Izinkan Untuk Kesekian Kali

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua. Ramadhan kali ni masuk tahun ketiga saya tidak berkerja, takde kerjaya dan hanya surirumah.

Hujung tahun lepas saya mendapat tawaran kerja dengan gaji yang tinggi, job scope itu juga pertama kali saya buat setelah bertahun-tahun pengalaman dalam bidang korporat.

Entah mana silapnya atau mungkin saya yang lemah, saban hari saya dilanda panic attack dan anxiety tak berkesudahan.

Hal ini membawa kepada sakit leher dan minor heart attack which is tak pernah saya alami sepanjang hidup sebelum ni.

Panic attack ini juga mempengaruhi performance saya dimana berkali-kali saya melakukan kesilapan, akan tetapi jika tanpa pengawasan senior leader, saya menjadi tenang, tiada masalah dalam menyelesaikan order dan tiada kesilapan pun akan berlaku.

Berkali-kali saya menganalisis diri sendiri dan mencuba yang terbaik, kerap kali juga saya mengutuk diri sendiri kerana lemah dan kalah dengan panic attack. Hari-hari menuju ke tempat kerja umpama peperangan, hati saya tidak pernah berdetak tenang.

Diantara jalan penyelesaian yang saya cari ialah bertanyakan tentang SOP yang diguna pakai oleh team lain, kerana pada pandangan saya cara kerja mereka sangat fleksible dan kerja juga dapat disiapkan sebelum waktu balik.

Namun, SOP team lain itu tidak boleh digunakan didalam team saya kerana senior team saya yang sudah berpengalaman selama 4 tahun itu mempunyai cara tersendiri,

Dan setiap hari beliau akan mengungkapkan berulang kali “why i cant be like her” setiap apa kerja yang saya lakukan itulah juga ayat yang beliau ulang. Hari-hari!

My life is so stressful, balik rumah sambung marah lagi tengok house chores tak siap sampaikan suami naik menyampah dan fed up. Belum lagi termasuk marah dekat anak yang literally tak salah apa-apa pun, he just 2 years old.

Dalam diam, saya secretly berharap untuk tidak lagi berkerja, saya meronta-meronta nak resign tapi terlalu takut nak beritahu suami.

Saya takut akan kecewakan dia, saya takut dia pandang rendah dengan saya, saya takut mertua dan keluarga pandang sinis walaupun selama 2 tahun saya tidak berkerja haritu, tidak sesekali pendapatan suami terjejas kerana saya.

Ini kerana saya mempunyai simpanan yang cukup disamping melakukan bisnes kecil-kecilan. Tapi mulut orang saya tidak dapat tutup, sesekali sampai ke telinga pedih juga dalam hati.

Saya hanyalah mahu menjadi ibu dan isteri yang tenang. Kos taska anak juga bergantung dibahu saya, jika saya berkerja sayalah yang kena bayar kos taska anak, dia dah jadi mcm satu tanggungjawab saya pulak.

Kalau saya tak kerja maknanya takdelah taska or playschool untuk anak saya. Tapi saya tak give up, bila suami takde bajet nak hantar anak ke taska, saya taskakan anak dekat rumah.

All learning materials saya beli dekat shopee sebab bagi saya, pendidikan ini mahal dan menjadi graduated mother ni bonus. Jangan sia-siakan.

Berbalik kepada keputusan untuk resign, banyak perasaan lain yang saya kena timbang tara. Selain suami, ibu bapa saya juga terlalu berharap tinggi untuk saya berkerja dan tidak menjadi surirumah.

To be honest saya tidak peduli pun jika mereka kecewa kerana waktu membesar saya penuh dengan kekecewaan yang dicipta oleh ibu bapa saya.

Apa yang saya cipta dan peroleh ketika diuniversiti adalah cebisan diri saya yang saya kutip untuk kuat, terus bertahan.

Tapi tulah, kerosakan emosi dan mental sepanjang usia 12-18 memang meninggalkan kesan. Saya menjadi lambat untuk mengenal potensi diri dan alhamdulillah saya tidak berpatah jalan.

Saya pilih untuk berdamai dengan takdir tetapi keputusan mereka bukanlah keutamaan saya.

Dipihak mertua pula, walaupun mulut mereka sering mengatakan tidak apa tetapi dibelakang saya kerap mereka mendesak suami dan membandingkan rezeki saya dengan orang lain.

Saya faham bahawa para-para ibu bapa semua suami akan risau jika isteri tidak berkerja.

Risau pendapatan anak mereka terjejas, tak cukup duit makan dan paling penting haruslah merasakan isteri yang tidak berkerja itu menyusahkan suami. Semuanya sebab duit.

Tak pernah pun nak tengok the good side is anak saya sihat walafiat tak sakit tak demam selama 2 tahun saya menjadi suri rumah, suami boleh beli kereta kedua dan saya masih berbelanja menggunakan duit sendiri.

Jika saya resign kali ni, saya memang takde alasan nak bagi. Saya hanyalah nak duduk rumah, uruskan rumah dan paling penting nak jadi isteri dan mak yang tenang. Saya taknak anak saya membesar dengan mak yang stress, mak yang terjerit-jerit.

Mungkin orang cakap ni semua alasan sebab saya malas dan akan menyusahkan suami. Mungkin juga, entahlah. Mohon doakan agar saya diberikan akal yang cergas untuk membuat keputusan.

Terima kasih.

– Layila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *