Jadi Lain Daripada Yang Lain

Assalam and good evening semua,

Dalam page ni banyak aku terbaca kisah fresh grad mencari kerja dan gaji pertama dorang dapat. Jadi kat sini aku nak kupas sikit adakah mustahil untuk mendapat gaji fresh grad (degree holder) pada kadar 3k keatas. Jawapannya adalah tak mustahil. Ini kisah saya sendiri ye…bukan nak riak jauh sekali meninggi diri. Lagipun nama saya takkan disiarkan di sini.

Pada umur saya 24tahun (2011), saya telah mula bekerja dengan gaji RM2,400 sebagai jurutera percubaan. Malangnya prestasi saya tak memberangsangkan, jadi saya tak lepas probation period itu dan GAGAL. Hampa, saya pulang ke kampung dengan hati yang lara, lalu saya apply je kerja yang diiklankan dalam paper, drop resume ke Job Fair Midvalley dan banyak masa di CC (cyber cafe-kt kg takde internet laju) untuk submit resume online ke syarikat2 berpotensi.

Banyak juga panggilan interview yang saya terima namun kerana tawaran gaji yang kurang baik saya terpaksa tolak (demand teruk). Kebanyakan gaji yang saya terima adalah lingkungan 1,700 ke 2000 sahaja. Oleh itu saya nekad untuk hadir ke interview GEMS (Graduate Employability Management Plan) under Khazanah Nasional di Menara UEM. Saya di interview bersama 3 candidate lain dan akhirnya diterima masuk untuk skim latihan di sebuah resort di Pantai Timur Semenanjung. Saya dan ratusan penganggur berijazah diberi latihan secara percuma (makan,minum,bilik,baju, beg) dan boleh saya katakan sangat enjoy disana. Pembelajaran kami setiap hari di dalam kelas adalah dalam bahasa Inggeris dan kami diajar tentang softskill2 yang perlu untuk kami gilap untuk mendapat tempat di dalam industri. Debate, public speaking, presentation, group discussion itu dalam makanan kami setiap hari untuk temph 2.5 bulan disana. Kami juga diberi elaun sebanyak RM500 sebulan. Cukuplah kerana kami tak perlu berbelanja pun semasa disana.

Dua minggu sebelum tamat GEMS aku telah mendapat panggilan untuk interview disebuah syarikat gergasi pembinaan. Dan berkat tunjuk ajar daripada fasilitator di GEMS aku berjaya dalam interview tersebut dan gaji yang ditawarkan adalah RM3k (tahun 2011) lebih dari apa yang aku minta. Aku bukanlah pelajar cemerlang kerana CGPA aku kat universiti dahulu cukup2 makan sahaja (3.01). Kini setelah hampir 6tahun bekerja, aku telah semakin senior ditempat kerja dan gaji aku kini hampir mencecah rm6k.

Jadi berbalik kepada persoalan asal, adakah demand gaji itu mustahil? jawapan nya adalah tidak. sekiranya anda mempunyai softskill yang baik, knowledge yang tinggi, writing skill yang baik, banyak syarikat2 yang mampu menawarkan gaji yang lumayan untuk anda. CGPA di universiti adalah tiket, namun interviewlah yang akan menentukan segalanya nanti. Yang kedua, jadilah pekerja yang berbeza dengan pekerja yang lain. Dont become a “commoner”. Sentiasa membuat pembacaan yang lebih, dan tidak berkira untuk membuat sesuatu yang lebih. Jadi boss anda tidak lokek untuk memberi KPI yang lebih kepada anda. Boss juga manusia biasa, dia mampu menilai secara rasional. Ketiga, sekiranya anda mampu untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi master/PHD, maka teruskanlah niat itu. Kerana, dengan adanya nilai tambah ini maka laluan untuk kehadapan berbanding mereka yang lain akan lebih cerah. Saya pernah bertanyakan seorang berpangkat tinggi di dalam syarikat adakah perlu untuk sambung belajar ke peringkat Master Degree dan dia berkata, ” Thats the thing that nobody can steal it from you”. Satu ayat yang mendalam yang perlu kita semua hadam. Saya pernah GAGAL, tapi saya jadikan kegagalan saya itu untuk terus bergerak kehadapan. Sekiranya saya GAGAL dan tidak berusaha, maka saya telah GAGAL untuk kali KEDUA. Semoga sedikit kisah dari saya ini dapat memberi manfaat kepada semua. Yang baik datangnya daripada Allah, yang kurang datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Terima kasih.

– Viper989

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit