit apa2 tentang perkahwinan/perceraian tersebut dan semua buat seperti tiada apa yang berlaku.

Aku mempunyai ramai anak buah yang comel dan semuanya aku sayang seperti aku sayang nyawa aku sendiri. Jika melancong ke mana2 aku akan pastikan aku membeli ole-ole untuk setiap seorang seperti tshirt dan mainan.

Aku juga secara konsisten menyimpan sekurang-kurangnya 1k setiap bulan ke dalam ASB. Selain itu jika ada lebihan wang ringgit di hujung bulan akan ku simpan juga tetapi di account bank biasa.

Aku juga mempunyai satu debit card khas yang aku tetapkan kegunaannya untuk “splurge” kepada anak2 buah ku bila berjumpa atau jalan2 dengan mereka.

Dalam kehidupan ini akan ada sinarnya selepas hujan. Jika tersilap pilih pasangan, it’s okay to start fresh.

Banyak yang aku berjaya capai sekarang, namun jika aku kekalkan perkahwinan ku berkemungkinan besar aku tidak akan mampu untuk menjalani kehidupan yang best seperti sekarang.

Silap hari bulan aku yang perlu tanggung hutang ratusan ribu ringgit tersebut asbab biawak hidup yang tidak bekerja.

Aku orangnya suka berjalan dan sukakan adventure. Bila pasangan tidak bekerja dan tiada duit, sudah tentu aku juga yang perlu mengeluarkan belanja lebih untuk menanggung keperluan dia pula apabila kami berjalan. Sudah semestinya tidak seronok bukan?

Satu keputusan bijak yang aku ambil adalah family planning, atau tidak mengandung lebih-lebih lagi setelah melihat red flags bekas pasangan yang bertaburan, kerana aku fikir jika berlaku apa-apa, aku langsung tidak mahu terikat dengannya lagi.

Jangan takut dengan title “janda”. Pilih rakan dan orang sekeliling yang positif. Jujur aku katakan tiada seorang pun yang pernah menggelarkan diriku “janda” sehingga sekarang. Kadang-kadang terasa seperti perkahwinan tersebut tidak pernah berlaku pun.

Aku bersyukur kepada Allah kerana aturanNya yang cantik. Alhamdulillah. Aku sangat bahagia sekarang dan andai kata aku diberi pilihan untuk mengubah jalan cerita hidupku, aku tak akan ubah walau satu benda pun.

– Rafflesia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. alhamdulillah.. saya suka cerita sis. Walaupun mempunyai kisah lampau, tapi sis berjaya jumpa kebahagiaan dlm new life. Semoga sis sentiasa dimurahkan rezeki serta diberikan kebahagiaan dalam rumahtangga dan kekal hingga ke jannah

  2. Alhamdulillah dengan kehidupan awak. Semoga kita semua diberikan pasangan yang terbaik dan rezeki yang banyak dan berkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *