Izinkan Ku Menumpang Di Dunia

Aku dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Ayah aku bekerja sebagai buruh di kilang papan bersama-sama dengan arwah mak.

Sejak kecil, aku tertanya-tanya kenapa aku orang pandang semacam aje, ada yang melihat aku dengan ekor mata, tak kurang pula yang memandang aku, kemudian berbisik sesuatu, dan terus ketawa.. aku masih kecil masa tu, jadi aku tak fikir apa-apa..

Ketika aku berumur 6 tahun, aku mula bersekolah tadika. Maka bermula la episod ejek-mengejek.. rakan sekelas aku kata muka aku ni hodoh, muka macam hantu kata mereka. Aku diam aje. Aku dah lali orang panggil aku macam tu..

Dalam keluarga aku pun, tak ramai nak tanya pasal aku, yelah muka aku paling tak menarik berbanding adik-beradik aku yang lain..

Mereka kulit cerah, hidung mancung, rambut pun warna brunette (perang) (kami ni melayu keturunan arab, Pakistan).. kena kat aku, kulit gelap, rambut ikal, hitam, hidung kembang bak serombong kapal kata kakak aku la..

Orang lebih suka kat adik aku, kulit putih bersih, rambut perang kemerahan.. comel la katakan.. aku perasan jugak, bila orang tanya pasal aku, mak aku jawab 2, 3 patah je, tapi bila orang tanya pasal adik aku, orang tanya sepatah, mak aku akan bercerita 200, 300 patah..

Begitu jugak, kalau ade tetamu datang, aku disuruh la pergi bermain jauh-jauh, selagi tetamu tak balik, aku memang tak digalakkan balik.. Aku tahu, kalau aku ada, mungkin keluarga aku rasa malu..

Ketika aku mula sekolah rendah, aku perasan tak ramai yang nak berkawan dengan aku, terutama murid perempuan.. ada yang menangis bila aku duduk dalam kumpulan mereka. Aku terasa jugak la, tapi masih OK lagi la.

Cuma yang aku paling terasa, bila ada seorang cikgu perempuan, aku namakan dia cikgu Z, jadi guru kelas aku. Dalam kelas, aku memang suka duduk di depan, tengah kelas, konon nak dekat dengan cikgu.

Tapi bila cikgu Z datang, dia halau aku untuk duduk di meja kat kumpulan belakang.. aku tanya dia kenapa, dia jawab dengan jawapan yang sangat menyedihkan aku..

Jawapan dia: “Saya tak nak muka awak yang hodoh tu berjangkit kat anak saya (cikgu Z memang tengah pregnant sulung masa tu)”..

Aku rasa sedih sangat, tapi air mata aku tak keluar aje, dalam hati, Allah saja yang tahu.. aku perasan dalam kumpulan aku kat belakang tu, ade 5 orang, 3 lelaki (termasuk aku), dan 2 orang perempuan, yang muka pun tak kurang hodoh dan miskin macam aku..

Kumpulan aku tu ada diberi gelaran geng Disney oleh rakan sekelas kami.. ade yang digelar Cinderella, ade yang digelar Pinocchio, aku? Tak payah la aku bagitau..

Mula-mula kami suka la.. tapi lama-kelamaan kami perasan, nama watak Disney tu adalah sindiran kepada kami, murid perempuan yang digelar Cinderella tu bukan la sebab dia cantik, tapi pakaian dia banyak tampalan..

Yang digelar Pinocchio tu sebab kurus keding, berjalan pun mcm kayu, kurang makan..

Hujung tahun, macam biasa, semua murid akan mengambil gambar kelas untuk majalah sekolah.. Cikgu Z akan datang kat aku, tanya sama ada aku datang sekolah ke tak pada hari penggambaran tu..

Aku cakap aku datang la, nak bergambar beb, siapa yang tak nak.. tapi muka cikgu Z cuak, macam tak suka je aku datang sekolah.

Esoknya tiba la waktu nak bergambar.. Cikgu Z, datang berjumpa dengan kami berlima.. katanya dia hendak belanja kami makan di kantin.. kami seronoklah sebab ade orang nak belanja.. tetapi rupa-rupanya itu adalah helah cikgu Z, untuk elakkan kami pergi bergambar..

Jadi memang tiadalah gambar kami berlima dalam gambar kelas.. bila kami tanya kenapa, cikgu Z jawab, kawan sekelas kami yang tak mahu kami ada dalam gambar, nanti gambar kelas jadi tak cantik.. sampai la sekolah menengah pun macam tu jugak..

Kawan-kawan aku tetap tak suka aku jugak (termasuk la geng Disney aku, kami dok satu kelas jugak masa sekolah menengah)… Allahu..

Sejak dari peristiwa tu, kitorang memang tak suka bergambar lagi dah.. penat sebab nanti orang berbunyi kat belakang.. Sedih memang sedih, nak buat macam mana aku tak minta pun lahir dengan rupa hodoh macam ni..

Aku ingat lagi, masa aku sekolah menengah, aku ni antara pelajar pintar, dan banyak la anugerah akademik yang aku dapat.. bila aku dapat tawaran masuk ke universiti, cikgu-cikgu mengucapkan tahniah, dan mereka tak lupa untuk memberi nasihat..

Tapi yang peliknya, setiap kali cikgu beri nasihat, biasanya mereka akan sebut macam ni, “belajar rajin-rajin, biar RUPA takde, asalkan jadi orang berguna….” kalau tak pun, mereka akan kata, tak hensem takpe, asalkan ade ilmu…

Ada cikgu yang beri nasihat macam ni, orang yang tiada RUPA, kena usaha 3 kali ganda daripada orang yang berupa.. mula-mula aku tak faham, lama-lama aku mengerti nasihat cikgu aku tu.. tak percaya? Try la fikir ye..

Betul la nasihat cikgu-cikgu aku tu.. cuma kenapa mesti ada kaitan dengan rupa?

Aku rasa down sangat, sampai la aku masuk universiti.. aku takde keyakinan diri, kat mana pun aku pergi, orang lain akan buat benda yang sama, tengok muka aku aje, mulalah diorang bisik-bisik, senyum-senyum, geleng-geleng, gelak-gelak, mengumpat aku la tu..

Aku perasan jugak, bila ade assignment berkumpulan, takde orang yang nak ajak aku untuk join mereka, student perempuan lagi la, terus blah jauh-jauh.. aku je yang tebalkan muka untuk join kumpulan yang tak cukup ahli, walaupun diorang sebenarnya cuak tengok muka aku..

Layanan diorang pun macam acuh tak acuh je, tapi aku tetap sabar dan tabahkan hati.. masa present assignment pun, aku dok belakang tabir je, tukang klik laptop je.. bagus jugak gitu..

Kat universiti, aku tengok ramai couple merpati 2 sejoli, yang lelaki hensem, yang perempuan pun cantik, jeles jugak la aku.. tapi nak buat macam mana, takde orang yang minat, baru nak berkenalan, orang lari orang ingat aku ni penyangak..

Begitulah nasib orang yang takde rupa macam aku.. sampailah aku dapat degree dan aku dapat kerja..

Allah dah tetapkan jodoh aku, masa aku kerja, ade la gadis yang ikhlas menerima kekurangan aku.. aku namakan dia R aje la.. aku berkawan selama 4 tahun, barulah aku berani melamar R untuk jadi isteri aku, itupun dengan keyakinan 5% je..

Masa bertunang, macam-macam dugaan kami harungi.. ahli keluarga R, terutamanya sepupu-sepupu R tak berkenan kat aku, yelah R cantik, aku pulak hodoh, macam langit dan bumi..

Kawan-kawan R pun macam tu jugak, diorang cakap aku ni guna bomoh la, ubat pengasih la, macam-macam lagi la.. tapi jodoh kami kuat.. kami berkahwin jugak akhirnya..

Aku beritahu R, supaya berdoa sekiranya kalau kami dikurniakan anak, mohonlah kepada Allah supaya takde anak yang mewarisi kehodohan aku ni.. Alhamdulillah doa kami makbul, tiada seorang pun dari 5 anak-anak aku yang mewarisi rupa hodoh aku..

Maaflah, jika luahan aku ni panjang.. kalau sudi, bacalah.. mungkin ada insan yang senasib dengan aku.. aku pujuk hati dengan berkata, takpalah Allah bukan tengok rupa, Allah tengok amalan kita..

Kepada orang yang senasib dengan aku, kuatkan semangat, ingat Allah sentiasa ada untuk kita yang sabar menghadapi ujianNya.. Sekian.

– Ugly Face (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *