Salam semua. Aku berusia 31 tahun dan masih bujang. Aku bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah negeri di utara.
Masa awal PKP (tengah lockdown tak boleh rentas negeri), aku ada kenal dengan seorang mamat ni. Dia kerja di ibu kota dengan sebuah GLC dan juga merupakan seorang pegawai eksekutif.
Hubungan kami sangat rapat dah macam kekasih tapi tak pernah declare.
Everyday memang akan texting/ call walaupun setakat tanya khabar. Kami duduk jauh. So bila masing-masing outstation baru dapat jumpa.
Kami berdua bekerja dalam bidang essential jadi mudahlah la jumpa masa tengah lockdown.
Boleh kata setiap bulan akan jumpa punya. Tapi selalunya aku la yang pergi jumpa dia sebab aku banyak outstation dekat tempat dia.
Aku dapat rasakan kami ada mutual feelings to each other cuma tak pernah bagitahu diri masing-masing.
Masa awal perkenalan memang dia dah bagitau awal-awal nak bawa aku jumpa family dia. Jadi aku rasa dia memang betul-betul serius la dengan aku.
Dia ni jugak selalu tanya aku ke mana dengan siapa, ada lelaki lain tak, pergi naik apa etc.
Pernah sekali tu dia marah aku kaw kaw sebab pergi camping dengan member office ramai-ramai termasuk lelaki. Katanya tak baik ada lelaki join.
Padahal aku dah explain yang join semua member office je dan ada yang dah berkahwin pun. Aku ingatkan dia jealous la kalau aku mingle dengan lelaki lain.
Dia ni memang seorang yang baik hati dan family man. Apa-apa memang akan utamakan family. Dia jugak suka belanja aku itu ini. Tak kisah spend duit beli itu ini untuk aku.
Setiap kali keluar makan, aku boleh kira berapa kali je aku bayar. Tiap kali aku bayar, mesti dia akan beli benda lain pulak untuk aku. Jenis yang tak kedekut la.
Kekadang bila aku lama tak outstation dan tak jumpa dia, dia akan datang ke tempat aku semata-mata nak jumpa aku, which bukan dekat nak travel. Berjam-jam juga nak drive.
Tapi aku nampak la kegigihan dia tu nak jumpa aku.
Tapi aku selalu curiga dengan tindakan dia. Aku ada instinct yang mengatakan dia ni macam ada sorokkan something daripada aku.
Nak dijadikan cerita, masa aku tengah scroll Facebook, aku nampak dia comment dekat gambar seorang perempuan ni.
“***** has commented on a photo.” Lebih kurang gitu la yang keluar dekat news feed FB aku.
Since then, aku selalu nampak dia like gambar perempuan entah siapa-siapa dekat Instagram atau Facebook.
Kau tahu la kan, perempuan bab stalking ni memang hebat. Habis semua aku stalk.
Ada sekali tu dia berbalas komen dengan sorang perempuan ni. Bukan main mesra lagi.
Tapi aku tengok gaya perempuan tu memang jenis layan je semua orang yang comment dekat gambar dia sebab dia jenis friendly.
So aku pun DM la perempuan tu tanya ada tak mamat ni DM dia. And yang surprisenya, mamat tu rajin gila reply story FB perempuan tu.
Ajak dating, ajak makan, ajak coffee and macam-macam lagi. Perempuan tu siap tunjuk semua DM mamat tu. Bagusnya, dia tak pernah sekalipun reply. Lepastu aku jadi lagi curiga la.
Nak dipendekkan cerita, aku dapat log in Facebook dia (jangan tanya macam mana aku buat sebab aku nak pendekkan cerita hahahaha).
Sumpah aku menangis bila baca chatbox dia. Ramai gila perempuan yang dia DM bersayang-sayang, baby dan bermacam lagi. Ramai gila!
Siap ada janda dan bini orang lagi. Yang paling tak tahan tu, dia siap minta nud3s kat bini orang dan bini orang tu pun melayan.
Aku nampak ada deleted messages dalam chat diorang. Aku syak tu gambar nud3s yang diorang dah delete lepas tengok. Sumpah aku marah gila dengan tindakan dia.
Dengan aku dia tak pernah la pula minta nud3s. So aku dah nampak la red flag dia ni. Sejak tu, aku terus jadi cold dengan mamat tu.
Mamat tu boleh tanya aku kenapa aku macam tak nak layan dia seminggu dua ni. Kau rasaaaa?!!!
So aku patut buat dengan mamat ni? Ada idea tak macam mana nak ajar dia? Jantan tak guna bethol.
– Adinda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit