Saya ada terjumpa satu quotes dari tiktok (indonesia) Yang ditulis (Makna dari “Kamu akan terus bertemu orang yang sama dalam tubuh yang berbeza, sampai kamu memahami pelajarannya),
Penerangan maksud,
1. Kita cenderung untuk menarik corak/sifat, bukan orang
– Kita Menarik Corak, Bukan Orang
1. Alam semesta bekerja melalui pola berulang.
a) Anda tidak benar-benar bertemu dengan orang yang sama, tetapi anda menarik “jiwa yang membawa pelajaran yang sama”, dalam bentuk yang berbeza:
Contoh:
– Pasangan awak dulu acuh tak acuh + sekarang bos awak pun acuh tak acuh
– Rakan anda dulu manipulatif + sekarang rakan kerja anda juga toksik
– Ayah awak dulu tegas + sekarang suami awak tegas
Kenapa?
Kerana ada sebahagian daripada anda yang belum selesai.
2. Alam Semesta Tidak Memberi Manusia, Tetapi Memberi Cermin
a) Setiap yang datang adalah cerminan pelajaran.
Contoh:
– Jika anda tidak tegas + anda akan terus berjumpa dengan orang yang melampaui batas
– Jika anda belum sembuh trauma ditinggalkan + anda akan terus berjumpa dengan orang yang pergi secara mengejut
Kalau awak tak boleh sayang diri sendiri + awak akan terus jumpa orang yang tak boleh sayang awak pun
Sehingga anda sedar:
“Bukan orang yang perlu berubah. Ia adalah cara saya bertindak balas dan cara saya kawal sempadan/border saya.
Contoh,
– Jika anda tidak tegas, orang yang Narsistik, Manipulator, & Sadistic personality will take over you, dicontrol oleh mereka, selagi kamu let them cross your border.
Sebab mereka yang berpesonaliti sebegini cenderung suka torture mangsa2 yang lemah. Mereka tahu taktik macam mana nak victimkan seseorang, sebab diri mereka dah sebati dengan personality tersebut
3. Pelajaran Kehidupan Adalah Lingkaran, Bukan Garis Lurus
Anda tidak gagal jika anda menghadapi corak yang sama sekali lagi.
Tetapi jika anda:
Bertindak balas dengan cara yang berbeza
Bertindak dengan kesedaran baru
Berani memberi respon baru
Lepas tu awak akan upgrade
Dan corak akan berhenti muncul.
CONTOH SEBENAR:
Anda selalu ditinggalkan oleh orang yang anda sayangi tanpa alasan yang jelas.
Tanda-tanda bahawa pelajaran belum selesai:
Anda berasa menjadi mangsa
Anda mengejar penjelasan
Anda terus mengulangi “apa yang saya lakukan salah?”
TETAPI apabila anda mula:
Membuka sempadan yang sihat
Jangan membina hubungan kerana takut ditinggalkan
Jangan berikan cinta hanya untuk dipilih
… maka hubungan seterusnya akan membawa kualiti baru. Kerana anda telah belajar.
Kesimpulannya ialah?
Orang-orang itu hanya pakaian. Pelajaran tetap sama, sehingga anda bersedia untuk berkata:
> “Saya faham. Saya berubah. Saya sedang berkembang.”
Dan selepas itu, alam semesta akan mengubah peringkatnya.
Also saya relatekan dengan kes2 confession sebelum ni, bnyak kes wanita terdepedaya dengan lelaki yang berperwatakan islamic, bukan salah tapi nasihat dari pengalaman
“Kalau nak berjumpa dengan lelaki bukan mahram, bawa kawan kita yang boleh dipercayai sekali. Kita tak pernah hidup dengan dia lagi, jadi tak tahu lagi sebenarnya siapa dia, perangai macam mana,
Dia tengok wanita dengan perasaan hormat atau bernafsu, berfikiran seperti syaitan atau mengikut ajaran Allah, Ikhlas atau tak, ada niat buruk ke tak.
Pakaian tak melambangkan dia warak, patuh Allah sepenuhnya, topeng syaitan ada di mana2, ada yang biasa2 tapi tiap2 malam berdoa pada Allah minta petunjuknya.
Ada yang nampak lembut, hormat wanita, banyak ilmu agama dan sebagainya tapi bila dia jumpa mangsa yang tertipu dengan helahnya… Nauzubillah.
– Apa-pun ingat Allah dahulu, minta bantuan dan perlindungan darinya
– Ingat, kita tak pernah tahu apa topeng yang setiap manusia sembunyikan, walau Nampak dia sesuci/sewarak apa sekalipun terutama sekali yang Perempuan. Minta kpd Allah supaya dijauhi manusia yang tak elok (baca surah 3 kul An-Nas, Al-Falaq, Ahad)
– Ahad- Keesaan Allah.
– An Nas – Perlindungan dari Kejahatan Manusia & Syaitan.
– Al Falaq- Makhluk/ Perangai/ Hasutan Syaitan yang tak elok.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit