Jadi Cantik dan Pandai Juga Ancaman

Hi semua. Nama saya Sarah, mid 20’s. Korang pernah tak hadap manusia yang tak boleh tengok korang lebih? Dengki dengan korang?

Dari zaman belajar sampaikan dah kerja, kawan kawan mesti ada yang tak mahu tengok saya lebih.

Saya takda niat nak puji diri, Alhamdulillah Allah pinjamkan saya dengan rupa paras yang sedap mata memandang dan dikurniakan fikiran yang pandai.

Masa zaman belajar dulu ada beberapa kawan tak senang duduk tengok saya dapat keputusan lebih, dipuji lecturer, naik pentas dapat dekan, aktif join aktiviti universiti.

Saya masih ingat, ada satu hari saya tak datang kelas sebab demam.

Saya tanya kawan saya sama ada lecturer ada bagi assignment ke masa saya tak datang tapi kawan saya deny bagitahu takda assignment yang lecturer suruh buat.

Tapi, bila saya tanya kawan yang lain mereka kata ada assignment yang kena submit pada hari lusanya. Saya rasa tertipu dan sangat sedih masa tu.

Kisah lain yang berlaku, saya dapat the second highest results in class untuk test.

Masa nak pass paper tu, lecturer tu sebut nama dan markah sekali lepastu kawan saya yang tadi tiba tiba duduk sebelah saya terus pindah pergi belakang.

Dia tarik muka dengan saya, sampai sekarang saya tak tahu kenapa.

Kadang kadang saya sedih kenapa saya selalu sangat diuji dengan benda benda macamni. Banyak sangat benda jadi, sampaikan ada yang cuba nak jatuhkan saya taknak tengok saya berjaya.

Pernah juga jadi bila kawan tanya saya tengah berkenalan dengan siapa sekarang. Saya jawab soalan dia tu dengan nada seronok bercerita, lepastu kawan saya balas,

“Senangnya kau dapat boyfriend, nanti jangan menangis bila kena tinggal” padahal tadi kan dia yang tanya, saya takkan cerita kalau orang tak tanya.

Saya diam dan senyum macam takda apa apa jadi tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu betapa remuknya hati saya waktu tu.

Banyak lagi benda yang terjadi, adik beradik saya sendiri pun tak senang hati tengok saya berjaya.

Saya perasan kakak saya tiba tiba layanan dia akan jadi dingin tak bertegur dan tarik muka setiap kali dia dapat tahu saya dikurniakan rezeki lebih sikit daripada dia.

Waktu saya dapat offer letter kerja di syarikat besar, kakak saya tiba tiba tarik muka tak bertegur dan cakap belakang pasal saya dekat makcik saya.

Apa yang saya dapat dan apa yang saya buat seolah olah jadi tak kena dimata dia, sampaikan adik beradik yang lain dan orang sekeliling pakcik makcik saya pula yang perasan kakak saya tak boleh tengok saya lebih.

Pada mulanya saya ingat kakak saya moody tapi lama lama kerap sangat berlaku, sampai saya dah lali saya endahkan dan buat tak tahu saja.

Kadang kadang saya sedih kenapa kat mana mana saya selalu jumpa dengan orang macam ni. Kadang rasa tak kuat hadap orang orang macam ni.

Ada satu quote “they wanna see you do good, but never better than tham. Remember that” baru saya faham maksudnya sekarang.

Tapi saya percaya, Allah takkan uji lebih dari kemampuan hambaNya sebab tu saya selalu diuji jumpa dengan orang orang macam ni. Kan korang?

Terima kasih sebab dengar luahan yang dah lama saya pendam, tak tahu nak cerita dekat siapa selain Allah. Tolong doakan saya dipertemukan dengan jodoh saya tahun ni ya.

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *