Jadi G4y Penyebab Depression II

Salam and hi, ini adalah following kisah aku dari previous confession –> https://iiumc.com/jadi-g4y-penyebab-depression/

Sebenarnya lepas aku baca comments dekat previous confession aku terus terpanggil nak reply, sebab kebanyakkannya comment membina. Tapi takde kekuatan untuk reply lagi, aku masih dalam depressive mode masa tu.

Sekarang, aku perasan banyak confession tentang orang yang berperang dengan musuh yang sama dengan aku.

So terpanggil lah lagi untuk confess kali kedua haha. Masya Allah, ramai kan yang terjebak dengan benda ni? Bila aku baca confessions pasal orang lain aku tak boleh elak dari rasa bersyukur.

Bersyukur yang orang lain diuji dengan perkara sama but they are being tested at a greater altitude than me. Eh bukan bersyukur orang lain kena hadap benda ni tapi bersyukur yang at least, untuk aku, aku belum lagi pernah hanyut daam dunia seks songsang.

Aku terfikir, kalau aku yang cuma ada naluri ni tapi masih belum pernah berhubungan dengan mana mana lelaki pun sudah setara ini bebannya, apatah lagi mereka yang sudah terjebak. Mesti lagi susah nak tinggal kan?

It’s okay guys, selagi mana kita berusaha untuk tinggalkan dunia ini, Insya Allah, Allah pasti tolong :) Kita fight benda ni sama sama okay? Kita boleh.

Sekarang aku nak update tentang diri aku sejak last confession aku di-published. Well, i’m doing much better now. So much better alhamdulillah. Aku yakin ada doa dari antara kalian yang diangkat Allah dan dimakbulkan, terima kasih untuk itu.

Aku sekarang sudah berpindah ke hospital lain, dengan seorang specialist yang sangat memahami aku. Lepas confession, dalam beberapa bulan selepas itu, aku resigned kerja lagi. So condition aku worsened sampai aku kena admit ke psychiatric ward lagi sekali.

Di sana, specialist yang dalam ward kenal dengan specialist yang aku nak dan dia terus call dan set up appointment dengan specialist tersebut, di hospital yang aku sedang menerima rawatan sekarang.

Banyak kali aku request untuk ditukarkan sebab aku tak rasa semua therapies yang dibuat untuk aku berjaya. Of course, therapies take time, i know but aku dapat rasa yang approach mereka sama. Mereka tak pernah nak betul betul faham issue yang aku lalui.

You cannot just introduce me to let say, breathing exercise without even addressing my real traumas, what had happened to me. Ibarat orang datang hospital sebab selsema, kau bagi ubat darah tinggi.

Benda ni jadi complicated sebab issue yang once tersimpan rapi sekarang burst out. So banyak benda yang aku dah kubur dalam dalam secara separa sedar sekarang aku teringat semula sampai masuk mimpi bukan bukan. Letih.

Oh before ni susah sebab semua MO/HO cakap benda yang sama, “i can’t just refer you to him like that. He’s our boss so we can’t” Marah, tengking doctor, menangis, apa je aku tak buat demi untuk aku direfer ke sana tapi mereka masih tak boleh refer.

Alhamdulillah, specialist yang dalam ward tu kenal dia. So walaupun aku tak nak di admit ke ward, aku bersyukur sekarang, haha.

The doctor that i am currently seeing is so good at what he does. He addresses my issue, listens to me well and really understand what i have been going through. He even laid up the therapy plan to me, discuss on what i really want and how *we* can achieve it.

Dekat previous hospital, specialist yang took over case aku tiba tiba dah tak available setiap kali appointment dan MO berlainan yang took over. They knew nothing.

I understand that they handle so many patients and it’s impossible to remember every single patient’s history without having to read our files first.

Tapi, sangat tak membantu untuk aku. Ada sekali bila aku cakap aku tak rasa aku okay dan bila dia tanya kenapa, aku cakap “it’s because of the doctor. I’m having nightmares again” Dan dia tanya “what doctor?”

She didn’t even read my file first before attending to me, it was so agonizing for me to have to tell her again what had happened.

You see, untuk orang yang ada past trauma, setiap kali dia perlu bercerita, setiap kali tu juga dia akan relive the trauma. Aku tak tahu nak explain sakit dia macam mana, but yes, it pains me.

Jadi aku mengamuk. Aku marah. Aku disappointed. Like they don’t care.

I mean, what is the purpose of us going to the appointments if all that you’re going to do is just ask us how are we feeling and if we answered yes, okay bagi ubat dan balik, see you next appointment. Kalau cakap je rasa suicidal nak mati, terus nak admit ward like, seriously.

Maaf tiba tiba nak rant hahaha. But all is good now with the new doctor. Aku pun dah dapat kerja lain. Dah boleh retrieve life goals aku dan set new ones. Doctor aku sangat supportive, dia suka dengan improvements aku.

Walaupun aku betul betul taknak kena admit ward lagi, sebab ward bagi aku sangat menakutkan. Aku tak suka suasana dia. Nak tidur pun takut kalau tengah malam kena bunuh dengan patients lain. Nasib baik boleh requst sleeping pills.

But i guess Allah works in mysterious ways, silver lining nya adalah aku dapat terus direfer ke specialist yang aku nak.

Aku pun suka dengan perubahan sekarang. Now i religiously take my meds so that i can think rationally. I practice all the therapies given. i do my homework. I do my research, alhamdulillah.

Dan, walaupun ada lompang sana dan sini, aku cuba sehabis baik untuk cukupkan solat 5 waktu. Setiap kali itu juga aku berdoa Allah angkat ujian ini. Aku doa supaya Allah tarik rasa ini dan buat aku jadi normal.

Baik, sekarang aku nak mention dua nama yang dah tolong aku lepas aku confessed hari tu. Satu, Puan Syakinah Kamarudin, a lwayer that showed an interest to help.

Event hough she couldn’t carry my case, on the ground that susah nak buktikan apa yang doctor syaitan tu buat, saya tetap appreciate effort puan untuk bawak masukkan case saya ke meeting.

Maaf saya tak reply chat puan dekat fake fb saya haha. Dah lama tak bukak akaun tu. Moga Allah rahmati puan sekeluarga.

Yes, i tried to ask around about my situation and how can i bring it to justice by means of making it to court. But i guess Allah ada cara lain untuk aku dapatkan justice. Kalau tak di sini, insya Allah satu hari nanti pasti akan terbalas juga perbuatan dia. Aamiin.

Second, brother yang email aku dekat iiumc page, bukan fb page ni. Sorry bro, aku tak reply email kau dah. Sekarang aku try untuk focus macam mana aku nak move on dari semua yang dah jadi. Besar bendanya.

Aku harap kau tak kecil hati dan aku doakan kau juga diberikan Allah hati yang kuat untuk menempuh hidup berkeluarga dalam pada kau diuji. Aku harap kau kuat.

Terima kasih sebab tak putus putus kau email aku. Tanya khabar aku. Kau risau aku dah takde sebab banyak case suicide sekarang. Dan sekarang kau tahu, aku masih hidup dan handsome, hahaha.

Semoga Allah jauhkan aku daripdana terfikir untuk ambil nyawa aku sendir lagi, nauzubillahhiminzalik, moga Allah jauhkan.

Aku rasa itu je buat masa sekarang. Untuk semua yang bagi cadangan dan comment yang membina, aku doakan semoga uurusan kalian dipermudahkan di dunia dan di akhirat sana. Terima kasih banyak aku ucapkan.

For others that are going through the same thing as me, aku tahu kau nak berubah dan aku tahu susah. Tapi ingat, Allah yang bagi kita rasa ni, hanya Dia juga yang boleh tarik semula.

Step by step guys, perlahan lahan kita kayuh. Moga setiap usaha kita walau sekecil mana pun ia, Allah berkati setiapnya. Setiapnya. Kita cuba baiki solat kita dulu.

Oh sebelum aku lupa, ramai juga dekat comment yang nak jadi kawan aku dan jadi tempat dengar luahan aku. taht’s so nice of you guys. Tapi, macam aku cakap. Untuk aku luah, itu maknanya aku kena buka balik episode trauma yang aku lalui dulu. Sakit, aku tak mampu.

Tapi kalau ada yang nak bercerita dan berkongsi dan sama sama jadi support pole for each other, boleh email aku Assalamualaikum.

P/s: I have no intention to belittle all the efforts that the doctors, clinical psychologists and occupational therapists that have taken my case in the previous hospital took.

I was just saying based on my experience. With the increasing numbers of mental health cases during this pandemic, from the very bottom of my heart, thank you. Thank you.

– That one confused soul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *