Izinkan Aku Menjadi Khairun-Nisa

Hi & Selamat Sejahtera semua pembaca. Aku suka membaca pelbagai nukilan penulis dalam page ini. Siapa sangka aku sendiri terjebak untuk berkongsi rasa. Moga kisah aku ni dapat berikan nilai yang baik kepada pembaca semua.

Namaku Khairun-Nisa, nama yang diberi oleh seseorang yang istimewa dihatiku.

Berusia awal 30an, bekerja jurusan professional, goal achiever, seorang yang suka mendengar motivational talk, good listener, soft spoken, direzkikan suami yang baik untuk ketika ini & dikurniakan anak yang sihat dan ceria.

Beberapa tahun ini hidup ku sungguh berjalan lancar, rezeki yang cukup malah aku gembira rezeki ku dapat berkongsi dengan orang yang lebih memerlukan.

Kebahagiaan aku bila aku dapat memberi wang hasil pendapatan ku kepada ahli keluarga ku yang lebih memerlukan (seperti makcik pakcil ku yang uzur), juga tak di lupakan anak yatim dan orang yang tidak bernasib baik seperti di duga dengan musibah dan sakit.

Kerana aku juga anak yatim,satu ketika dahulu atas ihsan orang lain asbab kebaikan arwah ayah ku, aku telah dibantu ramai orang sehingga aku berjaya tamatkan pelajaran ku dengan cemerlang. Hanya Allah mampu membalas kebaikan mereka semua.

Oleh itu, ketika aku di rezkikan lebih dari keperluan, aku ada perasaan yang rezki itu perlu aku salurkan kepada yang lebih memerlukan.

Lifestyle hidup aku pula amat bersederhana sungguhpun pendapatan aku dan suami agak lumayan.

Setiap kali aku mensyukuri setiap 1 nikmat yang Allah berikan, akan terdetik dihatiku ketakutan yang sangat melampau. Ketakutan yang boleh membuat aku tak dapat bernafas kerana panick.

Aku sedar aku dapat panick attack ini setelah aku menjalani beberapa kali prosedur pembedahan untuk sakit ku. Hampir 4 tahun aku tidak didatangi sakit itu.

Aku lupa, Allah akan menduga kita ke atas apa yang paling kita sayangi & takuti. Kerana dia yang Maha Esa, Yang Maha penyayang, yang mahukan hambanya menangis mencari Nya.

Aku di duga dengan sakit abscess di tempat yang tersembunyi ditubuhku, menurut doktor ia mungkin telah menjadi cyst kerana telah berlaku berulang kali ditempat yang sama,

Namun ia berada di tempat tersembunyi yang membuat aku terlalu malu untuk bercerita.  Aku tak pernah dedahkan kepada sesiapa sakit ku yang sebenar.

Aku telah menjalani lebih 4 kali operation untuk membuang cyst tersebut. Setiap kali lepas operation aku akn mengalami proses penyembuhan yang sangat sakit kerana luka operation tidak akan dijahit sebalik nye perlu dicuci hari-hari.

Proses inilah yang membuat aku trauma, tidur malam ku tak lena, makan pun tiada selera, apatah lagi untuk mengukir senyuman cukup berat untuk ku.

Kesakitan itu hampir ku lupakan, malah apabila orang bertanya aku enggan menjawab. Aku tidak mahu langsung mengingatinya. Setelah 4 tahun berlalu, kini aku diduga sakit yang sama.

Puas aku mencuba mengingati apa puncanya. Namun lifestyle dan corak pemakanan aku tiada yang berubah, aku sangat particular tentang makanan yang aku makan.

Aku mengambil vitamin secara rutin untuk tingkatkan daya tahan badan. Aku sangat berhati-hati merawat kawasan tersembunyi itu agar tidak berulang sakit nya.

Namun aku tewas, Allah duga aku sakit yang sangat aku geruni. Ketika sakit itu datang, entah berapa banyak air mata yang keluar, aku merasa sangat sakit.

Namun cuba aku sembunyi kan, aku tidak mahu sesiapa pun tahu. Aku bekerja seperti biasa walau hakikatnya aku sangat sukar berjalan.

Aku menguruskan anak dan rumahtangga seperti biasa agar aku tidak mahu menanggung perasaaan sedih kerana culas tanggungjawab disebabkan sakit ku. Jauh di sudut hatiku aku kecewa, apa salah dan dosa ku sehingga aku diuji sakit yang sama berulang.

Kebiasaan nye punca sakit abscess yang berulang ni,

1-antibody lemah kerana sakit kritikal (HIV)

2-diabetes

3-fistula tracking

Aku tiada dalam semua kategory ini namun masih diduga sakit yang berulang. Aku sudah tidak dapat berfikiran positive.

Berbeza dengan suami ku,dia lebih positive menangani situasi kami, bila aku suarakan aku sakit seperti dulu, dia bawa aku ke klinik, mahu aku dirawat segera sebagai usaha mencegah dari menjadi lebih teruk.

Doktor pula hanya memberikan aku antibiotics dan prescribe sakit ku seperti bisul. Aku bukan bisul, aku lebih teruk dari itu. Bisul akan timbul sesuatu di permukaan kulit untuk memberi laluan nanah untuk keluar.

Namun sakit ku bengkak dibawah lapisan kulit, tiada rawatan lain untuk mengeluarkan nanah melainkan operation. Suami aku tetap berusaha ke kedai perubatan cina untuk mendapatkan ubat tradisional.

Dia yang makan dulu ubat tersebut kerana ubat itu lebih kepada ubat urat. Aku tahu niat dia menemani ku makan ubat tersebut agar aku tidak merasa takut atau ragu. Segala usaha tradisional mahupun moden tidak juga berhasil.

Selama aku menahan sakit itu,aku bangun sepertiga malam untuk meminta kesembuhan dari Allah.

Namun aku sedar, ketika aku solat, aku menangis, yang aku pinta hanya pengampunan segala dosa ku sama ada sengaja atau tidak. Aku merayu agar diampunkan segala dosa-dosaku. Tiada satu pun doa ku meminta kesembuhan kerana aku malu.

Aku malu datang kepada Nya ketika aku sakit, ketika aku tidak berdaya dan tidak sempurna.

Sungguhpun dikala aku sihat aku ada bangun sepertiga malam, yang ku pinta ketika itu hanyalah kesenangan didunia, amat sikit doaku untuk akhirat ku. Aku malu, aku hiba, aku tidak berdaya, yang ku pinta hanya pengampunan segala dosaku.

2 minggu menanggung sakit, aku sudah tidak dapat menahan lagi. Aku berbincang dengan suamiku, akhirnya kami sepakat ke hospital swasta. Sebelum ni ak pernah menjalani operation di swasta & government.

Aku akui proses di swasta lebih mudah dan jimat masa untuk orang yang sakit tak tertanggung seperti aku ini. Saat aku melangkah keluar dari rumah, aku mencium kedua anak aku penuh rasa hiba.

Doaku didalam hati, jika aku tak kembali, jagakan anak-anak ku dengan baik Ya Allah. Ak peluk ibuku, sekiranya aku pergi dulu sebelum ibu, jagakan kebajikan ibuku ya Allah.

Aku keluar rumah dengan langkah lemah, berharap moga Allah pimpin langkahku, moga aku bertemu doktor yang baik.

Tiba di hospital, aku tidak berjaya mendapatkan doktor perempuan untuk merawat ku, aku tawakal. Setiap sesuatu itu berlaku atas kehendak Nya. Moga Allah jaga semua nya.

Doktor yang merawat ku agak tegas, tidak seperti doktor lain yang pernah kujumpa di hspital swasta yang kebanyakan nye mesra dan peramah.

Namun satu perlu aku puji, dia sangat teliti. Doktor yang merawat ku sebelum ini, melihat keadaan ku sahaja terus membuat keputusan untuk dibedah.

Berbeza doktor kali ini, mahu aku menjalani Scan & MRI untuk tahu apa punca bengkak dibawah lapisan kulit. Aku seperti mahu nangis, benda yang paling aku benci adalah MRI. Aku pernah membuat MRI sebelum ini ketika mengandung kerana komplikasi.

Aku kumpul kekuatan untuk melalui proses MRI. Ia bukan lah prosedur yang menyakitkan, namun ia sukar untuk aku kerana aku mudah panick dan sukar bernafas. Meletakkan diri dalam ruang yang sempit dan gelap,bukanlah mudah untuk aku. Aku tekad, ni proses yang aku perlu jalani.

Aku bertanya kepada staff berapa lama ak perlu berada didalam mesin tersebut,dia menjawab sekiranya Puan tidak bergerak 45minit dah boleh siap. Sekiranya aku bergerak, mereka akan counting masa semula. Aku perlu habiskan proses ini dengan secepat yang mungkin.

Ketika aku dimasukkan kedalam ruang MRI, aku tidak bergerak, aku perlu divert rasa takut ku dengan cara mengira waktu. Bagaimana mahu mengira tanpa melihat jam?

Aku teringat, setiap kali aku membaca tahlil ringkas untuk ayah ku akan mengambil masa 10minit, jadi aku mulakan dgn membaca tahlil ringkas untuk arwah ayahku, nenek ku,makcik ku.

Benar, aku leka dengan bacaan hafalan ku, habis tahlil yang ke 3, ruangan MRI dibuka, staff memberitahu 30minit dh berlalu,

Bagus puan langsung tak bergerak ucapnya, saya masukkan dye pewarna dalam vein puan untuk trackking ye, kemudian saya masukkan semula puan untuk 10 minit lagi.

Setelah dimasukkan semula ke ruang MRI, aku menyambung tahlil untuk sahabat ku yang aku sayangi,meninggal kerana covid.

Sedih ketika aku membaca tahlil untuk nya kerana rindu kepada sahabatku. Bila giliran aku pergi nanti,ada ke orang yang sudi menghadiahkan ku tahlil?

Alhamdulillah, ak berjaya menjalani MRI tanpa panick attack dan habis dalam tempoh yang agak cepat.

Malam itu doktor datang dan berjumpa aku untuk memberitahu result MRI. Infection dalam badanku telah reach more than 5cm kedalam.

Mereka perlu buang cavity didalam daging dan urat untuk mengelakkan infection terus merebak. Aku redho dan tawakal. Aku perlu menjalani operation awal pagi esok nya. Aku menjadi pesakit pertama di dalam dewan bedah esok. Ak hubungi anak2 ku, ibu dan adik2 ku.

Ak bersuara tenang, tiada air mata, aku tidak mahu mereka susah hati. Malam tu aku di drip antibiotics untuk tempoh yang lama. Ak minta rehat dari drip antibiotics sekitat jam 3am, ak pinta untuk sambung drip lepas subuh. Nurse yang merawat ku ketika itu beragama kristian,

namun dia seperti memahami tujuan aku minta berhenti drip. Tujuan ku mahu berjumpa dengan Nya.

Dalam keadaan aku ketika itu, aku tak berkongsi apa yang aku rasa dan apa yang menghantui fikiranku kepada sesiapa, walaupn kepada suami ku, perasaan ku ketika itu hanya antara diriku dan Dia yang Maha Mengetahui.

Aku berdoa moga tahajjud ku ketika itu bukan yang terakhir. Juga aku masih berzikir dibibir ku agar segala dosa ku diampunkan.

Hairan bagiku, mengapa tak terluah doa agar aku sihat, agar segalanya lancar. Membuat aku rasa mungkin ni pengakhiran ku, aku bakal di operate kali ke 5, adakah aku akan bertuah dapat bangun semula?

Atau hidupku akan berakhir di usia ini. Hanya Kau yang maha mengetahui. Esok nye ketika aku masih mengaji bersama Al-Quran kecil pemberian ayahku, nurse menyuruh bersiap sedia, giliran aku tiba.

Suami ku, aku salam dan mencium tangan nye, dia tidak langsung memandang wajahku, sayu nya hatiku. Pasti dia sedang menyembunyikan kesedihan.

Dia menghantar ku ke dewan bedah, di sana aku menangis menyebabkan tekanan darah ku tidak stabil, kesemua nurse dan team anesthesiology(jika ak tak salah) menyuruh aku bertenang,jika tidak operation perlu ditangguhkan.

Aku melihat sekeliling, ya Allah, ni kali ke 5 aku melalui operation, aku juga tidak tahu apa akan jadi pada ku. Berilah aku peluang untuk kembali ke dunia dan moga umur ku yang berbaki adalah umur yang barakah.

Aku redho dengan segala ujian yang kau berikan. Aku merasa lega, kuncinya adalah Redho, benarlah ceramah yang aku dengar sebelum ni, Redho itu la kunci segala ketenangan.

5 jam berlalu, ak di tolak ke OT 10.00am dah saat aku terjaga 3.30pm. Saat terjaga aku merasa sangat sakit seperti dihiris-hiris kulitku, aku meminta bantuan, suara ku hanya di kerongkong, aku dalam keadaan mamai hanya dengar sayup2 suara nurse dan doktor riuh cuba membantuku.

Aku sedar semula jam 5.30pm, masih sakit yang sama. Kebiasaan selepas operation aku tak pernah merasa sakit sebegini, suami ku menyuruh aku bertahan, doktor dah berikan ubat tahan sakit berulang kali namun sakit ku masih terasa seperti dihiris hidup-hidup.

Air mata aku mengalir tanpa henti kerana kesakitan, masa tu didalam fikiran aku, tolong berikan aku ubat tidur. Aku tak kuat nak tahan sakit ini.

Malam itu aku sedar, masih merasa sakit tapi berkurang. Doktor berkata kepadaku pain tolerance setiap orang berbeza. Dia dah berikan aku drip paracetamol 1000mg + injection ubat tahan sakit 1 shot dalam dose yang tinggi berulang kali.

Doktor menyuruh nurse monitor jantung/nadi aku melalui machine dengan teliti dan call doctor if anything sebab aku consume ubat dengan kadar dose yang tinggi.

Selepas doctor berlalu pergi, aku dengar dari dalam bilik ku, nurse bersuara dengan sinis katanya doktor ni risau sangat dengan pesakit dia yang sorang tu.

Sampai 4x dia visit ward hari ni. Dalam hatiku, ya Allah moga aku tak susahkan nurse ini, dan terima kasih berikan aku doktor yang sangat mengambil berat tentang keadaan aku.

Aku ditahan didalam ward 15hari. Satu tempoh yang lama, aku mula risau adakah insurance aku cukup untuk cover medical bill.

Hari-hariku di ward sangat la murung, luka operation ku jenis terbuka, kedalaman luka aku sangat besar. Aku perlu dressing luka hari-hari dan sepenuh nye dilakukan oleh doktor tersebut.

Nurse hanya membantu. Pengalaman ku sebelum ini di hspital lain, hanya nurse akan dressing luka, namun kali ni, doktor yang merawat aku sendiri melakukan dressing,

Seperti aku katakan doktor yang sangat tegas dan teliti. Sungguh pun tiap kali dressing aku menangis menggigil seluruh tubuhku menahan sakit, dia tetap sabar mencuci dengan secepat yang boleh.

Ada nurse yang sangat baik, nurse berbangsa india, ketika dia melihat aku menangis gigit bibir tahan sakit, kaki ku menggigil, dia memelukku, dia kata sabar, perempuan memang kuat, puan akan okay.

Ada juga aku berjumpa nurse melayu yang menyantuni ku, katanya saya tahu puan malu, saya tengok puan tahan sakit sambil menarik kain puan untuk menutupi aurat puan semampu puan, jarang kami jumpa pesakit macam puan. Saya doakan puan cepat sihat ye.

Bergenang air mataku, kalau la dia tahu aku berperang dengan emosi sendiri. Setiap kali nurse lain yang menemani aku dressing melihat luka ku, automatic akan gosok bahu ku menyuruh sabar, lama ni puan nak baik.

Setiap kali lepas dressing aku menangis dikatilku sendirian, aku sendiri tidak tahu adakah aku menangis sakit atau menangis kerana malu aurat ku terdedah setiap kali dressing.

Seperti yang aku katakan, luka ku ditempat tersembunyi, sehingga aku sendiri menutup mata tiap kali dressing agar aku tidak diburu rasa malu melihat doctor dan nurse melihat auratku.

Selama aku warded, suamiku hari-hari membawa makanan yang aku gemari untuk makan bersamaku dihospital. Aku hanya menjamah tak lebih dua suap.

Lepas makan dia akan mengurusku membersihkan diri. Dia akan mengikat rambutku ke tepi kanan, katanya anak-anak kami selalu minta ayah ikat rambut begitu seperti artis korea.

Aku bertudung sepenuh nye di ward, jadi ikatan rambut tu buat aku selesa untuk berbaring walaupun bertudung. Aku hanya senyum sedikit mendengar celoteh suamiku.

Dalam hatiku berdoa, ya Allah suamiku ni tak pernah tunjuk rasa penat lelah mengurusku selepas balik kerja, berikan lah dia ganjaran yang terbaik ya Allah.

Selepas 12 hari warded ak merayu untuk pulang, aku khuatir aku jadi kurang siuman kerana terlalu lama di hospital menahan sakit.

Doktor yang merawatku smbil mencuci luka ku menjawab, puan, saya tak boleh benarkan puan balik sebab luka puan teruk, puan masih bergantung drip tahan sakit 4000mg/day.

Bagaimana puan nanti kalau balik. Aku terdiam, aku menangis, pertama kali aku rasa nak menjerit sekuat hati agar lapang dadaku ini. Ya Allah, bantulah aku!

Malam itu pkul 12am doktor datang semula ke katilku, dia berkata, begini puan, sy cuba kurangkan dose ubat tahan sakit dan gantikan drip dgn pill. Kalau puan berjaya tahan, saya akan benarkan puan balik ye.

Saya tak nak puan depression kat sini, sy tengok record berat puan turun mendadak dari 1st day masuk, puan makanlah, nanti puan okay saya sendiri benarkan puan balik. Teringat petang tadi makcik penghantar makanan kecewa melihat makanan ku tak berusik saban hari.

Dia menasihati ku agar makan, dia kata dia juga sakit tetapi dia makan dan kuatkan semangat untuk terus kerja. Ya Allah, kata2 ku pagi tadi nampk nye mengganggu fikiran doktor sehingga dia visit aku semula lewat malam untuk plan treatment agar aku dapat pulang.

Aku perlu pulang, anak-anak ku perlukan aku, si kecil 2 tahun sudah mula demam mancari ibu.

Bilik ward ku 2 bed, namun aku kerap sendiri kerana pesakit pergi silih berganti. Oleh kerana aku sendirian, nurse selalu meletak troli ubat dihadapan bilik ku, dapat ku mendengar perbualan dan gurauan mereka ketika bekerja, terbit rindu pada office ku.

Patut nya aku ada tugas penting bulan itu,namun aku sakit, kerja ku diganti orang lain, begitu juga performance aku akan tercalit dek kerana cuti sakit ni,itulah yang bos aku katakan.

We are always replaceable ditempat kerja, aku maklum hal itu. Sungguh hal rezeki sudah Allah aturkan, aku berserah pada Nya.

Malam itu sunyi, ak terjaga seperti ada orang mengusap pipiku, aku buka mata aku melihat arwah abahku, ak menangis semahunya kerana rindu, sedar-sedar nurse mengejutkan ku, ya Allah, aku bermimpi namun tangisan ku adalah nyata.

Ketika itu nurse bernama Christy memandang pipiku yang basah dengan air mata, dia memujuk ku, adik ni cantik putih macam cina, kecantikan di sebalik tudung, aku senyum.

Dia berkata ni la 1st time adik senyum, cantik, jangan sedih, semua yang sakit akan sihat, pray a lot, do good to others, God will take care of u.

Ya Allah, jika menjadikan aku sakit akan membuat aku berjumpa dengan orang yang baik-baik, dan lalu aku juga menjadi lebih baik, permudahkanlah segala urusan ku.

Day 13-15, ak menahan sakit kerana dose ubat berkurang, namun aku kuatkan semangat. Akhirnya ak dibenarkan pulang, sorakan gembira dari nurse dan pengurus ward, juga makcik cleaner dan makcik penghantar makanan. Semua gembira bagi pihak aku, katanya aku la pesakit paling lama dirawat.

Malah makcik hantar makanan pun memberi aku makanan istimewa, katanya belanja aku makan sempena dapat pulang.

Dirumah anak-anak ku tak mahu tidur kerana mahu bersembang dengan ibu, terlalu rindu ibu kata mereka. Aduhai anak, tanpa mereka ketahui sebelum ibu tutup mata ketika dibius, bisikan terakhir dari mulut ibu adalah nama mereka.

Ibu ku pula kata, dia hanya mengurus anak-anak ku, segala urusan rumah dan makanan, baju dan barang penjagaan ku dihospital semua di urus sendiri suami ku.

Aku sedih mendengar nya, pasti suami ku letih. Ya Allah segerakan lah aku sembuh agar aku dapat menjalankan tanggungjwab mengurus rumahtangga dengan baik.

Dua bulan berlalu, selepas discharge aku masih ke hospital daily basis, kemudian alternate basis, utk dressing luka. Luka aku pernah ada infection dan perlu warded. Mental ku juga ada ups and down menghadapi rutin baru ini.

Proses untuk membuang air kecil dan besar juga mandi adalah proses yang amat susah untuk aku ketika ini kerana kedudukan luka operation ku. Aku cuba menjadi kuat hakikat nye aku juga kerap ptus asa.

Suami ku yang menghantar dan menemani ku utk dressing. Dirumah juga, dia yang mengurus segala keperluan aku dan anak-anak.Aku bantu mengurus rumah dan anak semampu kudratku.

Menu makanan semua nya seperti berpantang bersalin, cuma suami ku mengusik dia tidak menghias makanan pantang sebab tiada baby.

Hehe Selama aku berpantang bersalin anak-anak kami, memang suami ku la confinement lady ku.

Aku beritahu ibuku yang sudah pulang ke kampung, sekiranya terjadi apape padaku, aku telah menguruskn sebahagian hibah ku untuk ibuku meneruskan hidup.

Teruskanlah menyayangi anak-anak ku. Dan sekiranya suamiku mencari pengganti ku, jangan sesekali ibu berhenti anggap dia sebagai anak ibu ye. Kebaikan suami ku, tak mungkin aku dapat balas, kerana layanan nye kepadaku penuh dengan kasih sayang.

Pasti pembaca terfikir sakit sahaja ke dugaan ku, tidak. Aku mungkin ada suami yang memahami namun tidak bagi mertuaku.

Hari pertama warded ibu mertuaku memarahiku kerana sakit kecil sahaja sibuk mahu mendapatkan rawatan hospital. Dia ada menziarahi ku namun kata-katanya lebih kepada menyalahkan ku kerana kerap sakit.

Dia kata aku keturunan berpenyakit, kerana aku ada seorang adik sakit kronik perlukan rawatan rapi, jadi dia beranggapan keturunan ku semua sakit.

Apabila dia tahu aku perlu dressing, dia menyuruh suamiku jangan terlalu dengar cakap hospital, dia menyuruh suamiku buka balutan operate dan letak ubatan daun.

Ibu mertuaku juga bertanya adakah aku menggunakan wang suami ku untuk membayar kos perubatan. Aku hanya senyum dan menjawab InsyAllah kami mampu. Tidak cukup aku menanggung sakit, emosi ku pula di henyak dengan pelbagai kata-kata.

Operation yang aku pernah lalui sebelum ini, ibu mertuaku pernah bersuara yang dia menyesal mengahwinkan anak nye dengan ku. Hakikat ini yang sering menghantui aku apatah lagi dikala aku sakit.

Aku tidak pernah mengatakan yang tidak baik tentang ibu mertuaku kepada suamiku. Kerana bagi diriku, didalam dunia ini, setiap pasangan yang berumahtangga pasti diuji, jika suami baik pasti dugaan datang dari mertua ataupun zuriat. Dunia kan ladang ujian untuk hamba Nya.

Yang pasti, sakit hanyalah sebahagian dari dugaan ku yang membuat aku tak terdaya menjalankan tanggungjwab ku sebagai hamba yang sempurna, isteri, ibu, anak, menantu dan pekerja.

Aku telan segala rasa, sesungguh nya Allah Maha Baik, tak mungkin Dia menduga hambanye melebihi kemampuan.

Terdengar 1 kuliah ringkas dari oasis, Nabi Muhammad menyuruh umatnya bersyukur atas 2 nikmat yang sangat besar iaitu 1) kesihatan 2)kelapangan waktu. Sebak aku mendengarnya, moga kita semua direzkikan dengan nikmat kesihatan.

Di suatu petang jumaat, ketika pulang dari dressing, suamiku berkata receptionist tadi selalu salah panggil namaku, kerana ejaan nama ku susah disebut. Aku hanya senyum.

Suami ku berkata lagi, abang rasa nak tukar nama ayang, abang nak bagi nama yang maknanya lebih sesuai untuk ayang.

Aku bertanya apa dia? Dia menjawab, Khairun-Nisa’. Ak terdiam, bergenang air mata ku melihat wajah suamiku. Aku bekas guru bahasa arab, sudah pasti aku tahu apa maksud nama itu.

Aku genggam tangan suami ku, terima kasih jagaku dengan baik. Bersabar dengan sakit ku yang berulang-ulang ini.

Moga aku dapat menjadi Khairun-Nisa, moga aku seikhlas hati melalui setiap ujian dari Nya. Juga semua yang sedang sakit, moga kita semua segera sembuh dan dapat menjalan kan tanggungjawab kita dengan baik.

Terima kasih kerana membaca coretan ini.

Juga mohon nukilan ini hanya dikongsi di page ini sahaja.

Maafkanku sekiranya ada tulisan ku ini menyinggung atau tidak menepati cara pemikiran anda. Sekadar berkongsi rasa, moga lapang beban didada ku ini.

Segala milik Allah.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *